Sumber : Google |
Sejak akhir akhir ini banyak sungguh
demonstrasi jalanan dan perhimpunan di jalan raya diadakan oleh parti
pembangkang antaranya #KitaLawan dan Bantah GST. Perhimpunan itu diadakan untuk
melahirkan rasa tidak puas hati mereka kepada kerajaan dan berharap kerajaan
Barisan Nasional di bawah pimpinan Najib akan dapat dijatuhkan seperti mana
yang berlaku di negara negara luar.
Wujud dua pendapat yang berbeza
tentang perhimpunan itu. Ada yang menyokong dan tidak kurang juga yang
menentang. Masing masing mahu menegakkan hujah masing masing mengapa mereka
menyokong dan membantah perhimpunan dan demonstrasi jalanan itu diadakan.
Sebagai blogger, saya cenderung untuk membantah perhimpunan itu.
Timbul persoalan, mengapa perhimpunan
itu diadakan di sekitar Sogo? Mengapa tidak dilakukan di Petaling Street
misalnya? Atau mengapa tidak diadakan di negeri negeri yang ditadbir oleh
Pakatan Rakyat seperti Selangor dan Pulau Pinang? Adakah perhimpunan tersebut
telah mencapai objektif yang mereka mahukan?
Apabila perhimpunan tersebut
dianjurkan, Sogo dan beberapa kedai di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman itu
tidak dapat beroperasi seperti biasa kerana khuatir dirosakkan oleh peserta
peserta perhimpunan yang ganas dan bertindak liar. Jalan raya menjadi sesak
kerana banyak jalan ditutup bagi memberi laluan kepada perhimpunan yang tidak
mendatangkan faedah kepada agama, bangsa dan negara itu. Perhimpunan yang
menjadi modal politik pihak parti pembangkang untuk meraih populariti dan
sekadar memancing undi.
Saya juga tidak suka akan pelaksanaan
cukai GST itu tetapi tidaklah sampai saya berhimpun untuk melahirkan rasa
protes saya. Jika saya tidak suka dengan GST, saya tidak akan mengundi BN dalam
PRU14 nanti. Apa gunanya saya harus memenatkan diri saya untuk semata mata
untuk Anwar Ibrahim? Apa gunanya saya harus membahayakan keselamatan saya
akibat dikejar oleh polis semata mata kerana cukai bernama GST?
Adakah peserta peserta perhimpunan
berpendapat negara akan menjadi baik jika kerajaan sekarang ditumbangkan dengan
cara perhimpunan jalanan? Kita lihat di negara negara Arab seperti Mesir
misalnya, adakah Mesir kembali aman, harmoni, sentosa dan tenteram selepas
Hosni Mubarak ditumbangkan melalui perhimpunan jalanan di Medan Tahrir? Negara
tersebut baik seketika di bawah Mohamed Mursi namun kembali bergolak di bawah
Fattah Al-Sisi.
Jelasnya perhimpunan jalanan bukanlah
jalan terbaik untuk menumbangkan kerajaan kerana tidak semestinya kerajaan yang
naik selepas itu boleh mentadbir dengan baik seperti mana kerajaan sekarang! Mungkin
jika BN ditumbangkan melalui jalan raya, naik pula Pakatan Rakyat yang
memerintah negara, Malaysia akan kekal seperti sekarang atau mungkin lebih
teruk lagi!
Saya bukanlah penyokong BN tetapi
saya ingin bertanya, apakah jaminan PR jika mereka memerintah nanti keadaan
akan menjadi lebih baik daripada sekarang? Jika Selangor pun boleh musnah dan
jahanam oleh kerana kerakusan dan ketamakkan pemimpin pemimpin mereka berebut
kuasa untuk menjadi Menteri Besar Selangor, apakah jaminan mereka supaya
Malaysia tidak berlaku huru hara seperti mana berlaku di Selangor?
Saya tidak fikir oleh kerana seorang
manusia bernama Anwar Ibrahim dan semata mata GST kita mesti berhimpun di jalan
raya. Itu bukan satu keperluan mendesak untuk kita melakukan perhimpunan itu.
Masih ada banyak lagi perkara yang kita boleh lakukan selain daripada
menganjurkan perhimpunan yang tidak mendatangkan faedah itu.
Namun begitu, saya tidak menolak
kebaikkan perhimpunan itu sekiranya melibatkan agama, bangsa dan negara. Sebagai
contoh, jika Najib mengarahkan semua masjid di Malaysia diruntuhkan tanpa sebab
sebab yang kukuh atau tidak membenarkan azan dilaungkan kerana dibantah oleh
orang kafir, barulah wajar saya akan menyertai perhimpunan untuk menumbangkan
kerajaan yang zalim semacam itu.
Jika Najib sebagai Perdana Menteri
cuba menghina agama Islam dengan dahsyat atau membuang agama Islam sebagai agama
negara dalam Perlembagaan Persekutuan, barulah saya akan mengangkat senjata
untuk menentang Najib dan kabilahnya. Jika Najib menembak saya atau umat Islam
yang lain untuk pergi ke masjid bagi menunaikan solat, barulah saya akan menentang
Najib dengan cara berhimpun jalan raya.
Jika Najib tidak membenarkan Islam dikembangkan
atau Islam dan umatnya ditindas oleh Najib seperti mana yang berlaku di negara negara
asing yang lain, barulah wajar saya berhimpun untuk mempertahankan agama saya.
Jika saya mati pun, Insha Allah…saya mati syahid kerana mempertahankan agama
Allah. Kalau mati kerana mahu menegakkan keadilan untuk Anwar Ibrahim atau mati
kerana membantah GST dengan cara berhimpun di jalan raya, maka sia sialah mati
itu. Tidak tahu pula jika PAS mengeluarkan fatwa mati mempertahankan Anwar
Ibrahim atau mati kerana membantah GST akan jadi mati syahid!
Sebenarnya ada banyak cara yang boleh
kita gunakan untuk meluahkan rasa tidak puas hati kita kepada kerajaan lebih
lebih lagi dengan kewujudan media sosial pada hari ini. Jika mahu berhimpun
pun, berhimpunlah cara aman tanpa menyusahkan orang lain. Tetapi itulah sikap
kita dan para pemimpin kita. Kita suka menyusahkan orang lain semata mata
kerana mahu menegakkan agenda politik masing masing. Akhirnya rakyat juga yang
jadi mangsa.
Kesimpulannya, saya tidak menyokong
perhimpunan jalanan yang dianjurkan oleh pihak parti pembangkang semata mata
kerana isu Lynas, Bersih, Bebaskan Anwar atau Bantah GST. Saya hanya akan
berhimpun dan mungkin mengangkat senjata kalau Najib dan kabilahnya menindas
Islam dan umatnya.
setuju. aku pun x suka gst. tp perhimpunan haram bukan jalan penyelesaian nyer. bah kan menutup periuk nasi org sbb byk kedai yg trpaksa tutup semasa perhimpunan haram ni.
BalasPadammasalahnya suara rakyat yang berhimpun ni kerajaan tak ambil peduli..hu3
BalasPadamZumal pun tak suka gak perhimpunan jalanan nie, menyusahkan banyak pihak...
BalasPadammenyusahkan....
BalasPadamapa pon x dapat
BalasPadamRasanya ada cara lain kita leh guna utk salurkan bantahan...cuma nak @ xnak jer
BalasPadambetul la.perhimpunan macam ni lebih banyak menyusahkan.kalau perhimpunan untuk tegakkan agama,boleh tahan lagi.bukan apa,kadang ada yang bawa anak bersama.kesian anak kena berpanas-panas,bersesak-sesak.
BalasPadam