Jumaat, 4 November 2016

APA SEBENARNYA MAKNA CINTA?


Image result for cinta
Sumber : Google


Jika soalan ditanya kepada seorang manusia tentang makna cinta yang difahaminya, pasti akan ada bermacam jawapan yang akan diberikannya. Ada yang mendakwa bahawa makna cinta itu subjektif sifatnya tetapi ada juga yang menidakkannya. Terpulanglah kepada kita semua mahu memilih yang mana.

Makna sebuah cinta memang tidak akan terlepas daripada sebuah kisah terutama kisah kehidupan. Kisah itu akan dijalin untuk membentuk suatu penceritaan. Kisah dan cerita mengenai makna cinta itu berbeza antara setiap manusia yang Tuhan jadikan. 

Cuba kita terjun ke dalam kisah cinta dua orang manusia – lelaki kaya dan perempuan tidak kaya. Perempuan tidak kaya itu bukanlah bermakna dia seorang yang papa kedana cuma dia tidaklah sekaya lelaki kaya. Mereka bertemu di sekolah menengah setelah lelaki kaya itu pindah ke sebuah kampung yang indah. Sejak sekolah menengah lagi perempuan yang tidak kaya itu sudah menyulam cinta dengan lelaki kaya tetapi lelaki kaya itu sahaja yang tidak mengetahuinya.

Lelaki kaya itu memang sempurna serba serbi. Dia bukan sahaja kaya malah kacak dan gagah lagi. Oleh sebab dia menepati ciri lelaki idaman hati, maka perempuan tidak kaya itu secara diam diam menanam cinta di sanubari.

Kisah hidup seorang manusia dengan seorang manusia yang lain sangat berbeza. Ia bergantung kepada takdir dan pilihan hatinya. Perempuan kaya itu diminta oleh ibunya supaya dia masuk ke menara gading agar dia boleh mendapat ilmu dan menjadi seorang manusia yang berjaya. Tetapi perempuan tidak kaya itu degil dan tidak mahu mendengar kata. Dia tidak mahu ikut apa yang ibunya minta.  

Dia kata dia lebih suka bekerja daripada belajar dan menjadi seorang manusia yang berjaya. Ya, ibunya sedih atas keputusannya. Ibunya benarkan dia bekerja dalam usia yang muda tetapi dengan syarat dia mesti berkahwin dahulu. Kemudian barulah dia akan dilepaskan oleh sang ibu.

Oleh kerana dia pendek akal dan terlalu mengikut hawa nafsu, dia setuju dengan syarat si ibu secara melulu. Maka ibunya kahwinkannya dengan seorang pemuda yang ada di kampung itu. Dia dan si ibu tidak tahu bahawa pemuda itu bukanlah orang yang baik selalu. Setelah dia berkahwin dengan pemuda itu barulah dia tahu bahawa pemuda itu adalah kacang hantu. Dan dia menyesal kalinya beribu ribu. 

Walaupun perkahwinan itu tidak pernah mengecap bahagia, tetapi pasangan itu tuhan kurniakan dengan seorang cahaya mata. Dan dia dijatuhkan talak dalam usia yang muda.

Setelah dia bercerai, dia pun bekerja. Dan Tuhan menemukannya dengan lelaki kaya di tempat kerja. Hubungan mereka boleh terjalin mesra memandangkan kerana mereka adalah rakan lama. Namun, secara tiba tiba, mereka berdua terperangkap dalam fitnah yang dibuat oleh seorang rakan lama juga. Fitnah itu dibuat oleh rakan lama mereka itu akibat dendam disebabkan perempuan tidak kaya tidak mahu terima cintanya. Dan bagi menutup malu di muka, mereka berdua terjerumus ke dalam kancah perkahwinan paksa.  

Oleh kerana lelaki kaya tidak punya rasa cinta kepada perempuan tidak kaya, maka terseksalah perempuan tidak kaya dalam dakapan lelaki kaya. Perempuan tidak kaya itu diseksa bukan sahaja kerana dia tidak dicintai oleh lelaki kaya, malah dituduh pula sebagai pengatur rancangan khalwat tersebut lalu menjerumuskan mereka ke dalam kancah kahwin paksa. Lelaki kaya kata perempuan tidak kaya sengaja merancang kes tangkap khalwat itu supaya mereka berdua boleh terjebak dalam perkahwinan paksa itu. Hari demi hari perempuan tidak kaya terseksa hati dan perasaannya. Tetapi takdir Tuhan lebih hebat rupanya. Dalam pada lelaki kaya itu tidak cinta, dia berjaya tanam benih dalam rahim perempuan tidak kaya dalam satu hubungan yang penuh paksa. 

Perempuan tidak kaya bukan sahaja diseksa oleh lelaki kaya, malah oleh ibu lelaki kaya juga. Si ibu lelaki kaya yang terlalu pentingkan harta memang benci dengan perempuan tidak kaya yang dikatakan tidak setaraf dengannya. Bertambah meranalah hidup perempuan tidak kaya. 

Perjalanan hidup atau kisah hidup seorang manusia itu mestilah dibantu oleh manusia yang lain juga. Ibu bapa, anak anak, saudara mara, dan sahabat sejati adalah antara yang menyerikan kisah hidup seorang manusia. Berkat bantuan mereka semua dan berkat kesungguhan perempuan kaya menawan hati lelaki kaya dengan sikapnya serta membuktikan bahawa bukan dia yang merancang kes khalwat itu, lelaki kaya boleh menerima perempuan tidak kaya. Dan akhirnya mereka membina hidup dengan bahagia bersama. Perempuan tidak kaya kini boleh mengecap rasa bahagia bersama lelaki kaya yang dicintainya walaupun pada awal hidupnya dia terseksa. Dan ibu lelaki kaya itu pun memohon maaf kepada perempuan tidak kaya setelah sedar yang mana kaca dan yang mana permata. 

Itulah perjalanan hidup dua orang manusia yang mencari makna cinta. Makna cinta bagi mereka berdua bukan sahaja mencari keredhaan Allah semata mata, malah untuk saling berkorban, memahami, menyayangi, mencintai, dan menghormati antara satu sama lain juga. Kisah hidup mereka berdua begitulah kisahnya. Kisah hidup orang lain, lain pula kisahnya.

Berdasarkan kisah cinta di atas, ada beberapa pengajaran yang kita boleh jadikan perdoman, pertama ; makna cinta yang suci tidak semestinya perlu bersulamkan harta, pangkat, dan jawatan. Makna cinta yang sejati mestilah bersulamkan kasih sayang, rasa cinta, tolak ansur, dan pengorbanan. Tanpa kesemua nilai nilai itu, makna cinta yang dicari pasti sukar dicari jawapan dan pasti sukar untuk menemui kebahagiaan. Harta, pangkat, dan jawatan tidak boleh menjamin kebahagiaan dan kegembiraan.  

Kedua ; kita perlulah patuh dengan segala nasihat yang diberi oleh ibu bapa. Jangan sesekali membelakangkan ibu bapa yang telah membesarkan kita. Ibu bapa adalah orang tua dan mereka telah hidup lama di dunia. Segala cabaran dan pancaroba dalam hidup di dunia telah mereka rasai sejak sekian lama. Jika mereka menegah akan sesuatu perkara, pasti ada sebab sebabnya. Pendek kata, bawa berbincanglah bersama ibu bapa jika ada keputusan yang kita tidak boleh gapai bersama mereka. Jangan sesekali dilupakan mereka kelak hidup kita akan merana.

Ketiga ; kita janganlah sombong dengan segala harta dan kekayaan yang kita ada dalam dunia. Ingatlah, semua harta dan kekayaan itu adalah milik Allah semuanya. Kita hanya diberi pinjam buat sementara sahaja. Jika Allah mahu tarik balik, nescaya dia boleh tarik semuanya dengan mudah sahaja. Orang yang sombong dilaknat oleh Allah juga. Justeru, janganlah berlaku sombong dengan sesiapa waima orang itu tidak sekaya kita. Semua manusia di sisi Allah adalah sama sahaja.

Keempat ; kita janganlah menyimpan dendam dengan sesiapa. Sesuatu penolakkan atau kekecewaan dalam hidup kita disebabkan oleh seseorang pasti ada hikmahnya. Janganlah kerana kemahuan kita tidak diterima, kita pasang dendam kepadanya. Kemudian kita balas dendam kepadanya sehingga dia menderita. Orang yang banyak simpan perasaan dendam di  dalam dada adalah orang yang sukar untuk menikmati rasa bahagia.

Kelima ; fitnah adalah suatu dosa yang sangat berat dalam agama. Jika membunuh, kita menghilangkan nyawa beberapa orang manusia, tetapi dengan memfitnah, kita boleh menghilangkan nyawa berjuta orang manusia. Orang yang suka memfitnah memang tiada tempat di dalam syurga kecuali dia bertaubat dengan taubat yang sebenarnya. 

Keenam ; perasaan ego memang banyak diternak dalam jiwa seorang manusia. Ego memang perlu diturunkan di dalam jiwa. Jika ego tidak diturunkan, ia akan menyebabkan kita hilang kawan dan hilang saudara. Jangan segan untuk meminta maaf jika kita melakukan kesalahan. Itulah tanda ego kita telah diturunkan.  

Kisah hidup antara lelaki kaya dengan perempuan tidak kaya pasti berbeza dengan kisah hidup lelaki tidak kaya dengan perempuan kaya. Apabila ada beza, pastilah makna cinta yang mereka cari pun tidak sama. Mungkin sebab itulah mengapa ada yang mendakwa bahawa makna cinta itu subjektif sifatnya. Tetapi apa yang pasti makna cinta itu begitu berharga di dalam jiwa seorang manusia.

1 ulasan:

  1. bila 1st baca title nih

    ouchh ssh jgk nak bg exact meanin abt luv ni..its depends..

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.