Jumaat, 3 April 2015

SOFI JIKAN GANTI ZUL ARIFFIN JADI HERO DRAMA RINDU AWAK 200%?

Sumber : Google

Saya mulakan entri ini dengan satu soalan, cuba bayangkan jika Sofi Jikan menjadi hero dalam drama Rindu Awak 200%? Cuba bayangkan kalau Yus Jambu menjadi hero dalam drama Love You Mr. Arrogant? Cuba bayangkan jika Hamid Gurkha menjadi hero dalam drama Adam dan Hawa? Adakah drama itu akan ditonton oleh ramai orang? Adakah drama drama popular yang dibintangi oleh pelakon pelakon yang kacak dan cantik itu akan menjadi popular dalam masa yang singkat?

Saya yakin rating drama drama itu akan menjunam jatuh jika dibintangi oleh pelakon pelakon yang tidak kacak atau tidak cantik itu. Jelaslah di sini bahawa rakyat Malaysia menilai seni bukan daripada kualiti tetapi daripada rupa paras semata mata. Sudah menjadi lumrah manusia tidak kira lelaki ataupun perempuan pasti akan tertarik untuk melihat lelaki kacak dan wanita cantik. Inilah strategi yang digunakan oleh penerbit dan pengarah untuk mempopularkan karya mereka. Mereka menggunakan khidmat pelakon yang berwajah cantik dan kacak untuk melariskan drama atau filem mereka.

Jika semua pelakon kacak dan cantik sahaja yang menjadi buruan pengarah mahupun penerbit, bagaimana pula dengan pelakon yang tidak mempunyai wajah yang kacak dan cantik itu? Bagaimana mereka mahu mencari rezeki di dalam dunia seni Malaysia yang kecil ini? Tambah merugikan apabila mereka ini mempunyai bakat yang besar dalam bidang lakonan atau nyanyian namun tidak diberi peluang sewajarnya kerana mereka tidak punya rupa paras yang menjadi idaman setiap orang itu.


Itulah realiti dunia seni kita pada hari ini. Pelakon yang kacak dan cantik sahaja yang mudah mendapat tempat di hati peminat namun ada diantara mereka tidaklah mempunyai bakat yang bagus mana. Jika berlakon pun memang tidak menjadi. Bila menyanyi sumbang di sana sini. Tetapi mereka tetap menjadi buruan peminat kerana wajah mereka yang kacak dan cantik itu. Ironinya, pelakon yang tidak kacak dan tidak cantik itu lebih berbakat daripada mereka.   

Lambakan drama drama yang diadaptasi daripada novel sejak belakangan ini semuanya dibarisi oleh pelakon pelakon yang mempunyai wajah yang kacak dan cantik. Belum pernah lagi saya menonton sebuah drama atau filem yang popular dibintangi oleh pelakon pelakon yang tidak kacak atau tidak cantik tadi. Jika ada pun hanyalah drama drama atau filem filem lucu dan memaparkan aksi aksi ‘lawak bodoh’ yang keterlaluan!


Jom baca : Bila Al-Quran boleh berkata kata? (ini bukan iklan 8share ye!)


Cuba kita tinjau seni hiburan di Korea Selatan pula. Mengapa kebanyakkan pelakon dan penyanyi Korea sanggup membuat pembedahan plastik dengan harga yang mahal semata mata untuk kelihatan kacak atau cantik? Ini kerana dengan wajah itulah mereka boleh mencari rezeki dengan mudah di dalam dunia hiburan mereka. Pelakon atau penyanyi yang tidak kacak sukar untuk popular dan kalau popular pun hanya suam suam kuku sahaja.

Trend yang ada di Korea itu saling tidak tumpah seperti di Malaysia. Sebab itulah kita melihat begitu ramai pelakon pelakon baru yang mempunyai wajah yang cantik dan kacak mudah untuk meningkat dengan cepat berbanding dengan pelakon pelakon yang tidak kacak atau tidak cantik itu. Jika meningkat naik pun pasti akan terkubur dengan mudah dan dalam masa yang singkat!

Sebagai rakyat Malaysia, kita sewajarnya menilai seni itu daripada kualiti dan bukan daripada rupa paras semata mata. Kita tidak boleh terlalu selektif dalam soal ini. Kita tidak boleh hanya menonton drama atau filem yang dibintangi oleh pelakon yang kacak dan cantik sahaja. Tonton juga drama atau filem yang dibintangi oleh pelakon pelakon yang tidak kacak atau tidak cantik tetapi mempunyai kualiti lakonan dan jalan cerita yang bagus. Begitu juga dalam seni nyanyian. Jangan suka pada penyanyi yang kacak atau cantik sahaja. Pilih juga penyanyi yang berbakat tetapi tidak mempunyai wajah yang kacak atau cantik.   

Tidak salah untuk kita meminati pelakon atau penyanyi yang mempunyai rupa paras yang elok itu tetapi pastikan mereka mempunyai bakat dan kualiti yang baik dalam bidang masing masing. Jangan sesekali kita meminggirkan pelakon atau penyanyi yang tidak kacak atau cantik itu oleh kerana mereka tidak punya rupa paras yang kita idam-idamkan itu.

Kesimpulannya, sebagai seorang peminat seni hiburan di Malaysia, kita tidak boleh selektif dalam memilih bakat dan seni. Jangan sesekali menilai seni dari rupa paras semata mata tetapi ukur juga seni daripada kualiti dan mutu yang berkesan. Ingatlah, seni itu diukur daripada kualiti, bukan rupa!



5 ulasan:

  1. Tapi kalau Zul Ariffin berlakon macam zed zaidi konfem takda orang tengok. Sebab lakonan dia best, tu yang orang tengok

    BalasPadam
  2. Begitulah di Malaysia. Bakat no 100, rupa no 1. Sebab itulah selepas separuh abad, filem dan drama kita masih belum mampu menandingi malah tidak menghampiri pun kehebatan filem Tan Sri P Ramlee..

    BalasPadam
  3. nak salahkan pengarah pun x boleh jugak. diorang ikut taste penonton Malaysia gak. kalau x ikut, x laku drama diorang.

    BalasPadam
  4. kalau buat drama best dan terbaik tp tak ada penonton pun susah gak... tu lah dilema nya

    BalasPadam
  5. semua citer tu sy xtgk...so leh nk bygkan hihiih

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.