Khamis, 2 April 2015

BLOGGER PERLU CONTOHI RAHIM KAJAI DALAM MENULIS BLOG

Sumber : Google

Abdul Rahim Kajai adalah Bapa Kewartawanan Melayu. Beliau diberi gelaran itu kerana sumbangannya yang banyak dan luas dalam bidang kewartawanan dan persuratkhabaran Melayu. Beliau telah berkhidmat sebagai wartawan, Pengarang dan Ketua Pengarang dalam banyak surat khabar yang muncul di Tanah Melayu sebelum kemerdekaan antaranya Saudara, Majlis, Warta Malaya dan Utusan Melayu. Sebagai seorang wartawan besar, Kajai juga banyak melatih wartawan wartawan di zamannya.

Sumbangan Kajai tidak terhad dalam bidang kewartawanan sahaja tetapi juga turut meliputi kemajuan bangsa Melayu, agama Islam dan pembangunan Tanah Melayu. Semua itu disalurkan oleh Kajai dalam penulisan Rencana Pengarang, rencana dan cerpen cerpennya. Tidak ada satu pun penulisan Kajai yang tidak menyentuh akan ketiga tiga teras tersebut.

Sebagai penulis blog yang cintakan agama, bangsa dan negara, wajarlah kita semua – para blogger ini mencontohi Rahim Kajai dalam dunia penulisan. Tidak kiralah niche apa pun yang kita pilih dalam penulisan blog kita, tetapi kita janganlah sesekali terlupa untuk menyumbangkan sesuatu kepada agama, bangsa dan tanah air yang kita cintai ini.


Ya, saya akui negara kita ini mempunyai banyak kelemahan di sana sini. Kelemahan kelemahan itu datangnya daripada kelemahan pemimpin pemimpin kita dan kelemahan dari kita sendiri. Lantaran itu, wajarlah kita menggunakan pena kita yang tajam itu untuk memperbaiki segala kelemahan kelemahan yang berlaku di negara ini dengan cara membuat kritikan dan teguran secara berkala dalam penulisan blog kita.


Jom baca : Doa untuk mengelak masalah lupa (ini bukan iklan 8share ye!)


Agenda pembangunan agama, bangsa dan negara bukan dipikul oleh pemimpin negara sahaja tetapi juga oleh sekalian rakyatnya. Kita sebagai rakyat Malaysia perlu memberi pelbagai sumbangan untuk kemajuan negara ini. Lihatlah Rahim Kajai. Beliau tidak henti henti menulis tentang pembangunan bangsa Melayu, pendidikan anak anak Melayu, kemajuan Tanah Melayu dan sebagainya dalam setiap tulisan tulisannya.

Sikap semacam inilah yang perlu diterapkan dalam setiap sanubari penulis penulis blog yang berbangsa Melayu pada hari ini. Apa yang menyedihkan adalah kebanyakkan daripada kita malu untuk bercakap yang kita ini Melayu seolah olah Melayu ini bangsa yang paling hina dalam dunia! Ataupun barangkali kita tidak mahu dituduh perkauman (rasis) kerana bercakap tentang Melayu.

Sepatutnya pemikiran yang semacam itu wajar dibuang sejauh mungkin dalam kotak fikiran penulis penulis blog berbangsa Melayu pada hari ini. Lihat sahaja Rahim Kajai. Beliau tidak pernah takut mengkritik British supaya mengambil cakna perihal kebajikan dan pembangunan orang Melayu. Kajai tidak gentar bercakap soal bangsanya walaupun kemungkinan besar beliau boleh ditangkap kerana mengkritik pihak British dalam akhbar akhbar arus perdana ketika itu.    

Maksud saya dalam memberi sumbangan kepada bangsa, agama dan negara itu adalah menulis perkara perkara yang boleh memberi manfaat kepada bangsa kita yang sememangnya banyak ketinggalan berbanding dengan bangsa bangsa lain itu. Tulislah pelbagai ilmu yang boleh dimanfaatkan oleh bangsa Melayu di luar sana supaya pemikiran mereka boleh berkembang apabila membaca blog kita.      

Sebagai contoh, jika seseorang blogger itu mahir dalam selok belok dunia perniagaan dan kewangan, sewajarnya mereka menulis di dalam blog mereka tentang tatacara pengurusan perniagaan dan kewangan supaya lebih ramai lagi orang Melayu khususnya dan rakyat Malaysia amnya boleh menjadi ahli perniagaan dan pakar kewangan yang berjaya. Jangan sesekali kedekut ilmu dan membawa ilmu tersebut ke liang lahad! Ingatlah, ilmu adalah hak Allah dan kita wajar berkongsi untuk kebaikkan bersama.

Sebagai blogger, janganlah kita menulis sesuatu perkara yang boleh membawa perpecahan dan perbalahan sesama kita. Kita sepatutnya menggunakan pena kita yang tajam itu untuk menyatukan bangsa dan mengeratkan silaturrahim sesama umat Islam. Jangan wujudkan perpecahan sesama Islam melalui penulisan di blog kita.  


Kesimpulannya, marilah kita resapi semangat kemelayuan, kebangsaan dan kecintaan kepada negara yang ada dalam diri Rahim Kajai itu ke dalam diri kita. Marilah sama sama kita mencontohi beliau dalam dunia penulisan blog kita supaya Islam, Melayu dan Malaysia bukan sahaja akan mengecapi kemajuan tetapi juga akan kekal terpelihara sampai bila bila.  Al Fatihah buat Abdul Rahim Kajai… 

6 ulasan:

  1. Biar apa yang kita tulis tu menyebarkan kebaikan dan bukan persengketaan. Kita juga kena bertanggungjawab dengan apa yang kita tulis. kan Haziq ^-^

    BalasPadam
  2. Malangnya ada yang menggunakan kepandaian menulis blog digunakan sepenuhnya untuk memburuk-burukkan kerajaan dan memecah-belahkan perpaduan di Malaysia..

    BalasPadam
  3. tulis resepi je lah senang.. semua kenyang hehehhehe

    BalasPadam
  4. banyak pahala seorang blogger dapat kalau apa yang dia tulis tu bermanfaat untuk semua..

    BalasPadam
  5. semoga penulisan kita mmberi kebaikan kepada pembaca dan masyarakat khasnya

    BalasPadam
  6. Sesungguhnya mata pena itu lebih tajam dari mata pedang

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.