Sumber : Google |
Sebagai seorang manusia, kita pasti
akan bergurau sama ada dengan rakan rakan atau dengan ahli keluarga. Saya yakin
hampir setiap hari kita bergurau. Gurauan yang baik dapat menghiburkan dan
menceriakan hati yang rawan. Jangan lupa, Rasullulah juga bergurau. Ikuti kisah
Rasulullah yang bergurau dengan wanita tua tentang orang tua yang tidak masuk
syurga itu. Ini membuktikan gurauan diterima baik di dalam Islam.
Gurauan yang baik bukan sahaja dapat
menghiburkan tetapi juga dapat mengeratkan hubungan persahabatan sekaligus
hubungan silaturrahim. Tetapi, wujud juga gurauan yang tidak baik. Gurauan yang
menyakitkan hati, gurauan yang memperkecilkan kelemahan orang lain dan gurauan
yang bersifat menghina adalah contoh gurauan yang tidak baik. Walaupun ia masih
dianggap gurauan, namun dianggap tidak baik kerana mengguris hati dan perasaan
orang lain.
Masalah orang kita ialah mereka tidak
pandai menjaga batasan dalam bergurau. Hampir setiap masa mereka bergurau.
Ketika orang lain serius, mereka masih boleh lagi bergurau. Gurauan semacam ini
memang menyakitkan hati dan tidak disukai oleh ramai orang. Kita harus ingat,
ada masa wajar kita bergurau dan ada masa wajar kita serius. Bukan sepanjang
masa kita bergurau dan bukan sepanjang masa kita perlu serius.
Sukar sebenarnya apabila kita
berhadapan dengan manusia yang tidak pandai membezakan suasana serius dan
suasana bergurau ini. Mereka tidak cekap menganalisis keadaan lalu terkandas
dalam situasi yang salah.
Gurauan yang tidak baik juga terjadi
apabila kita menggunakan kelemahan dan kekurangan orang lain sebagai bahan
gurauan kita. Sebagai contoh, jika ada kawan kita berbadan besar (gemuk), kita
mengutuknya sehabis mungkin atas alasan bergurau. Kita menjadikan tubuhnya yang
besar itu sebagai bahan lawak untuk menceriakan suasana. Bagi diri kita, itu
mungkin satu gurauan tetapi bagaimana dengan kawan kita yang berbadan besar
tadi, tidakkah dia terguris hati mendengar gurauan itu?
Tidak ada masalah jika kawan kita itu
jenis manusia yang tahan gurau. Tetapi bagaimana jika kawan kita itu bukan
jenis manusia yang sebegitu? Manusia yang sensitif, mudah terasa hati dan hatinya
mudah terguris. Tidakkah akan mewujudkan persengketaan kerana gurauan kita itu.
Jangan menghukum semua manusia di dalam dunia ini sama. Ada manusia boleh
terima gurauan dengan tangan terbuka namun bukan semua manusia sebegitu. Kita tidak
boleh sesekali mencemuh manusia yang tidak tahan gurau itu kerana Allah
menciptakan manusia berbeza beza dan sudah pasti tidak akan sama.
Gurauan yang tidak baik juga terjadi
apabila kita bergurau secara melampau. Kita bergurau sepanjang masa dan gurauan
kita itu menyakitkan hati. Sebagai contoh, kawan kita itu ada masalah dalam
menguasai Bahasa Inggeris. Hampir setiap masa kita mengutuknya kerana kelemahan
dirinya itu. Hari hari kita memperkatakannya sehingga menimbulkan rasa tidak
senang dalam hati kawan kita itu. Gurauan semacam itu dikategorikan sebagai
gurauan yang melampau!
Gurauan yang melampau juga apabila
melibatkan ahli keluarga seseorang. Kita menghina ibu, bapa, adik, abang, anak,
dan isteri orang lain atas alasan mahu bergurau. Gurauan semacam inilah yang
boleh mencetuskan persengketaan dan pergaduhan. Gurauan yang seperti ini tidak
baik dan wajib dihindarkan. Ingatlah, bukan semua perkara kita boleh bawa
bergurau. Ada perkara yang tidak patut sama sekali kita jadikan sebagai bahan
gurauan seperti ahli keluarga misalnya.
Justeru itu, kita perlu memahami ‘ilmu’
bergurau ini dengan betul dan mendalam supaya gurauan kita tidak tersasar dari
landasan yang sepatutnya sehingga boleh mencetuskan perbalahan, pergaduhan, dan
persengketaan. Kita mesti tahu menganalisis bila masa kita patut bergurau dan
bila masa kita patut serius dan perkara yang paling penting adalah bukan semua
perkara boleh dijadikan bahan gurauan dan jangan sesekali bergurau sehingga
melampaui batas.
Rumusannya, marilah kita menjadikan
gurauan itu sebagai jambatan untuk kita mengeratkan hubungan persahabatan,
kekeluargaan dan silaturrahim. Gurauan bukanlah alat untuk kita mencetuskan
perbalahan sesam kita. Oleh itu, wajarlah kita mengetahui selok belok ilmu
bergurau dengan sebaik mungkin akan gurauan kita itu tidak melampaui batas.
Gurauan mesti ada batas!
betul tu bergurau nak menghiburkan org tu.. kalau dh sakitkan hati dia bukan lagi bergurau namanya kan
BalasPadamKekadang gurau macam membuli pun ada. Kita kenalah juga jaga hati kawan kita kan...
BalasPadamgurau kelemahan orang lain sakit hati bila tak kena tempat dan masa
BalasPadamKdg kan..bila ada org yg suka brgurau..dia suka kena kan org lain...tp bl org lain wat benda yg sama kt dia..terus sentap...huhuhu...
BalasPadamkes macam ni selalu terjadi dengan pelawak kita sekarang.nak bergurau,berlawak tapi dah macam mengutuk orang dah.
BalasPadam