Selasa, 23 Disember 2014

Segmen Jom Kenal Blogger Baru Bro HH

Segmen Jom Kenal Blogger Baru

Tidak tahu mengapa tetapi saya semacam teruja untuk menyertai segmen yang dibuat oleh blogger hebat Hasrul Hassan ini. Antara kelebihan segmen ini adalah dapat meningkatkan traffik dan dapat meningkatkan follower blog yang sememangnya 'kekeringan' follower ini. Jadi, kepada mana mana blogger baru, memang sesuai untuk sertai segmen anjuran bro HH ini.

Syarat syaratnya pun mudah. Tak susah mana pun. Jadi memang berbaloi kalau sertai segmen ini. Apa syarat syaratnya? Mestilah kena sertai segmen ini dulu. 


Saya mula berblog pada tahun 2012 dan genre penulisan saya pada waktu itu hanya berkisar tentang ulasan buku buku yang saya baca sahaja. Kemudian saya membuat penambahbaikkan dengan menulis puisi, novel dan cerpen pula. Apabila minat saya dalam dunia politik semakin timbul, saya mula menulis tentang suasana politik semasa Malaysia dan mengulas isu isu semasa yang mencakupi bidang hiburan, sukan, sastera, sosial, ekonomi dan sebagainya. Kini saya menggunakan blog ini sebagai pentas untuk saya mencari pendapatan dengan menjadi pengedar Shaklee di samping mahu menjadi terkenal seperti blogger Datuk A. Kadir Jasin dan Mohd Sayuti Omar.


Nama blogger : Muhammad Nurhaziq bin Abdul Hafiz
Nama blog : MNH Sastera Melayu
email : nurhaziqm@gmail.com   
URL blog : http://sayapejuangbahasa.blogspot.com

Kepada blogger blogger baru, saya sarankan anda supaya sertai segmen ini. Segmen ini akan berakhir pada 31 Disember 2014. Jadi cepat cepatlah sertai ye...

9 ulasan:

  1. Jom meriahkan segmen ni.

    Cikgu sastera ke ?

    BalasPadam
  2. Semoga berjaya dan membantu orang lain untuk sama-sama mengecap kejayaan. Menjadi insan yang membawa orang lain kepada kebaikan adalah lebih utama dan bermakna. Blog anda akan Pak Lang follow. Insya Allah

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum..selamat bersegment..bw dr segmet yg sama..

    http://hooreey.blogspot.com/2014/12/segmen-jom-kenal-blogger-baru.html

    BalasPadam
  4. Hai MNH!

    salam perkenalan.. saya join jugak segmen ni..semoga menjadi pejuang bahasa yang berjaya. ^_^

    jemput singgah http://gadiscokelat87.blogspot.com/

    BalasPadam
  5. Wah cita-cita yang patut dikejar ni. Bukan mudah nak jadi mereka2 yang hebat tu, tapi tak mustahil. Kena konsisten dengan penceritaan yang baik tanpa singgung mana-mana hati. Tak mudah tapi boleh dilakukan. In Sha Allah.

    Oh ya, jika sudi nanti berikan sedikit kasih sayang (+1, like) pada entri bro HH bertajuk Malaysia Best Blog 2015 ye....

    Malaysia Best Blog 2015 by HASRULHASSAN.com

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.