Rabu, 2 November 2016

MAHASISWA MELAYU DAN KRISIS ILMU



Image result for mahasiswa
Sumber : Google


Bergelar seorang mahasiswa memang menjadi idaman oleh semua orang. Tetapi bukan semua orang boleh diberi peluang. Hanya orang orang terpilih sahaja mampu bergelar seorang mahasiswa. Dan bersyukurlah kepada sesiapa yang sudah pun bergelar seorang mahasiswa.


Mahasiswa itu, selain berkait rapat dengan perjuangan, ia juga berkait rapat dengan ilmu pengetahuan. Tiada siapa boleh menafikan bahawa semua mahasiswa mesti menuntut ilmu. Dan ilmu itu tidak semestinya didapati di dalam dewan kuliah semata mata. Di luar dewan kuliah pun mahasiswa boleh dapat juga.


Dengan menyertai pelbagai program yang dianjurkan oleh pihak universiti atau pihak yang berada di luar universiti, adalah antara satu cara untuk mahasiswa mendapat ilmu. Banyak sekali program yang ada di dalam universiti atau di luar universiti yang berbicara tentang ilmu. Terpulanglah kepada mahasiswa sama ada mereka mahu atau tidak mahu.


Mahasiswa Melayu terutamanya, mereka lebih suka pergi ke program program ilmu yang santai santai sahaja seperti program yang bercakap tentang isu cinta dan isu perkahwinan misalnya. Tetapi jika diajak ke program program yang berbicara tentang ilmu yang berat berat seperti falsafah, kebudayaan, tarbiyah, kesenian, ekonomi, dan sebagainya tidak ramai yang mahu pula. Mereka mendakwa program semacam itu bosan dan menggalak mereka untuk mengantuk sahaja. 


Tidak dinafikan bahawa program yang membawa isu cinta dan isu perkahwinan itu juga adalah sebuah program yang berteraskan ilmu. Tetapi program program itu hanya bercakap tentang ilmu yang tidak berat dan kurang bermutu. Mahasiswa Melayu perlu hadir juga ke program program yang membicarakan tentang ilmu yang berat berat – falsafah, tarbiyah, ekonomi, budaya, seni, dan sebagainya. Barulah minda mahasiswa Melayu boleh terbuka seluas-luasnya. 


Sudahlah mahasiswa Melayu malas membaca, kemudian tidak mahu hadir ke program program yang membicarakan ilmu yang berat berat pula. Natijahnya, mahasiswa Melayu terus menjadi manusia yang serba tidak tahu dan mudah untuk ditipu.   


Ya, mahasiswa Melayu memang ada yang membaca tetapi mereka membaca buku buku atau novel novel yang ringan ringan sahaja. Tidak ramai mahasiswa Melayu yang membaca novel novel yang mengungkap idea idea besar dan bertemakan kemanusiaan seperti novel novel Sasterawan Negara misalnya.


Membaca novel novel ringan memanglah semua mahasiswa Melayu boleh dan mampu. Tetapi tidak ramai mahasiswa Melayu yang mahu membaca novel novel yang beri banyak pengajaran dan mengungkapkan ilmu seperti novel novel Sasterawan Negara itu. Jelaslah sekarang kebanyakkan mahasiswa Melayu terus berada dalam krisis ilmu. 


Tabiat hadir ke program ilmu yang berat berat dan membaca buku buku yang mengungkapkan idea idea yang dahsyat adalah satu pengalaman yang baik dan hebat. Ia bukan sahaja boleh menambah pengetahuan, bahkan juga boleh menambah pengalaman.  


Jika mahasiswa Melayu tidak mahu jadi manusia yang mudah ditipu, eloklah hadir ke program program yang pengisiannya berat dan membaca buku buku yang pengisiannya hebat. Mahasiswa Melayu perlu keluar daripada krisis ilmu supaya ia tidak mudah ditipu dan menjadi dungu!     

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.