Sumber : Google |
Secara
tiba tiba Paling Kacak masuk ke dalam kehidupan Paling Bijak, Paling Sado,
Paling Baik, dan Paling Kaya. Si Paling Kacak tinggal bersama mereka semua
setelah dia tidak diberi peluang untuk tinggal di kolej di universitinya. Mereka semua tinggal di sebuah rumah sewa.
Oleh
kerana Paling Kacak terlalu kacak, maka mereka semua mula jatuh cinta. Masing
masing menyimpan perasaan cinta kepada Paling Kacak secara tiba tiba. Dan
masing masing cuba menawan hati Paling Kacak menggunakan kelebihan yang
mereka ada.
Dalam
ramai ramai itu, hanya Paling Bijak yang tidak bersungguh dalam menunjuk
kelebihan yang dia ada. Dia tahu dia tidak akan dapat menawan hati Paling Kacak
sampai bila bila. Ini bukan sahaja kerana kekangan dunia, malah dia tidak mahu
kerana cintanya dia merosakkan persahabatan yang telah mereka bina bersama. Tambahan pula, dia tidaklah tampan mana.
Tinggallah
Paling Sado, Paling Baik, dan Paling Kaya menawan hati Paling Kacak. Paling
Sado selain menggunakan keperkasaan tubuhnya, dia menggunakan bakatnya dalam
melukis dan dalam memasak untuk menawan hati Paling Kacak. Paling Kaya pula
seperti biasa menggunakan kekayaan yang dia ada dan Paling Baik pula menawan
hati Paling Kacak dengan kebaikkannya.
Mulanya
Paling Kacak tidak sedar akan apa yang berlaku. Namun, dia menjadi pelik
apabila Paling Sado, Paling Baik, dan Paling Kaya mula berseteru. Segera dia
bertanya kepada Paling Bijak berkenaan apa yang telah berlaku. Dia bertanya
kepada Paling Bijak kerana Paling Bijak pasti tahu. Kemudian barulah dia tahu
mengapa mereka bertiga mula menjadi seteru. Semuanya berpunca daripada rasa
cinta dan hawa nafsu.
Paling
Kacak mula berada dalam dilema hendak memilih yang mana. Sama ada mahu memilih
Paling Sado, Paling Baik, atau Paling Kaya. Dalam dilemanya itu, muncul Sahabat
Perempuan yang menagih cintanya itu. Dia mula menjadi buntu dan keliru.
Dia
suka kepada Paling Sado, Paling Baik, dan Paling Kaya kerana kebaikkan mereka
terhadap dirinya. Tetapi dia tidak boleh menolak Sahabat Perempuan yang telah
banyak membantunya sejak sekian lama.
Sekali
lagi dia bertanya kepada Paling Bijak untuk memecahkan dilema yang dia hadapi.
Paling Bijak seperti biasa memberikan solusi. Paling Bijak berkata, pilihlah
orang yang dia betul betul suka, cinta, dan selesa di dalam hati.
Setelah
melakukan timbang tara, akhirnya Paling Kacak memilih Paling Baik akhirnya. Dia
memilih Paling Baik bukan hanya disebabkan kebaikkannya, malah kerana
keikhlasan dan kefahaman yang tinggi terhadap dirinya. Tambahan pula, Paling
Baik adalah orang yang selalu membantunya tidak kira masa.
Apabila
dia memilih Paling Baik sebagai teman lelakinya, Sahabat Perempuan, Paling
Sado, dan Paling Kaya mula berasa kecewa. Namun, Paling Sado dan Paling Kaya
dapat terima hakikat yang Paling Kacak tidak dapat terima mereka. Hanya Sahabat
Perempuan yang tidak boleh terima pada awalnya, namun atas dasar persahabatan
dia terima juga walaupun dia terluka.
Maka,
Paling Kacak dan Paling Baik pun menjalinkan hubungan cinta walaupun hubungan
cinta mereka dilarang oleh agama dan manusia. Ini kerana, manusia dan agama
tidak boleh menerima hubungan sejenis seperti hubungan mereka.
Haaaa mula2 baca pelik jugak. kena smua ciri2 lelaki. dan kenapa dia tak pilih perempuan?
BalasPadamSebab mereka semua ni gay atau homoseksual
PadamKeliru kalau baca sekali je. Kena dua tiga kali. Huhu
BalasPadam