Kecoh di dunia maya berbicara soal
kenyataan penerbit terkenal, David Teo yang dikata sebagai menghina seniman
agung, Tan Sri P. Ramlee. Saya tidak bercadang untuk memperturunkan apa yang
David Teo katakan kerana bagi saya anda sudah mengetahui dan sudah pun
membacanya dalam laman laman sosial yang berlambak di internet. Justeru,
artikel ini hanya akan mengulas apa yang David Teo katakan sahaja.
Jika difahami secara tersurat dan
tersirat apa yang cuba David Teo katakan, dia bercakap itu bukan untuk menghina
seniman agung kita. Dia cuma mahu bercakap darihal pengurusan kewangan yang
betul tentang artis artis di negara ini. Kita semua sedia maklum bahawa sekian
banyak artis kita, apabila mereka sudah mencapai usia tua dan sudah tidak
banyak lagi tawaran berseni yang mereka terima, maka mereka mula hidup susah.
Contoh terdekat adalah pada Allahyarham Datuk Yahaya Sulong dan Yazid dari
kumpulan Search. Oleh sebab itu, David Teo sebagai usahawan yang berjaya, cuba
untuk memberi nasihat kepada artis artis kita supaya menguruskan kewangan
dengan betul supaya apabila mereka tua kelak, hidup mereka tidaklah susah.
Walau bagaimanapun, dalam memberi
nasihat mengenai pengurusan kewangan itu, Datid Teo telah membuat perbandingan
mengenai perkara itu dengan seniman agung kita. Dia membuat perbandingan, jika
artis artis gagal untuk menguruskan kewangan mereka dengan betul, nasib mereka
akan sama dengan nasib Tan Sri P. Ramlee. Itulah yang menyebabkan ramai orang
dan artis marah kerana dia membuat perbandingan dengan seorang manusia yang
besar jasanya dalam perfileman Melayu. Meskipun apa yang diucapkan oleh David
Teo itu tidak salah, tetapi membuat perbandingan seperti itu adalah salah.
Tidak sewajarnya David Teo menggunakan nama seniman agung Malaysia dalam
membuat perbandingan semacam itu. Bukan hanya nama Tan Sri P. Ramlee, jika dia
membuat perbandingan dengan menggunakan nama Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Aznil
Nawawi, atau Datuk A.C Mizal pun sudah pasti ramai orang marah.
David Teo tidak sepatutnya
menggunakan nama Tan Sri P. Ramlee atau nama sesiapa sahaja untuk memberi
nasihat secara terbuka seperti itu. Cukup sekadar David Teo memberi nasihat, tanpa
menyebut dan membuat perbandingan dengan nama orang lain. David Teo yang
sememangnya lama berkecimpung dalam perniagaan hiburan sepatutnya faham akan
hal ini tetapi sebaliknya telah berlaku.
Kita tidak boleh menyalahkan orang
ramai kerana membuat kecaman itu. Sudah menjadi hak mereka untuk untuk
mempertahankan seniman yang mereka sayang lebih lebih lagi seniman itu telah
berjasa besar dalam pembangunan filem filem Melayu. Cuma nasibnya kurang baik
sedikit berbanding David Teo. Jika Allah beri tuah kepadanya seperti mana Allah
beri tuah kepada David Teo, sudah pasti dia boleh menjadi jutawan dan pengarah
hebat di dunia. Cuma itulah, untung nasib tidak menyebelahi dirinya waima
ketika dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.
David Teo perlu sedar akan khilafnya
dan perlu segera memohon maaf terutama kepada ahli keluarga Allahyarham P.
Ramlee dan sekalian peminat peminatnya. Tan Sri P. Ramlee adalah seniman agung
dan tidak sepatutnya kata kata yang buruk dilemparkan kepadanya. Dia sudah
dihina ketika dia hidup, jangan pula dia dihina walaupun dia sudah meninggal
dunia.
tak tahu nak komen tentang ni.. ada baik dan buruk..
BalasPadamsaya tag awak yee.. jangan marah tau :)
http://hiphiphorray15.blogspot.my/2016/07/premade-template-giveaway-by.html