Sabtu, 25 April 2015

JIKA UMAT ISLAM BOLEH JADI SEPERTI BLOGGER HELEN ANG

Sumber : Google

Jika anda bukan penganut blog dan peminat politik yang tulen, sudah pasti anda tidak akan mengenal nama blogger berbangsa Tionghua bernama Helen Ang ini. Walaupun baru lima tahun menubuhkan blog helenang.wordpress.com, namun dia mampu untuk mencatat pageview lebih daripada lima juta! Ini adalah satu rekod yang sangat membanggakan bagi seorang penulis blog. Sebagai blogger, jujur saya katakan bahawa saya adalah peminat tegar kepada Helen Ang ini.

Timbul persoalan siapakah blogger Helen Ang ini? Mengapa blog beliau boleh dikenali sebegitu cepat? Apakah cara yang beliau gunakan untuk mempopularkan blog beliau itu? Adakah Helen Ang ini seorang politikus, jutawan, model, ataupun seorang pejuang?

Helen Ang hanyalah seorang penulis blog biasa yang menulis secara moderate tetapi menyengat! Beliau pernah bertugas sebagai wartawan di akhbar New Straits Times, The Star dan terakhir di laman portal Malaysiakini. Oleh kerana siri siri rencananya (kolum) sering melawan arus dengan sidang editorial Malaysiakini dan selera pembaca laman portal itu, kolum beliau pun dibekukan dan dihapuskan. Setelah berkhidmat selama tujuh belas tahun sebagai wartawan, akhirnya Helen Ang menjadi salah seorang penulis blog yang cukup popular di Malaysia (bagi peminat politik seperti saya)


Apa yang menarik tentang blogger wanita Cina ini ialah kebolehan beliau menulis dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dengan baik di dalam blognya. Jarang sekali ada blogger seperti beliau. Saya sendiri pun hanya menulis dalam Bahasa Melayu dan jarang sekali mahu menulis dalam Bahasa Inggeris kerana saya tidak mahir menggunakan bahasa penting itu. Berbeza dengan Helen Ang, beliau cekap menulis dalam Bahasa Inggeris dan mahir pula menulis dalam Bahasa Melayu walaupun bukanlah orang dari bangsa Melayu!
 
Jika kita membaca blog beliau, pasti pelbagai gambarajah, carta, graf, dan jadual akan menghiasi hampir kebanyakkan entri beliau. Satu perkara yang sangat jarang dilakukan oleh mana mana blogger. Segala gambarajah, carta, graf dan jadual itu memperkukuhkan lagi hujah hujah beliau dalam memberi penerangan di setiap entrinya. Segala unsur itu telah membuatkan tulisan beliau sangat ampuh dan sukar untuk disangkal. Inilah kali pertama saya bertemu dengan penulis blog yang serajin itu.

Walaupun beliau agak pro-BN dan UMNO dalam setiap tulisannya, tetapi beliau tidak segan silu menghentam mana mana pemimpin BN yang tidak menjalankan tanggungjawab mereka kepada rakyat dengan sempurna. Seperti saya, ramai pemimpin telah menjadi sasaran kritikkan beliau antaranya Datuk Seri Chua Soi Lek, Datuk Seri Najib Tun Razak, Khairy Jamaluddin, Tun Dr. Mahathir, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan ramai lagi.

Pelik bin aneh sebenarnya apabila seorang wanita Cina dan tidak menganut agama Islam, namun membela orang Melayu dan agama Islam seolah olah Melayu dan Islam itu adalah agama dan bangsa beliau. Selain daripada Dr. Ridhuan Tee Abdullah (ahli akademik dan pendakwah), inilah kali pertama saya berjumpa dengan orang Cina yang tidak beragama Islam yang terang terang menyokong Islam dan Melayu. 

Setahu saya, hampir semua masyarakat Cina pasti akan berpihak kepada DAP namun berlainan sekali dengan Helen Ang. Beliau tidak segan silu untuk menghentam ahli politik DAP yang sebangsa dan mungkin seagama dengan beliau di dalam setiap tulisannya di blog. Beliau tidak habis habis mengkritik DAP dan masyarakat Cina yang acapkali menghina orang Islam, Melayu dan Malaysia. Inilah yang membezakan Helen Ang dengan ramai orang Cina dan orang Melayu di luar sana.  

Beliau acapkali mendedahkan agenda Kristian yang dicetuskan oleh DAP di dalam blognya dan tidak pernah berhenti berusaha untuk mengingatkan orang Melayu/Islam supaya berhati hati dengan gerakan evangelist Kristian yang dimainkan oleh pemimpin pemimpin DAP. Beliau juga tidak putus putus memberi peringatan orang Melayu akan bahaya yang bangsa mereka bakal hadapi jika DAP memerintah Malaysia suatu hari nanti.

Selain pemimpin UMNO-BN, pemimpin PR juga banyak ‘dilanyak’ oleh beliau di dalam blognya seperti Hannah Yeoh (sudah acapkali), Ong Kian Ming, Lim Guan Eng, Mujahid Yusuf Rawa dan ramai lagi.

Dalam isu Turun Salib yang meletus di Taman Medan baru baru ini, ternyata beliau tidak segan silu menyokong para peserta demonstrasi itu. Beliau mengeluarkan hujah hujah bernas mengapa salib itu wajar diturunkan. Saya begitu kagum dengan beliau. Seorang Cina bukan Islam boleh melihat bahaya agenda Kristian di situ tetapi sayangnya tidak dapat dilihat orang Melayu/Islam yang diberi cahaya keimanan oleh Allah seperti Wardina Safiyya dan Hafiz Hamidon terutamanya. 

Helen Ang yang bukan Melayu dan bukan Islam begitu tekal dan berani mempertahankan Islam tetapi ramai orang Melayu hanya berpeluk tubuh sahaja tatkala Islam dihina. Lebih menyedihkan, mereka bukan sahaja tidak mahu mengambil apa apa tindakan, malah mencemuh pula para peserta itu. Ada juga yang mahu para peserta itu dihukum supaya toleransi antara agama dapat dipertahankan. Mereka tetap mahu menunjukkan kebaikkan dan kelembutan Islam dalam menangani penghinaan itu walaupun Islam sudah acapkali dihina oleh orang bukan Islam.

Itulah hebatnya blogger bernama Helen Ang ini. Walaupun tidak berdarah Melayu/Islam, tetapi semangat, gerak rasa dan akal budi Melayu Islam itu tertanam kukuh di dalam dirinya. Saya berdoa agar Allah boleh membuka pintu hidayah kepada Helen Ang agar wanita ini boleh memeluk agama kebenaran dan diredhai ini suatu hari nanti. Alangkah indahnya dunia jika ramai umat Islam seperti blogger Helen Ang…






4 ulasan:

  1. Semoga helen ang masuk Islam secepat mungkin

    BalasPadam
  2. Oooo...baru tau..sblum ni xkenal pon dia...mgkin sbb genre blog dia yg jarang sy ikuti kot...lepas ni leh lah jenguk2 blog dia

    BalasPadam
  3. saya peminat senyap Helen Ang dan kagum dengan beliau.semoga Allah mengurniakan hidayah untuknya menjadi seorang muslim...

    BalasPadam
  4. Begitulah skrip yg telah tertulis di Loh Mahfuz semenjak azali lagi. Kalau umat Islam masih tak sedar jugak fikir-fikirlah kenapa Allah mengatakan " Nikmat ALLAH yang mana satu yg kamu nafikan" sebanyak 31 kali didalam surah Ar Rahman.

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.