Sumber : Google |
Menurut kepercayaan saya, mana mana
parti politik yang sombong pasti akan ditimpa pelbagai masalah. Jika anda tanya
sebabnya, saya sendiri tidak tahu mengapa saya boleh berpegang kepada
kepercayaan itu. Mungkin kerana sombong itu satu sifat yang dicela oleh Allah,
mana mana orang atau pertubuhan (yang sudah pasti dianggotai oleh orang) yang
mengamalkan sifat sombong dalam diri mereka, pasti akan menerima kifarah
daripada Allah.
Buktinya berlaku kepada PAS sejak
akhir akhir ini. PAS bukan lagi sudah berpecah dua, malah sudah pun berada di
ambang peperangan apabila tertubuhnya Parti Amanah Negara yang juga dianggotai
oleh bekas ahli ahli PAS yang kecewa dengan kepimpinan ulamak dalam PAS. Mereka
marah kepada ulamak PAS kerana mereka tewas dalam pemilihan parti yang lalu dan
mereka marah kepada ulamak PAS kerana putuskan hubungan DAP. Jadi, mereka
luahkan rasa amarah atau mungkin kekecewaan mereka dengan cara keluar beramai
ramai dari PAS dan menubuhkan parti baru.
Apa maksud saya PAS berada di ambang
peperangan? Dalam pilihanraya umum nanti, sudah pasti banyak kerusi parlimen
(terutama kawasan majoriti Melayu) akan ditandingi oleh PAS, PAN (singkatan
kepada Parti Amanah Negara) dan UMNO. Maka, suka ataupun tidak, PAS perlu
berperang dengan PAN (bekas ahli partinya sendiri) untuk merebut kerusi
parlimen tersebut. Jika PAS bergabung dengan UMNO, mungkin PAS tidak perlu
berperang dengan UMNO. Namun, usaha untuk PAS bergabung dengan UMNO seperti
sukar nampaknya memandangkan UMNO sendiri pun punya banyak masalah sekarang
ini.
Berbalik kepada tajuk artikel ini,
PAS dahulu ketika bersama Pakatan Rakyat, mereka sangat sombong. Mereka
mendakwa mereka lebih baik daripada UMNO dalam segenap segi. Dari ‘bahasa
tubuh’, mereka memperlihatkan yang mereka ini sempurna serba serbi. Mereka
menampakkan diri mereka sebagai sebuah parti yang maksum yakni tidak pernah
melakukan kesalahan. Apabila orang memperlihatkan kesalahan mereka, mereka akan
mengeluarkan hujah hujah dangkal untuk menutup kesalahan yang mereka lakukan
dengan cara menggunakan ayat ayat Al Quran ataupun hadis hadis Nabi. Mereka
menjual Islam untuk survival politik mereka.
Oleh sebab mereka sombong dan mereka
percaya mereka seribu kali lebih baik daripada UMNO dalam segenap segi sehingga
langsung tiada cacat cela, maka Allah menghukum mereka dengan membuatkan parti
mereka terpecah dua. Mungkin mereka tidak sedar akan hal ini tetapi inilah
hakikat yang mereka mesti terima.
PAS dahulu ketika masih ‘berbulan
madu’ dengan PKR dan DAP, sukar menerima nasihat orang lain terutama orang yang
tidak sealiran dengan parti mereka walaupun orang itu adalah seorang ahli
akademik atau mufti. Mereka menganggap, nasihat orang yang tidak sealiran
dengan parti mereka sebagai sampah sahaja. Tidak cukup dengan itu, mereka gemar
menghukum orang yang tidak sealiran dengan parti mereka dengan hukuman yang
karut marut dan entah apa apa. Bagi mereka, siapa yang tidak selari dengan
parti mereka adalah tidak Islam atau kurang Islam. Inilah bukti PAS sombong
walaupun mereka cuba menafikan.
PAN yang baru ditubuhkan jangan pula
bersikap sombong seperti PAS. Jika mereka sombong juga, nasib mereka pun akan
sama macam nasib PAS lebih lebih lagi mereka ini baru sahaja ditubuhkan. Tetapi
saya tidak fikir yang pemimpin PAN tidak sombong. Banyak juga pemimpin PAS yang
sombong dulu berada dalam PAN sekarang. Jadi, mereka pun akan jadi sombong juga
seperti PAS lalu tidak mustahil PAN juga akan jadi seperti PAS. Cuma cepat atau
lambat sahaja PAN akan jadi seperti PAS. Biarlah masa dan keadaan yang
menentukan.
Oleh sebab PKR selalu sombong maka
Allah beri kifarah pada parti mereka juga. Selama ini, mereka sering
memperlihatkan bahawa parti merekalah yang terbaik dalam kalangan yang terbaik.
‘Bahasa tubuh’ mereka memperlihatkan bahawa PKR-lah parti yang paling layak
memerintah negara berbanding UMNO-BN. Mereka suka memperlihatkan kepada umum
bahawa pemimpin mereka lebih pandai daripada mana mana pemimpin. Mereka juga
suka menampakkan yang parti mereka lebih pintar untuk memerintah negara
berbanding dengan UMNO-BN. Mereka juga suka menunjukkan yang mereka bijak
kerana selalu membongkar salah laku dan kebobrokkan UMNO-BN kepada rakyat
jelata.
Maka terbongkarlah isu penyelewengan
Darul Ehsan Investment Group (DEIG) di bawah Azmin Ali (Naib Presiden PKR dan
Menteri Besar Selangor) kepada rakyat jelata. Selama ini, pemimpin mereka
dengan sombongnya membongkar kebobrokkan 1MDB seolah olah mereka itu lebih suci
dan murni, maka Allah bongkarkan pula keburukan dalam parti mereka. Maka
terpecahlah isu penyelewengan duit 30 bilion yang selama ini mereka simpan
rapi.
Itulah sebab mengapa saya percaya
kita tidak boleh sombong dengan orang lain walaupun orang itu banyak cacat
celanya. Kita mesti ingat, kita pun tidak sesempurna mana. Mungkin kesalahan
yang orang lain lakukan, kita pun turut lakukan juga.
DAP juga banyak sombongnya cuma Allah
‘sayangkan’ mereka jadi Allah tidak hukum mereka dengan masalah yang berat
berat sehingga boleh menghancurkan parti mereka. Saya percaya jika mereka terus
sombong, parti mereka pun akan hadapi masalah juga. Bukan masalah kecil tapi masalah
besar yang boleh menghancurkan parti mereka pada bila bila masa. Cuma cepat
atau lambat parti mereka dihancurkan oleh Allah kita tunggu dan lihat
sahaja.
Baik manusia mahupun pertubuhan
politik mesti menjauhi sifat sombong kerana sifat itu Allah sangat tidak suka.
Jika kita sombong, perasan yang kita ini lebih bagus daripada orang lain, dan
perasan yang kita ini tidak ada cacat cela, tunggulah Allah hancurkan kita.
Ingatlah, Allah juga yang Maha Berkuasa. Manusia ini apa adanya…
dalam mana2 parti politik pasti ada yg bersikap sombong mendongak ke langit sambil meludah dengan rakusnya tanpa memikirkan ludahan nya itu akan kena ke muka sndiri...
BalasPadamMereka sekadar parti politik yang dulunya mempergunakan agama sebagai loncatan. Semoga belajar dari kesalahan dan kembali merapatkan jurang dengan umat Islam yang lain.
BalasPadam