Khamis, 17 September 2015

PECAHNYA PAS KERANA KESOMBONGAN

Sumber : Google

Menurut kepercayaan saya, mana mana parti politik yang sombong pasti akan ditimpa pelbagai masalah. Jika anda tanya sebabnya, saya sendiri tidak tahu mengapa saya boleh berpegang kepada kepercayaan itu. Mungkin kerana sombong itu satu sifat yang dicela oleh Allah, mana mana orang atau pertubuhan (yang sudah pasti dianggotai oleh orang) yang mengamalkan sifat sombong dalam diri mereka, pasti akan menerima kifarah daripada Allah.

Buktinya berlaku kepada PAS sejak akhir akhir ini. PAS bukan lagi sudah berpecah dua, malah sudah pun berada di ambang peperangan apabila tertubuhnya Parti Amanah Negara yang juga dianggotai oleh bekas ahli ahli PAS yang kecewa dengan kepimpinan ulamak dalam PAS. Mereka marah kepada ulamak PAS kerana mereka tewas dalam pemilihan parti yang lalu dan mereka marah kepada ulamak PAS kerana putuskan hubungan DAP. Jadi, mereka luahkan rasa amarah atau mungkin kekecewaan mereka dengan cara keluar beramai ramai dari PAS dan menubuhkan parti baru. 

Apa maksud saya PAS berada di ambang peperangan? Dalam pilihanraya umum nanti, sudah pasti banyak kerusi parlimen (terutama kawasan majoriti Melayu) akan ditandingi oleh PAS, PAN (singkatan kepada Parti Amanah Negara) dan UMNO. Maka, suka ataupun tidak, PAS perlu berperang dengan PAN (bekas ahli partinya sendiri) untuk merebut kerusi parlimen tersebut. Jika PAS bergabung dengan UMNO, mungkin PAS tidak perlu berperang dengan UMNO. Namun, usaha untuk PAS bergabung dengan UMNO seperti sukar nampaknya memandangkan UMNO sendiri pun punya banyak masalah sekarang ini.


Berbalik kepada tajuk artikel ini, PAS dahulu ketika bersama Pakatan Rakyat, mereka sangat sombong. Mereka mendakwa mereka lebih baik daripada UMNO dalam segenap segi. Dari ‘bahasa tubuh’, mereka memperlihatkan yang mereka ini sempurna serba serbi. Mereka menampakkan diri mereka sebagai sebuah parti yang maksum yakni tidak pernah melakukan kesalahan. Apabila orang memperlihatkan kesalahan mereka, mereka akan mengeluarkan hujah hujah dangkal untuk menutup kesalahan yang mereka lakukan dengan cara menggunakan ayat ayat Al Quran ataupun hadis hadis Nabi. Mereka menjual Islam untuk survival politik mereka. 

Oleh sebab mereka sombong dan mereka percaya mereka seribu kali lebih baik daripada UMNO dalam segenap segi sehingga langsung tiada cacat cela, maka Allah menghukum mereka dengan membuatkan parti mereka terpecah dua. Mungkin mereka tidak sedar akan hal ini tetapi inilah hakikat yang mereka mesti terima. 

PAS dahulu ketika masih ‘berbulan madu’ dengan PKR dan DAP, sukar menerima nasihat orang lain terutama orang yang tidak sealiran dengan parti mereka walaupun orang itu adalah seorang ahli akademik atau mufti. Mereka menganggap, nasihat orang yang tidak sealiran dengan parti mereka sebagai sampah sahaja. Tidak cukup dengan itu, mereka gemar menghukum orang yang tidak sealiran dengan parti mereka dengan hukuman yang karut marut dan entah apa apa. Bagi mereka, siapa yang tidak selari dengan parti mereka adalah tidak Islam atau kurang Islam. Inilah bukti PAS sombong walaupun mereka cuba menafikan.

PAN yang baru ditubuhkan jangan pula bersikap sombong seperti PAS. Jika mereka sombong juga, nasib mereka pun akan sama macam nasib PAS lebih lebih lagi mereka ini baru sahaja ditubuhkan. Tetapi saya tidak fikir yang pemimpin PAN tidak sombong. Banyak juga pemimpin PAS yang sombong dulu berada dalam PAN sekarang. Jadi, mereka pun akan jadi sombong juga seperti PAS lalu tidak mustahil PAN juga akan jadi seperti PAS. Cuma cepat atau lambat sahaja PAN akan jadi seperti PAS. Biarlah masa dan keadaan yang menentukan.

Oleh sebab PKR selalu sombong maka Allah beri kifarah pada parti mereka juga. Selama ini, mereka sering memperlihatkan bahawa parti merekalah yang terbaik dalam kalangan yang terbaik. ‘Bahasa tubuh’ mereka memperlihatkan bahawa PKR-lah parti yang paling layak memerintah negara berbanding UMNO-BN. Mereka suka memperlihatkan kepada umum bahawa pemimpin mereka lebih pandai daripada mana mana pemimpin. Mereka juga suka menampakkan yang parti mereka lebih pintar untuk memerintah negara berbanding dengan UMNO-BN. Mereka juga suka menunjukkan yang mereka bijak kerana selalu membongkar salah laku dan kebobrokkan UMNO-BN kepada rakyat jelata.

Maka terbongkarlah isu penyelewengan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) di bawah Azmin Ali (Naib Presiden PKR dan Menteri Besar Selangor) kepada rakyat jelata. Selama ini, pemimpin mereka dengan sombongnya membongkar kebobrokkan 1MDB seolah olah mereka itu lebih suci dan murni, maka Allah bongkarkan pula keburukan dalam parti mereka. Maka terpecahlah isu penyelewengan duit 30 bilion yang selama ini mereka simpan rapi.

Itulah sebab mengapa saya percaya kita tidak boleh sombong dengan orang lain walaupun orang itu banyak cacat celanya. Kita mesti ingat, kita pun tidak sesempurna mana. Mungkin kesalahan yang orang lain lakukan, kita pun turut lakukan juga.

DAP juga banyak sombongnya cuma Allah ‘sayangkan’ mereka jadi Allah tidak hukum mereka dengan masalah yang berat berat sehingga boleh menghancurkan parti mereka. Saya percaya jika mereka terus sombong, parti mereka pun akan hadapi masalah juga. Bukan masalah kecil tapi masalah besar yang boleh menghancurkan parti mereka pada bila bila masa. Cuma cepat atau lambat parti mereka dihancurkan oleh Allah kita tunggu dan lihat sahaja.         

Baik manusia mahupun pertubuhan politik mesti menjauhi sifat sombong kerana sifat itu Allah sangat tidak suka. Jika kita sombong, perasan yang kita ini lebih bagus daripada orang lain, dan perasan yang kita ini tidak ada cacat cela, tunggulah Allah hancurkan kita. Ingatlah, Allah juga yang Maha Berkuasa. Manusia ini apa adanya…


2 ulasan:

  1. dalam mana2 parti politik pasti ada yg bersikap sombong mendongak ke langit sambil meludah dengan rakusnya tanpa memikirkan ludahan nya itu akan kena ke muka sndiri...

    BalasPadam
  2. Mereka sekadar parti politik yang dulunya mempergunakan agama sebagai loncatan. Semoga belajar dari kesalahan dan kembali merapatkan jurang dengan umat Islam yang lain.

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.