Sumber : Google |
Saya mulakan entri ini dengan satu soalan,
cuba bayangkan jika Sofi Jikan menjadi hero dalam drama Rindu Awak 200%? Cuba
bayangkan kalau Yus Jambu menjadi hero dalam drama Love You Mr. Arrogant? Cuba
bayangkan jika Hamid Gurkha menjadi hero dalam drama Adam dan Hawa? Adakah
drama itu akan ditonton oleh ramai orang? Adakah drama drama popular yang
dibintangi oleh pelakon pelakon yang kacak dan cantik itu akan menjadi popular
dalam masa yang singkat?
Saya yakin rating drama drama
itu akan menjunam jatuh jika dibintangi oleh pelakon pelakon yang tidak kacak
atau tidak cantik itu. Jelaslah di sini bahawa rakyat Malaysia menilai seni
bukan daripada kualiti tetapi daripada rupa paras semata mata. Sudah menjadi
lumrah manusia tidak kira lelaki ataupun perempuan pasti akan tertarik untuk
melihat lelaki kacak dan wanita cantik. Inilah strategi yang digunakan oleh
penerbit dan pengarah untuk mempopularkan karya mereka. Mereka menggunakan
khidmat pelakon yang berwajah cantik dan kacak untuk melariskan drama atau
filem mereka.
Jika semua pelakon kacak dan cantik
sahaja yang menjadi buruan pengarah mahupun penerbit, bagaimana pula dengan
pelakon yang tidak mempunyai wajah yang kacak dan cantik itu? Bagaimana mereka
mahu mencari rezeki di dalam dunia seni Malaysia yang kecil ini? Tambah
merugikan apabila mereka ini mempunyai bakat yang besar dalam bidang lakonan
atau nyanyian namun tidak diberi peluang sewajarnya kerana mereka tidak punya
rupa paras yang menjadi idaman setiap orang itu.
Itulah realiti dunia seni kita pada
hari ini. Pelakon yang kacak dan cantik sahaja yang mudah mendapat tempat di
hati peminat namun ada diantara mereka tidaklah mempunyai bakat yang bagus
mana. Jika berlakon pun memang tidak menjadi. Bila menyanyi sumbang di sana
sini. Tetapi mereka tetap menjadi buruan peminat kerana wajah mereka yang kacak
dan cantik itu. Ironinya, pelakon yang tidak kacak dan tidak cantik itu lebih
berbakat daripada mereka.
Lambakan drama drama yang diadaptasi
daripada novel sejak belakangan ini semuanya dibarisi oleh pelakon pelakon yang
mempunyai wajah yang kacak dan cantik. Belum pernah lagi saya menonton sebuah
drama atau filem yang popular dibintangi oleh pelakon pelakon yang tidak kacak
atau tidak cantik tadi. Jika ada pun hanyalah drama drama atau filem filem lucu
dan memaparkan aksi aksi ‘lawak bodoh’ yang keterlaluan!
Jom baca : Bila Al-Quran boleh berkata kata? (ini bukan iklan 8share ye!)
Cuba kita tinjau seni hiburan di
Korea Selatan pula. Mengapa kebanyakkan pelakon dan penyanyi Korea sanggup
membuat pembedahan plastik dengan harga yang mahal semata mata untuk kelihatan
kacak atau cantik? Ini kerana dengan wajah itulah mereka boleh mencari rezeki
dengan mudah di dalam dunia hiburan mereka. Pelakon atau penyanyi yang tidak
kacak sukar untuk popular dan kalau popular pun hanya suam suam kuku sahaja.
Trend yang ada di Korea itu saling tidak
tumpah seperti di Malaysia. Sebab itulah kita melihat begitu ramai pelakon
pelakon baru yang mempunyai wajah yang cantik dan kacak mudah untuk meningkat
dengan cepat berbanding dengan pelakon pelakon yang tidak kacak atau tidak cantik
itu. Jika meningkat naik pun pasti akan terkubur dengan mudah dan dalam masa
yang singkat!
Sebagai rakyat Malaysia, kita
sewajarnya menilai seni itu daripada kualiti dan bukan daripada rupa paras
semata mata. Kita tidak boleh terlalu selektif dalam soal ini. Kita tidak boleh
hanya menonton drama atau filem yang dibintangi oleh pelakon yang kacak dan
cantik sahaja. Tonton juga drama atau filem yang dibintangi oleh pelakon
pelakon yang tidak kacak atau tidak cantik tetapi mempunyai kualiti lakonan dan
jalan cerita yang bagus. Begitu juga dalam seni nyanyian. Jangan suka pada
penyanyi yang kacak atau cantik sahaja. Pilih juga penyanyi yang berbakat
tetapi tidak mempunyai wajah yang kacak atau cantik.
Tidak salah untuk kita meminati pelakon
atau penyanyi yang mempunyai rupa paras yang elok itu tetapi pastikan mereka
mempunyai bakat dan kualiti yang baik dalam bidang masing masing. Jangan
sesekali kita meminggirkan pelakon atau penyanyi yang tidak kacak atau cantik
itu oleh kerana mereka tidak punya rupa paras yang kita idam-idamkan itu.
Kesimpulannya, sebagai seorang
peminat seni hiburan di Malaysia, kita tidak boleh selektif dalam memilih bakat
dan seni. Jangan sesekali menilai seni dari rupa paras semata mata tetapi ukur
juga seni daripada kualiti dan mutu yang berkesan. Ingatlah, seni itu diukur
daripada kualiti, bukan rupa!
Tapi kalau Zul Ariffin berlakon macam zed zaidi konfem takda orang tengok. Sebab lakonan dia best, tu yang orang tengok
BalasPadamBegitulah di Malaysia. Bakat no 100, rupa no 1. Sebab itulah selepas separuh abad, filem dan drama kita masih belum mampu menandingi malah tidak menghampiri pun kehebatan filem Tan Sri P Ramlee..
BalasPadamnak salahkan pengarah pun x boleh jugak. diorang ikut taste penonton Malaysia gak. kalau x ikut, x laku drama diorang.
BalasPadamkalau buat drama best dan terbaik tp tak ada penonton pun susah gak... tu lah dilema nya
BalasPadamsemua citer tu sy xtgk...so leh nk bygkan hihiih
BalasPadam