Ahad, 13 November 2016

SEBAB SEBAB DONALD TRUMP BOLEH MENANG JAWATAN PRESIDEN AMERIKA?



Image result for donald trump
Sumber : Google


Seperti yang telah ramai orang jangka, Donald Trump telah menang sebagai Presiden Amerika. Dari awal lagi kemenangannya sudah boleh dibaca. Jawatan Presiden Amerika itu sekarang orang sudah tahu siapa. Apa yang orang hendak tahu sekarang apa yang akan terjadi kepada dunia? 


Ada banyak faktor yang menyebabkan Trump menang sebagai Presiden Amerika. Dia menang kerana banyak dasarnya disukai oleh rakyat Amerika. Dasar Trump yang mahu membasmi pendatang asing adalah antara salah satunya. Ini kerana, rakyat Amerika sama juga seperti rakyat Malaysia – sedang bergelut dengan masalah pendatang asing yang datang merata-rata. Mereka mahu pendatang asing dibasmi segera di bumi Amerika. 


Selain daripada dasar terhadap pendatang asing, dasar Trump yang agak keras terhadap Islam turut disukai oleh rakyat Amerika memandangkan Islamophobia begitu subur di sana. Maka kekerasan dasar Trump terhadap Islam itu telah menjadi penentu kepada kemenangannya. 


Trump adalah selebriti dan ahli perniagaan yang kaya raya. Dengan kecekapannya dalam perniagaan itu, ia dilihat boleh membantu Amerika keluar daripada krisis ekonomi dunia. Sekalian rakyat Amerika menaruh harapan tinggi kepadanya supaya boleh menyelamatkan ekonomi Amerika.   


Hillary Clinton bukanlah lawan yang setanding dengan Donald Trump. Selain dibelengu dengan kelemahan pentadbiran Obama dan kelemahan pentadbiran suaminya dahulu, skandal emailnya semasa menjadi Setiausaha Negara juga begitu menggerhanai peluangnya untuk menang jawatan Presiden Amerika itu. Clinton dilihat tidak mampu menahan asakan daripada Trump secara bertalu talu. Trump begitu agresif untuk menyerang Clinton seperti peluru. Ini dapat dilihat semasa debat antara mereka berdua tidak lama dahulu. 


Walaupun tindakan Trump itu dilihat tidak demokratik, tetapi itu adalah hakikat dalam dunia politik. Di dalam politik tiada benar dan tiada salah sebenarnya. Yang penting adalah matlamat menghalalkan cara.   


Ingatlah, siapa pun yang menjadi Presiden Amerika, ia tidak membawa perubahan apa apa. Orang Islam dan negara Islam tetap akan tertindas juga. Barangkali kemenangan Trump ini menyebabkan umat Islam tambah menderita. 


Semua Presiden Amerika mesti diterima oleh orang Yahudi dan pelobi pelobi Yahudi. Jika tiada sokongan orang Yahudi dan pelobi Yahudi, tiada seorang pun rakyat Amerika yang boleh menang jawatan Presiden Amerika waima sekali. Semua sedia maklum, jawatan Presiden Amerika itu ditentukan oleh semua pelobi Yahudi. Yahudi sudah bertapak kukuh di Amerika sejak dahulu lagi. 


Siapa pun yang menjadi Presiden Amerika, dasar luar dan dalam Amerika tetap sama. Ini kerana, yang menentukan dasar Amerika adalah pelobi Yahudi semuanya. Pelobi Yahudi yang berselindung di sebalik pintu Oval Office di Rumah Putih itu adalah tuan yang sebenarnya kepada Presiden Amerika. Semua Presiden Amerika hanya menjadi ‘pak turut’ samata-mata. 


Oleh kerana pelobi Yahudi yang berkuasa, maka dasar Amerika terhadap Islam tidak pernah berubah apa apa. Orang Islam akan tetap ditindas sampai bila bila. Sebaliknya, Yahudi dan Israel akan terus menguasai dunia. 


Setiap Presiden Amerika perlu menjaga empat perkara ; minyak mentah dunia, dolar Amerika, ekonomi dunia, dan kaum pemodal antarabangsa. Keempat empat perkara inilah yang menjadi penentu kepada hala tuju dunia. Selain empat perkara itu, negara Israel dan orang Yahudi adalah perkara yang akan diutamakan terlebih dahulu. Semoga semua umat Islam selamat dengan kemenangan Donald Trump itu.  




1 ulasan:

  1. Jangan turut jadikan negara kita sebagai boneka yahudi... Halang agenda yahudi yg ingin menentukan pemimpin negara kita...

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.