Sabtu, 19 November 2016

MUJUR MALAYSIA TIDAK MASUK SENARAI


Image result for pasukan bola sepak malaysia
Sumber : Google


Apabila saya membaca blog Sentiasa Panas yang menulis artikel tentang pasukan bola sepak paling teruk di dunia, segera saya berasa khuatir dan tertanya tanya. Saya khuatir jika dalam senarai itu pasukan bola sepak Malaysia akan turut tersenarai sama. Tetapi Alhamdulillah, kekhuatiran itu hilang sebaik sahaja saya selesai membaca. Ternyata pasukan bola sepak Malaysia tidak termasuk dalam senarai yang ada.

Membaca senarai yang dibuat oleh blogger informatif tersebut, ternyata ada pasukan yang lebih teruk berbanding pasukan bola sepak Malaysia. Kekalahan yang dialami oleh mereka begitu besar dan begitu memalukan sekali sebenarnya. Walaupun pasukan bola sepak Malaysia itu teruk, tetapi tidaklah seteruk pasukan pasukan yang berada dalam senarai tersebut.

Tiada niat sama sekali untuk memperlekehkan pasukan bola sepak Malaysia. Cuma ramai yang sedih melihat kekalahan demi kekalahan yang dialami oleh mereka semua. Kekalahan kekalahan tersebut bukan sahaja begitu memalukan, malah menggerhanakan peluang Malaysia untuk pergi ke Piala Dunia. Jika beginilah prestasi pemain pemain bola sepak Malaysia, sampai bila pun Malaysia tidak akan pergi ke Piala Dunia.

Walaupun pasukan bola sepak Malaysia tidak tersenarai dalam senarai tersebut, ini bukan bermakna pasukan bola sepak Malaysia boleh bersenang lenang dan bergembira. Mereka perlu mempergiatkan lagi latihan dan usaha supaya Malaysia boleh mencapai kejayaan di persada dunia. Sampai bila pasukan bola sepak Malaysia mahu duduk di takuk yang lama?

Usah diharap untuk pasukan bola sepak Malaysia mahu sampai ke Piala Dunia jika bertarung dengan pasukan bola sepak Palestin pun boleh kalah! Jika dengan pasukan bola sepak Palestin pun boleh kalah, bagaimana hendak bertarung dengan pasukan yang lebih hebat dan lebih gagah?

Diharapkan semua pemain dalam pasukan bola sepak Malaysia boleh mempergiatkan lagi latihan dan usaha supaya martabat pasukan bola sepak Malaysia dapat dijulang di peringkat antarabangsa. Jangan sampai pasukan bola sepak Malaysia masuk dalam senarai pasukan bola sepak yang tewas sentiasa.

1 ulasan:

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.