Selasa, 7 April 2015

LELAKI GEMAR KE GYMNASIUM ADALAH GAY?



Ini adalah satu luahan pendapat di Twitter berkenaan dengan lelaki yang kerap ke gymnasium. Lelaki yang gemar ke gymnasium ini sudah tentulah mempunyai susuk tubuh yang berotot. tegap, cantik dan menarik. Sudah pastilah ramai gadis gadis comel akan tertarik dengan lelaki lelaki yang sebegini. 

Kebiasaannya, lelaki lelaki yang mempunyai tubuh yang berotot ini, gemar untuk menayangkan tubuh mereka di laman sosial seperti Intagram misalnya. Saya tidak tahu apa tujuan mereka tetapi menurut saya, mungkin mereka mahu tunjukkan hasil penat lelah mereka selama ini dan mahukan orang lain mengikuti jejak langkah mereka. 

Masakan tidak, lelaki yang mempunyai tubuh yang berotot ini sudah pastilah seorang lelaki yang sihat, kacak dan bergaya!


Untuk pengetahuan semua, lelaki lelaki yang gemar menunjukkan tubuh mereka di media sosial ini dipanggil lelaki spornoseksual. Spornoseksual merujuk kepada golongan lelaki berbadan sasa yang obses menayangkan menayangkan badan mereka dalam foto berbentuk selfie untuk dikongsi di laman sosial. Istilah spornoseksual itu diperkenalkan oleh seorang wartawan dan penulis Britain bernama Mark Simpson. 


Sumber : Google


Timbul persoalan, adakah semua lelaki yang gemar ke gymnasium ini atau lelaki yang mempunyai badan berotot ini seorang gay? Soalan itu sukar dijawab memandangkan sekian banyak perkara perkara pelik yang berlaku di akhir zaman ini. Tidak mustahil lelaki lelaki seperti ini bernafsu songsang tetapi janganlah kita terlalu jumud dengan mengatakan semua lelaki berbadan sasa itu gay. Ada juga yang normal dan mencintai kaum wanita seperti biasa.  


Pokok pangkalnya, terpulang kepada individu itu sendiri mengapa dia gemar ke gymnasium dan mempunyai tubuh badan yang berotot itu. Jika niat mereka mahu menjaga penampilan diri dan sentiasa sihat, itu satu perkara yang bagus. Tetapi jika niat mereka sudah menyongsang daripada itu, bawa bawalah bertaubat...

Related Posts:

  • TEMU PAUH  Sumber : Google Penerangan : Temu Pauh atau Kunyit Putih adalah tanaman herba yang mempunyai pelbagai khasiat. Tanaman ini kelihatan seru… Read More
  • SEKENTUT  Sumber : GooglePenerangan : Pokok Sekentut atau nama saintifiknya Paederia Foetida ialah sejenis tumbuhan herba dari keluarga Rubiaceae. Dalam… Read More
  • SEMANGI  Sumber : Google Penerangan : Semanggi atau nama saintifiknya Trifolium adalah genus tumbuhan yang tergolong dalam subfamili Marsileaceae.… Read More
  • TERUNG TELUNJUK  Sumber : Google Penerangan : Tanaman ini yang mempunyai nama saintifik Solanum Spp ialah sejenis sayuran yang ditanam di kebun sayur atau… Read More
  • KETUMPANG AIR  Sumber : Google Penerangan : Ketumpang Air atau Sirih Cina ialah tanaman herba yang kaya dengan khasiat. Namun, ramai beranggapan bahawa … Read More

7 ulasan:

  1. tak minat badan berotot ni . huhuu

    BalasPadam
  2. setuju .. ada je lelaki berotot yg dah berkeluarga, ada bini cantik, ada anak semua.. :)

    BalasPadam
  3. tak juga.. abang sy suka p gym sebab taknak perut boroi.. tu je.. tapi utk badan ketak2 tu takde lar.. nasib lah dia bukan jenis sPornoseksual.. ??

    BalasPadam
  4. Alamak si badan sado pun ada yang gay...

    BalasPadam
  5. betul tu,bergantung pada niat.seeloknya niat untuk sihat kan.kalau menyimpang tu,harap bertaubat la.

    BalasPadam
  6. Huihh..abg sado...sy lak yg segan tgk...heheheh

    BalasPadam
  7. benda ni 50-50 gak
    ada abg sado yg mmg gay cuma kita x tau tp
    ada gak yg dah ada famili sume tp org salah fhm gak ngan diorg ni

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.