Sumber : Google |
Perjalanan saya dari stesen KTM UKM
ke stesen KTM KL Sentral mengambil masa selama 45 minit. Itulah rutin harian
saya ketika mahu pulang dari kolej ke rumah yang terletak di Kampung Baru,
Kuala Lumpur. Baru baru ini, ketika saya pulang ke rumah dengan menaiki coach
KTM yang kecil dan sempit itu, saya berpeluang untuk duduk di salah satu kerusi
yang disediakan. Kebiasaanya, apabila menaiki coach yang lama itu, saya perlu
berdiri memandangkan begitu ramai orang yang menaikinya di samping tempat duduk
pula tidak banyak disediakan.
Dalam perjalanan untuk ke KL Sentral,
coach yang saya naiki itu berhenti di stesen KTM Serdang. Sudah pastilah ramai
orang yang menaikinya yang terdiri daripada pelbagai bangsa – Melayu, Cina,
India, Bangladesh, Myanmar, Indonesia, Nepal dan entah apa bangsa lagi.
Memandangkan kerusi banyak yang sudah penuh, kebanyakkan mereka perlu berdiri
sementara menunggu kerusi itu kosong sebelum sampai ke destinasi masing masing.
Di hadapan saya, berdiri seorang
lelaki muda Melayu, berusia hampir sebaya dengan saya (jika tidak silap), dalam
lingkungan awal 20an. Di sebelahnya pula berdiri beberapa orang lelaki India
yang berusia dalam pertengahan 30an. Mula mula lelaki muda Melayu itu menaiki
KTM tersebut dengan seorang wanita (juga Melayu) yang sedang mendukung bayi,
sudah pastilah anggapan saya itu adalah isterinya. Kemudian isteri lelaki
Melayu itu duduk apabila diberi tempat oleh salah seorang penumpang di situ.
Hanya lelaki Melayu itu sahaja yang berdiri bersama penumpang penumpang lain.
Oleh kerana terlalu bosan, saya
tertidur seketika. Apabila saya sedar, saya terdengar butir butir percakapan
antara lelaki Melayu itu dengan lelaki India di sebelahnya.
“Sudah berapa lama kahwin?” Lelaki
India itu bertanya.
“Baru setahun bang.” Jawab lelaki
Melayu itu dengan senyuman tidak lekang dari bibirnya.
“Kerja apa?” Tanya lelaki India itu
lagi.
“Saya belajar lagi. Tapi malam saya
kerja nak bagi isteri makan kan…” Lelaki Melayu itu menjawab.
“Oh…kahwin lari ah?” Lelaki India itu
menduga.
“Ish! Saya kahwin betul punya. Kalau
kahwin lari tak boleh hidup woo… Hidup mesti susah punya.” Kata lelaki Melayu
itu.
“Muda lagi sudah kahwin…”Lelaki India
itu berkata.
“Sudah cinta nak buat macam mana…”
Mereka berdua tertawa bersama.
Kemudian lelaki Melayu itu disoal
bertalu talu oleh kebanyakkan penumpang yang ada di situ. Mana tidaknya,
usianya baru setahun jagung namun sudah mampu untuk bernikah dan mempunyai
seorang bayi lelaki. Di zaman sekarang, tidaklah dangkal jika pasangan muda
berkahwin awal. Cuma perkara itu masih menjadi sesuatu yang luar biasa bagi
kebanyakkan orang.
Apa yang menarik di dalam situasi itu
adalah istilah ‘kahwin lari’. Persepsi kebanyakkan orang, jika pasangan muda
Melayu berkahwin, mesti kahwin lari padahal hakikatnya tidaklah begitu. Ada
diantara mereka yang kahwin atas restu ibu bapa dan sudah pasti atas dasar suka
sama suka. Saya mahu bersangka baik dengan pasangan itu yang mereka berkahwin
bukan atas alasan hamil sebelum nikah.
Oleh kerana ramai pemuda dan pemudi
Melayu kahwin lari, ditambah pula dengan gambaran gambaran yang selalu
diberikan di dalam drama atau filem Melayu yang acapkali ditayangkan, maka tanggapan
masyarakat terhadap pasangan muda Melayu yang berkahwin awal itu adalah kahwin
lari!
Sepatutnya kahwin lari ini perlu
dielakkan kerana pelbagai masalah akan timbul di belakang hari. Anak anak muda
yang ingin berkahwin, perlu meminta restu daripada ibu bapa masing masing. Ibu
bapa pula, jika melihat anak anaknya sudah layak untuk berkahwin, pasangannya
pula elok akhlak dan agamanya, sudah mampu untuk berdikari, sudah mampu untuk
menyara anak bini, janganlah sesekali menghalang perkahwinan itu.
Kahwin lari itu terjadi kerana
berlaku penghalangan yang sangat dahsyat di pihak ibu bapa. Ibu bapa melarang
anak mereka berkahwin dengan pasangan masing masing atas alasan yang tidak
munasabah. Oleh kerana cinta, mereka melarikan diri ke selatan Thailand atau ke
Indonesia untuk berkahwin secara senyap senyap. Akibatnya, mereka menghadapi
masalah apabila pulang ke Malaysia.
Bukan kalangan rakyat biasa, golongan
ahli politik dan artis pun ramai juga yang kahwin lari. Antaranya kes yang
melibatkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Mohd Taib dan puteri Sultan
Selangor, Ku Yah (Tengku Zahariah), yang kahwin lari di selatan Thailand. Kes yang sama juga
menimpa pasangan Rita Rudaini – Aidil Zafuan (pemain bola sepak dan pelakon)
dan Alyah – Datuk Ramli M.S (penyanyi dan pemuzik).
Nasihat saya, janganlah sesekali
kahwin lari kerana persepsi itu akan melekat kepada bangsa kita di mana orang
beranggapan bahawa orang Melayu suka kahwin lari walhal bangsa lain pun ada
juga melakukan perkara yang sama. Mungkinlah tidak banyak namun tetap ada juga.
Justeru itu, marilah kita mendirikan rumahtangga mengikut adat resam, budaya,
dan aturan agama yang dipakai oleh orang Melayu/Islam sejak sekian lama. Jangan
sesekali melanggar aturan itu.
Sebenarnya yang berumur pun ada yang kahwin lari....
BalasPadamkahwin lari sering dikaitkan dengan pasangan muda.padahal yang tua-tua pun ada yang kahwin lari terutama yang kemaruk nak kahwin dua.ehehehe.
BalasPadamRasanye lebih elok dia kawen di usia muda utk cegah perkara xelok kan...yg ptg halal hehehe
BalasPadamkahwin muda nie bagus untuk elak maksiat... tengok aje gejala buang bayi, makin hari makin bertambah2...kalau dah ready dan dah bersedia nk pikul tanggungjawab elok nikah cpt2...
BalasPadamtpi jgn lah kahwin lari,.. klu parents tak restu pun jgnlah sampai nk sorokkan perkahwinan tu.. sbb akan dtg, lgi mcm2 masaalah akan timbul kalau kahwin lari..