Khamis, 10 November 2016

PERKARA MENARIK DALAM FILEM FANTASTIC BEAST YANG ANDA PERLU TAHU

 551f

Seperti yang kita semua sedia maklum, filem siri Harry Potter terbaru iaitu filem Fantastic Beast And Where To Find Them sudah berada di pawagam sekarang. Ia merupakan sebuah filem yang menarik untuk ditonton memandangkan ia adalah kesinambungan daripada filem Harry Potter yang dulu. Saya sertakan sinosis filem ini untuk tatapan anda semua : 

Newt Scamander (Eddie Redmayne) datang ke New York pada tahun 1926 dari Britain (tetapi sebabnya masih dirahsiakan) dengan beg buruk kesayangannya. Beg buruk itu sebenarnya adalah sebuah beg yang ajaib di mana di bahagian dalamnya mempunyai ruang yang lebih besar dan merupakan rumah bagi sejumlah makhluk-makhluk sihir. Dalam perjalanannya, dia bertemu dengan penyihir Amerika yang cukup takut untuk berada di khalayak umum. Di depan para "No - Maj", sebutan untuk "Muggle" versi Amerika, dan di dalam dunia ahli sihir, telah terjadi sesuatu perkara yang menyebabkan beg ajaib Newt Scamander itu pecah dan terbuka lalu membebaskan makhluk makhluk sihir dari dalam beg itu.

"Fantastic Beasts and Where to Find Them" akan dibintangi oleh Eddie Redmayne, Katherine Waterston, Alison Sudol, Ezra Miller, Dan Fogler, Colin Farrell, Jenn Murray, Jon Voight, Carmen Ejogo, Gemma Chan dan pendatang baru Faith Wood-Blagrove. Filem yang diarahkan oleh David Yates ini bercerita tentang Newt Scamander (Redmayne), seorang magizoologist (ahli hewan sihir) yang tekenal di dunia sihir, yang mengadakan perjalanan untuk mencari dan mendokumentasikan mahkluk-mahkluk fantasi. Yang kemudian menginspirasikannya untuk menulis buku panduan sekolah untuk murid-murid Hogwarts dengan judul “Fantastic Beasts and Where to Find Them.” Cerita tentang Scamander akan berlokasi di New York sekitar 70 tahun sebelum Harry Potter lahir.

"Fantastic Beasts And Where To Find Them" diterbitkan oleh David Heyman, yang juga produser dari filem kelapan Harry Potter sebelumnya. Warner Bros. Pictures akan melancarkan "Fantastic Beasts And Where To Find Them" pada tanggal 18 November 2016 dalam format 3D dan IMAX.


Bagaimana? Menarik atau tidak filem ini? Tidak menarik lagi? Jom terjah ---> Perkara Menarik Dalam Filem Fantastic Beast Yang Perlu Anda Tahu <--- untuk mengetahui perkara perkara menarik yang akan anda jumpa di dalam filem ini. Filem ini sangat bagus ditonton bersama ahli keluarga. Jangan lepaskan peluang untuk tonton filem yang hebat ini. 

2 ulasan:

  1. Suka tengok harry potter masa kecik-kecik dulu

    Boleh try tengok muvi ni

    BalasPadam
  2. Kalau cerita begini dibuat oleh orang kita mesti dikatakan karut saja kan.

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.