Jumaat, 3 April 2015

APA YANG PALING LAJU DALAM DUNIA?

Sumber : Google

Cikgu : Kelajuan cahaya tertinggi yang pernah dicatatkan oleh ahli sains adalah 299 792 45558 m/s. Itu adalah kelajuan yang paling pantas yang pernah dicatatkan dalam dunia sejak zaman dahulu lagi.  Ada sesiapa di antara kamu yang boleh membuktikan sesuatu yang lebih laju dari cahaya?

Rayyan : Ada cikgu…jawapan saya suis lampu.

Cikgu : Suis lampu? Buktikan kepada saya…

Rayyan : Sebelum cahaya tu bergerak, suis lampu yang bergerak dulu cikgu. Kalau suis tak dipetik, cahaya pun tak bergerak cikgu.


Cikgu : Haa…bagus buah fikiran kamu Rayyan.

Hakim : Saya bantah cikgu…saya ada jawapan yang lain yang lebih bagus daripada jawapan Rayyan.

Cikgu : Apa dia Hakim?

Hakim : Jawapan saya adalah fikiran cikgu. Fikiran lebih pantas daripada cahaya dan suis lampu. Sebelum suis lampu itu dipetik, fikiran dah mendahului tangan yang memetik suis.

Cikgu : Hmm…sungguh kreatif cara kamu berfikir Hakim. Bagus! Ada sesiapa lagi nak berikan jawapan yang lebih bagus daripada jawapan Hakim dan Rayyan.

Mikhail : Ada cikgu…saya rasa semua tu tak sepantas mana.

Cikgu : Ok, apa jawapan kamu Mikhail?

Mikhail : Cirit cikgu.

Cikgu : Cirit? Awak jangan nak main main dalam kelas saya ye. Nak main main sila keluar!

Mikhail : Iye cikgu…pada suatu malam tu…saya terjaga…tak sempat saya fikir, tak sempat saya petik suis lampu…dah tercirit dalam seluar.


p/s : kahkahkah


2 ulasan:

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.