Sumber : Google |
Saya menghormati kerajaan yang
bersungguh sungguh mentransformasikan sistem pendidikan negara supaya setaraf
dengan sistem pendidikan yang di luar negara. Itu satu perkara yang baik kerana
dengan pendidikan sahajalah yang dapat memacu kemajuan dan kemodenan negara ini
pada masa akan datang. Tanpa pendidikan yang sempurna, jangan bermimpilah
negara tersebut dapat membangun dengan sempurna apatah lagi untuk mengecapi
kemajuan dan pemodenan.
Walaubagaimanapun, saya melihat
sistem pendidikan tidak banyak berubah berbanding dahulu dan sekarang.
Pendidikan berasaskan peperiksaan masih lagi menjadi teras utama kepada dasar
dasar penggubalan sistem pendidikan kebangsaan. Pada hemat saya, pendidikan
berasaskan peperiksaan ini sudah tidak relevan lagi pada masa kini kerana para
pelajar – tidak kira pelajar sekolah rendah, sekolah menengah, dan mahasiswa
institut pengajian tinggi awam dan swasta akan terus menjadi jumud!
Hal ini berlaku kerana kehidupan
pelajar hanya berorientasikan kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas
atau kuliah sahaja. Mereka juga terkongkong dalam dunia buku teks yang
disediakan oleh pihak sekolah, kolej dan universiti. Pemikiran mereka masih
tidak mampu keluar dari kepompong tersebut.
Apabila minda pelajar hanya
terkongkong dan termaktub dalam dunia buku dan kelas sahaja maka minda mereka
tidak mampu untuk berkembang. Para pelajar tidak mampu untuk berfikir di luar
kotak atau menjana idea idea bernas yang mampu untuk memacu ekonomi dan pembangunan
negara. Kita masih gagal lagi untuk melahirkan pelajar pelajar yang berfikiran
seperti Steve Job, Marc Zuckerberg, dan Bill Gates.
Cuba kita renungkan seketika, sudah
lebih lima puluh tahun negara ini mencapai kemerdekaan namun kita masih gagal
untuk mencipta senjata kita sendiri untuk tujuan pertahanan negara. Senjata nuklear
pun entah bila yang kita boleh bangunkan padahal itu adalah satu unsur penting
dalam pertahanan negara kerana Malaysia adalah sebuah negara Islam. Tidak
mustahil negara kita akan bertukar menjadi Iraq, Palestin dan Afghanistan jika
kita tidak membuat persediaan awal dan rapi. Mengapa ini berlaku? Kerana sistem pendidikan
kita banyak yang tidak betul!
Sistem pendidikan kita sangat kejam
dan melampau! Para pelajar dipaksa untuk menghafal sepuluh ke dua puluh bab
dalam sebuah buku teks yang tebalnya lebih 200-300 muka surat untuk menghadapi
peperiksaan besar seperti UPSR, PT3, SPM dan peperiksaan akhir semester (untuk
pelajar IPT). Sekiranya gagal, pelajar tersebut perlu untuk mengulangi semula
kertas itu atau dimarahi oleh ibu bapa mereka. Pelajar yang tidak pandai akan
diletakkan di kelas belakang dan teruk serta berkawan sesama mereka sahaja. Pelajar
yang pandai akan dipuji setinggi langit namun yang tidak pandai pandang sebelah
mata pun belum tentu mahu!
Itulah sistem pendidikan kita yang
sama kejam dengan Aldolf Hitler! Lebih parah lagi pelajar dipaksa untuk
menghadiri aktiviti kokurikulum yang mengarut dan tidak punya idea baru! Jika
tidak hadir maka markah kokurikulum akan menjadi sedikit atau mungkin juga akan
digagalkan sedangkan bagaimana mereka mahu menghadiri aktiviti kokurikulum jika
subjek yang diajar di dalam kelas pun mengatasi batas keupayaan mereka?
Jangan sebut dengan saya bahawa
pelajar lain boleh buat maka mereka pun pasti boleh buat. Ingatlah, Allah
mencipta manusia ini daripada pelbagai jenis kemampuan dan sikap. Keupayaan
seorang pelajar dengan seorang pelajar yang lain adalah berbeza. Setiap manusia
tidak sempurna – mempunyai kekurangan dan kelebihan masing masing. Orang yang
menganggap semua manusia itu sama adalah manusia yang berfikiran kolot!
Sebagai kerajaan yang kononnya sangat
menjaga kebajikan rakyat, Kementerian Pendidikan di bawah Tan Sri Muhyiddin
Yaasin wajar meninjau dan mengambil contoh sistem pendidikan yang diamalkan di
negara lain. Jangan sesekali membuat dasar dan sistem pendidikan yang ‘syok
sendiri’ kemudian membebankan para pelajar yang menghadapinya. Cuba contohi
sistem pendidikan (diamalkan di negara lain) yang hebat, berkualiti dan pada
masa yang sama boleh melahirkan modal insan yang cemerlang, berdaya maju,
berinovasi dan berfikiran kreatif.
Jika sistem pendidikan sekarang ini
masih diteruskan, kejumudan akan terus berakar umbi dalam minda pelajar pelajar
kita seterusnya tidak dapat melahirkan modal insan yang berkualiti untuk
pembangunan negara pada masa akan datang.
Pada saya, sistem pendidikan yang
betul adalah wujud penyeimbangan yang ketara dalam kurikulum dan kokurikulum.
Aktiviti di dalam kelas dan di luar kelas perlu diseimbangkan tanpa memberi
sebarang tekanan kepada para pelajar. Maksudnya, pelajar tidak hanya fokus
seratus peratus di dalam kelas untuk lulus dan cemerlang di dalam peperiksaan
sebaliknya pelajar juga boleh mendapatkan markah yang cemerlang jika mereka
fokus juga kepada aktiviti kokurikulum. Sebagai contoh, pelajar perlu
mendapatkan 50% markah dalam peperiksaan dan 50% lagi markah melalui aktiviti
kokurikulum untuk mencapai kecemerlangan dalam UPSR, PT3, SPM dan peperiksaan
akhir semester.
Aktiviti kokurikulum jika perlulah
dibuat penambahbaikkan dengan membuat pelbagai aktiviti aktiviti baru.
Elakkanlah dari membuat aktiviti kokurikulum yang berasaskan kawad, sukan,
berlari, tekan tubi, denda dan sebagainya. Sebaliknya fokus juga aktiviti yang
boleh memberi fikiran kepada para pelajar seperti bagaimana untuk menghasilkan
roket kertas yang boleh terapung di udara. Mungkin idea ini agak dangkal namun
siapa tahu jika ia boleh direalisasikan jika ada kajian rapi yang dibuat oleh
para pelajar ini dengan dibantu oleh guru atau pensyarah mereka.
Mengapa mahasiswa di negara ini
dianggap sebagai ‘mahasiswa strawberry’ oleh kebanyakkan orang? Ini kerana
mereka bukan sahaja gagal untuk memenuhi keperluan industri pekerjaan tetapi
juga gagal dalam memberi idea bernas untuk pembangunan agama, bangsa dan
negara. Mengapa? Kerana sistem pendidikan
kita yang telah menyebabkan mereka jadi begitu.
Kesimpulannya, kerajaan perlu menukar
sistem pendidikan kita yang tidak lagi fokus kepada sistem pendidikan
berteraskan peperiksaan sebaliknya perlu memberi penyeimbangan yang konkrit
antara aktiviti di dalam kelas dan aktiviti di luar kelas secara menyeluruh dan
berkesan. Jika sistem pendidikan kita ini tidak ditukar, institusi pendidikan
kita ini tidak ubah seperti kilang yang mengeluarkan manusia berfikiran jumud
(termasuklah saya!).
Sistem pendidikan kita masih belum mampu melahirkan modal insan yang seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi dan intelektual. Kadang-kala transformasi yang dibawa tidak melihat realiti sebenar yang terdapat di sekolah-sekolah. Kita hanya laksanakan apa yang dibuat di negara luar tanpa mengkaji implikasinya terlebih dahulu. Lantaran itu, banyaklah berlaku kepincangan di sana-sini. Mungkin kerajaan perlu menggunakan mekanisme lain yang lebih sesuai dengan situasi sebenar di negara ini.
BalasPadamKak lya mmg stuju dgn apa yg ditulis..Bagi kak lya laa kan perlu penambahan baru dan rombakan semula sistem yg ada sekarang ni.Sekarang ni pelajar terlampau terbeban dgn semua matapelajaran..bkn saja BI ..Bahasa Melayu sndiri ada yg gagal..bagaimana itu semua terjadi..kerana sistem kita hari ini terlampau mrmberi tekanan pd pelajar hinggakan mereka tk dapat berfikir diluar kotak pemikiran sbg pelajar..
BalasPadamSistem pendidikan kita trlalu menitik beratkan peperiksaan tnpa mngmbilkira bagaimana utk mghasilkan modal insan yg utuh...cuba belajar dgn teliti sistem pendidikan jepun..pasti byk yg kita boleh pelajari
BalasPadam