Sumber : Google |
Tidak putus putus serangan yang
dibuat oleh bekas Perdana Menteri dan negarawan ulung, Tun Dr. Mahathir Mohamed
ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Terbaru, Dr. Mahathir
mengatakan Najib tidak layak menjadi Perdana Menteri. Sebelum ini, beliau
mendesak Najib supaya meletak jawatan setelah menarik kembali sokongannya
kepada Perdana Menteri itu.
Sudah terang lagi bersuluh bahawa
Mahathir mahu menjatuhkan Najib seperti mana yang telah beliau lakukan kepada
Tun Abdullah (Pak Lah) suatu ketika dahulu. Melihat suasana di media sosial,
jelas ramai orang menyokong Mahathir daripada menyokong Najib. Hanya ahli ahli
UMNO sahaja yang masih berpihak kepada Najib. Ini bermakna politik berasaskan
ketaksuban kepada pemimpin begitu menebal dal jiwa orang orang UMNO mengatasi
kepentingan agama, bangsa dan negara.
Mahathir menggunakan pelbagai cara
untuk menjatuhkan Najib. Bukan sahaja melalui akhbar, blog beliau turut
memainkan peranan untuk menjalankan gerakan menjatuhkan Najib itu. Pelbagai isu
yang beliau bangkitkan dan pelbagai kelemahan Najib yang beliau senaraikan bagi
membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa Najib memang tidak layak untuk berada
di tempatnya sekarang.
Najib pula sekadar membisu seribu
bahasa dan ‘buat buat pekak sahaja’ akan segala serangan Mahathir itu. Ya,
memang ada Najib menjawabnya segala serangan dan persoalan itu semasa
ditemuramah oleh TV3 namun menurut kebanyakkan orang, jawapan Najib itu terlalu
lemah pengisiannya. Maksudnya, Najib tidak menjawab penuh segala serangan dan
soalan Mahathir itu.
Sebagai pemimpin berwibawa dan berada
pula di jalan yang betul, Najib sepatutnya menjawab, membuktikan, dan
mematahkan segala serangan serta soalan Mahathir itu dengan mengemukakan jawapan
yang bernas lagi tepat. Malangnya Najib tidak berbuat demikian. Oleh itu,
kecurigaan Mahathir dan kecurigaan rakyat terhadap Najib semakin melebar
terutama dalam isu GST, 1MDB, dan pembunuhan Altantuya.
Perkara semacam itu boleh menjejaskan
kreadibiliti Najib sebagai Perdana Menteri dan memberi kesan buruk kepada UMNO
dan Barisan Nasional.
Timbul persoalan, adakah serangan
Mahathir itu mampu menjatuhkan Najib seperti mana yang berlaku kepada Pak Lah?
Pada hemat saya, gerakan menjatuhkan Najib yang ditaja oleh Mahathir ini tidak
semudah seperti mana yang terjadi kepada Pak Lah. Di zaman Pak Lah, ada ramai
blogger, ahli dan pemimpin UMNO (Muhyiddin Yaasin terutamanya) yang memberi
sokongan padu kepada Mahathir. Maka, gerakan menjatuhkan Pak Lah semakin mudah
dan lancar pelaksanannya.
Di zaman Najib, ramai blogger, ahli
dan pemimpin UMNO (Muhyiddin Yaasin pun) berada di belakang Perdana Menteri itu
menyebabkan gerakan menjatuhkannya semakin susah dan sukar. Muhyiddin pun
dilihat tidak agresif untuk menjatuhkan Najib seperti mana yang pernah beliau
lakukan kepada Pak Lah dahulu walhal jika dilihat, Najib lebih teruk daripada
Pak Lah!
Mahathir tidak disokong oleh ahli,
blogger dan pemimpin UMNO yang agresif seperti di zaman Pak Lah dahulu dalam
menjatuhkan Najib pada hari ini. Justeru itu, kedudukan Najib terus ampuh dan
kukuh di persada kuasa tersebut. Mahathir hanya mampu berusaha selagi nyawanya
masih ada tetapi sekiranya ahli, blogger dan pemimpin UMNO masih bersama Najib,
sukar untuk usaha beliau itu dilaksanakan.
Najib hanya boleh dijatuhkan melalui
dua cara, pertama, seluruh ahli UMNO dan blogger pro UMNO supaya bersatu dengan
Mahathir untuk menjatuhkan Najib. Gerakan menjatuhkan Najib juga mesti disokong
oleh seorang (sekurang kurangnya) pemimpin UMNO yang kuat dan berwibawa seperti
Muhyiddin umpamanya.
Tetapi, jika dilihat pada situasi
sekarang, sukar untuk perkara itu berlaku. Jelas, ramai penyokong, pemimpin dan
blogger pro UMNO terus menyokong kepimpinan Najib. Maka, gerakan menjatuhkan
Najib itu dilihat lemah.
Cara yang kedua adalah melalui
pilihanraya. Cara ini lebih praktikal berbanding cara yang pertama tadi. Rakyat
jangan mengundi UMNO-BN pada PRU14 dan sudah pasti Najib dapat dijatuhkan
dengan serta merta. Cara ini lebih mudah dan tidak mustahil untuk berlaku
memandangkan begitu ramai (rakyat) yang negatif pada kepimpinan Najib.
Jika perkara itu berlaku, maka iklim
politik Malaysia akan berubah secara mendadak. UMNO – BN pasti akan menangis
tidak berlagu dan peluang untuk mereka menguasai Putrajaya tidak akan lagi
tercapai sampai bila bila. Jika UMNO – BN tidak mahu perkara tersebut berlaku,
wajarlah mereka bertindak sekarang.
Walau apa pun, gerakan menjatuhkan
Najib yang digerakkan oleh Mahathir sangat sukar pada waktu itu. Mahathir
memang mendapat sokongan rakyat namun tidak sokongan UMNO. Maka, sukarlah
Mahathir untuk menjatuhkan Najib kecuali ada keajaiban yang akan berlaku. Bila
Najib akan turun sebagai Perdana Menteri? Hanya Allah Yang Maha
Mengetahui…
Scara peribadi sy sgt kecewa dgn temuramah tv3 yg lepas kerana soklan yg dtujukan pon umpama membaca skrip dan tak relevan...jawapn pulak??? Hmmm...paham2 sndiri je laaa
BalasPadambetul tu deanna, membengkokkan (divert) jawapan kpd jambatan bengkok semata mata... jawapan x menampakan pemikiran seorang perdana menteri
Padamahahaha..mungkin hampir tertewas dah PM kita ni.
BalasPadam