Jumaat, 29 Mei 2015

PEMIMPIN DAH AHLI UMNO PERLU BERANI

Sumber : Google

Pelbagai masalah telah melanda parti UMNO sejak belakangan ini. Masalah masalah ini dilihat seperti tidak boleh dimaafkan dan diterima oleh kebanyakkan rakyat. Mereka merasakan UMNO bukanlah sebuah parti yang relevan pada masa kini. Aspirasi mereka jelas, mahu menukar segera UMNO dengan parti pembangkang setelah duduk di bawah pemerintahan UMNO sejak sekian lama.

Masalah masalah ini berlaku kerana ketamakkan pemimpin dan penyokong UMNO terhadap populariti, harta dan kuasa! Oleh sebab itulah, kebanyakkan pemimpin UMNO tidak melaksanakan agenda pembangunan rakyat dan negara dengan sebaik mungkin kerana tujuan mereka menyertai politik bukan untuk itu sebaliknya untuk tujuan yang lain.

Oleh kerana sikap ramai pemimpin UMNO sebegitu, maka pelbagai masalah rakyat dan negara gagal diselesaikan. Mereka bukan sahaja gagal, malah menambahkan lagi masalah yang sedia ada. Oleh sebab itu, rakyat semakin benci dan meluat pada UMNO. Keinginan mereka untuk menumbangkan UMNO pada PRU yang akan datang sudah tidak dapat ditahan tahan lagi.


Walaubagaimanapun, kita perlu faham suatu perkara. Dalam setandan kelapa, bukan semuanya busuk. Dalam jemaah UMNO itu, bukan semuanya jahat. Pasti ada pemimpin atau ahli UMNO yang baik, yang benar benar berjuang untuk agama, bangsa dan negara bukannya mengejar popular, pangkat dan harta.

Pemimpin dan ahli UMNO perlu berani untuk membuat perubahan drastik terhadap parti itu. Mereka perlu segera membuang mana mana ahli atau pemimpin UMNO yang menjadi liabiliti kepada UMNO. Jika begitu banyak parasit di dalam UMNO, UMNO akan terus dirundung malang dan akan menerima natijah buruk pada bila bila masa sahaja.

Jika ahli ahli UMNO masih sayangkan parti itu, mereka perlu berani untuk menjatuhkan mana mana pemimpin dan ahli yang banyak membawa masalah kepada parti itu. Sikap kaki bodek, kaki ampu, kaki kipas, dan yesman perlu segera dibuang dan di hakis di dalam diri orang orang UMNO. Jika mereka masih mahu mengekal keadaan dan situasi seperti sekarang, mereka perlu bersedia dikuluhumkan pada PRU akan datang.   

Pemilihan UMNO yang akan datang adalah medan terbaik untuk melaksanakan segala agenda itu. Mana mana pemimpin UMNO yang tidak betul jangan diundi untuk menduduki kerusi Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, ahli majlis tertinggi, ketua pemuda, ketua wanita dan ketua puteri. Pilih sahaja orang yang benar benar mahu mengangkat martabat bangsa, agama dan negara untuk memimpin parti itu.

Jika ahli UMNO silap memilih pemimpin, bukan sahaja parti akan rosak, malah agama, bangsa dan negara turut jahanam sama. Kesilapan ahli ahli UMNO akan memberi kesan buruk kepada agama, bangsa dan tanah air secara keseluruhannya. 

Pemimpin pemimpin UMNO juga perlu sedar diri bahawa mereka diangkat menjadi pemimpin bukan untuk berfoya foya sebaliknya berkhidmat untuk rakyat sebaik mungkin. Jika ramai pemimpin UMNO yang suka melakukan kerja yang karut marut, anda sebenarnya telah mengkhianati amanah ahli UMNO amnya dan rakyat Malaysia khasnya.

Kesimpulannya, jika ahli UMNO masih sayangkan parti, agama, bangsa dan negara mereka, mereka tidak boleh takut untuk membuat perubahan dalam parti itu dengan cara membuang mana mana pemimpin dan ahli yang banyak menimbulkan masalah dalam parti dan kerajaan sehingga mencemar nama baik parti itu.




2 ulasan:

  1. Klu pru14 nanti dinasti najib dan timbalannya rosmah masih berkuasa, umno bakal tumbang selamanya.

    BalasPadam
  2. Sbg pemimpin yg dilantik...tgjwb perlu dipikul...di akhirat nnti akan dpersoalkan tgjwb itu smada dlaksanakan dgn betul @ tidak

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.