Khamis, 9 April 2015

BILA JOHAN RAJA LAWAK SUKA KUTUK ORANG…

Sumber : Google

Jika hendak dibandingkan antara Zizan dan Johan sebagai pelawak yang diminati, saya pasti akan memilih Johan. Ini kerana penyampai radio Era itu mempunyai bakat yang besar sebagai pelawak jika hendak dibandingkan antara Zizan yang bergantung kepada rupa paras dan kontroversi semata mata. Berbeza dengan Johan, dia punya bakat menjadi seorang pelawak yang terkemuka. Tidak hairanlah dia mampu menjadi juara dalam program Maharaja Lawak Mega (bersama Zizan) beberapa kali.

Jujur saya memang tabik pada Johan di atas bakat dan kebolehan lawaknya itu. Tetapi ada perkara yang tidak saya gemari dalam lawak lawak Johan. Kutuk mengutuk dan memperlekehkan orang lain sudah menjadi perencah rasa dalam lawak lawaknya. Jarang sekali saya dengar lawak lawaknya yang tidak ada perbuatan itu. Rasa saya, tidak sah jika Johan tidak mengutuk orang dalam lawak lawaknya.

Memang dari satu sudut orang ketawa dengan lawak lawak kutukan tersebut. Orang memujinya sebagai pelawak hebat dan sejati. Tetapi tanpa dia sedari dia telah pun mendapat dosa kerana mengutuk dan memperlekehkan orang lain. Orang yang ketawa di atas lawak lawak kutukannya pun turut mendapat ‘saham’ sama. Ini kerana lawak kutukan Johan itu akan menyebabkan orang terguris hati mendengarnya.


Lupakah kita semua atas kes saman yang mahu difailkan oleh Azwan Ali dan Ogy Ahmad Daud ke atas Johan? Itu semua berlaku kerana mereka terguris dengan lawak lawak ‘kejam’ Johan. Orang ketawa berdekah dekah dengan lawak Johan itu tetapi hati Ogy dan hati Azwan yang sakit mendengarnya. Johan melawak seolah olah dia adalah manusia paling sempurna dalam dunia!

Ternyata ABPBH2014 yang berlangsung Ahad lepas telah menjadi saksi yang Johan bukanlah manusia yang sempurna sehingga berhak untuk mengutuk dan memperlekehkan orang lain. Secara tidak sengaja, dia telah mencium mulut Ozlyn (isterinya) apabila diumum sebagai pemenang Penyampai Radio Paling Popular di anugerah berprestij tersebut. Peminat mengecamnya kerana perbuatan itu tidak sopan dan bercanggah pula dengan budaya Melayu dan ajaran Islam.  

Ironinya, Johan dan isteri mempertahankan tindakan tersebut atas alasan mereka adalah suami isteri. Mungkin Johan tidak tinggi ilmu Islamnya sehingga bisa mengeluarkan kenyataan semacam itu. Pada saya, dalam kesibukan Johan mencari rezeki itu, luangkanlah sedikit masa untuk pergi mendalami ilmu Islam yang luas itu. Jika terlalu sibuk sangat mengalahkan Perdana Menteri, tonton sahajalah rancangan 30 Minit Bersama Ustaz Don di TV Alhijrah itu.

Ulamak melarang kita (suami isteri) sama sekali untuk terlalu mesra di khalayak ramai. Tidak salah untuk suami isteri bermesraan secara berlebihan tetapi hanya di dalam rumah sahaja. Jika pengantin lelaki mencium dahi pengantin perempuan ketika habis akad nikah pun sudah salah, apatah lagi dengan kelakuan Johan yang serupa itu di khalayak ramai? Sudah tentulah kesalahannya lebih lagi.

Inilah padahnya jika artis dijunjung dan ulamak digantung! Sebab itulah umat Islam menjadi lemah dan mundur kerana kita tidak akrab dengan ulamak malah malas pula mahu mendalami ilmu Islam dengan ulamak. Akhirnya kita menjadi jahil sejahilnya. Johan sepatutnya tidak boleh mengeluarkan kenyataan yang mempertahankan tindakannya itu. Dia wajar bertemu dengan ulamak untuk meminta pandangan adakah perbuatannya di malam ABPBH2014 itu dibolehkan dalam Islam? Jika sudah punya jawapan, barulah wajar dia keluarkan kenyataan.

Orang menegur Johan di laman sosial berkenaan soal itu bukan kerana mereka benci pada Johan. Mereka mahu menegur dan memberitahu kepada Johan bahawa apa yang dia lakukan itu adalah salah. Jika tidak ada angin, masakan pokok bergoyang. Johan sepatutnya menerima teguran itu dengan tangan terbuka dan bertanya dahulu kepada yang pakar tentang hukum hakam Islam tentang soal mencium isteri di khalayak ramai itu kemudian barulah boleh mengeluarkan sebarang kenyataan.

Kesimpulannya, apa yang dilakukan oleh Johan bersama isterinya itu tetap salah di sini agama. Saya tidak mahu menjatuhkan apa apa hukum kelak saya pula yang berdosa kerana mahu tunjuk pandai pula. Johan wajar bertanya terlebih dahulu kepada ulamak yang muktabar berkenaan hukum mencium isteri di khalayak ramai sebelum berani untuk mengeluarkan apa apa kenyataan. Moga Johan insaf di atas perbuatannya.


Nota : saya sangat sibuk sekarang ini. Maaf jika saya tidak punya kesempatan untuk blogwalking ke blog anda semua. Jika sudah ada waktu lapang, saya pasti akan melakukannya. Wassalam…  

3 ulasan:

  1. Tapi kan dia dah cakap yg perkara tu spontan and dia tak terfikir pun nak melakukannya.. Sudah tentu disebabkan mereka suami isteri justeru Johan juga menyatakan bahawa tak salah pun perbuatan tersebut kerana status mereka..

    Mungkin tak cukup jelas cara dia bela diri dia tetapi berdasarkan apa yang dia katakan (tak sengaja cium), masihkah Johan berada di kerusi pesalah?

    BalasPadam
  2. itulah namanya tiada manusia yang sempurna.rapi kan kalau dia rasa dia tersasar sedikit sebab terspontan,akui kesalahan tersebut kan lebih elok daripada memberikan alasan yang suami isteri.

    betullah,peminta tegur sebab sayang dan nak perbetulkan kesilapan.

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.