Rabu, 17 Disember 2014

ENAM CARA RENDAHKAN TEKANAN DARAH BAGI PESAKIT DARAH TINGGI

Sumber : Google

Sudah ramai sebenarnya orang yang terkena penyakit darah tinggi terutama golongan yang sudah berusia. Penyakit ini bukan penyakit baru dan bukan juga penyakit yang jarang berlaku. Penyakit ini juga adalah satu penyakit yang merbahaya sebenarnya. Oleh itu, sebagai pengedar Shaklee saya mahu memberi informasi kepada anda berkenaan dengan penyakit ini dan bagaimana untuk mencegahnya.

Apa itu penyakit darah tinggi?


Tekanan darah tinggi atau lebih dikenali sebagai hipertensi merupakan satu penyakit kardiovaskular yang biasa. Tekanan darah merujuk kepada daya darah tersebut menolak ke arah dinding arteri sehingga darah mengisi arteri dalam kapasiti tertentu. Jika darah mempunyai tekanan yang terlalu tinggi ketika mengisi arteri tersebut, arteri boleh terancam dan membawa kepada keadaan yang mengancam nyawa seperti penyakit jantung atau strok.


Punca seseorang itu terkena penyakit darah tinggi


Antara punca seseorang itu terkena penyakit ini adalah disebabkan keturunan. Jika ada dalam ahli keluarga anda yang pernah mengidap penyakit ini, anda juga mungkin boleh terkena penyakit yang sama.

Punca kedua adalah usia. Selalu kita dengar bukan orang yang terkena penyakit ini adalah golongan yang berusia? Fakta ini memang tepat sekali kerana menurut kajian, orang yang berusia 55 tahun ke atas mudah mendapat penyakit ini.  

Punca ketiga adalah berat badan berlebihan atau obesiti. Kawan saya yang baru berusia dua puluh tahun dan pengidap obesiti sudah disahkan mengidap penyakit darah tinggi baru baru ini. Oleh itu, jika anda pengidap obesiti, anda perlu bersenam bukan sahaja untuk mendapatkan berat badan yang ideal tetapi juga untuk mengelak dari terkena penyakit ini.

Punca yang terakhir adalah pemakanan. Menjaga pemakanan adalah salah satu cara untuk mengelakkan diri anda untuk terkena penyakit ini. Nasihat saya, kurangkan mengambil makanan yang mempunyai lemak tepu dan garam yang tinggi.

Cara rendahkan tekanan darah bagi pesakit darah tinggi


Bagi merendahkan tekanan darah anda, suka ataupun tidak anda perlu tukar cara pemakanan anda iaitu kurangkan mengambil makanan segera dan makanan yang mempunyai kandungan garam yang tinggi antaranya KFC, McDonald, Pizza Hut, kicap, sos cili, ikan masin, telur asin dan sebagainya.

Kedua, anda perlu bersenam dengan membuat aktiviti seperti berjalan laju, berbasikal, berkebun, dan sebagainya. Nasihat saya, lakukan senaman selama 30 minit dan tiga kali seminggu.

Ketiga, anda perlu mengambil banyak sayur sayuran dan buah buahan antaranya pegaga, peria, epal hijau, pisang, buah kiwi dan sebagainya.

Keempat, anda perlu kurangkan kuantiti nasi dan lebihkan makan makanan berserat seperti oat dan jika boleh, minum susu rendah lemak.

Kelima, anda boleh minum air soya kerana air soya boleh beri rasa kenyang kepada kita, mampu menurunkan kolestrol dan mampu mengurangkan berat badan.

Keenam, ambil vitamin dan makanan tambahan yang baik untuk kesihatan contohnya seperti Vita C Shaklee dan Vivix Dietary Supplement. Di dalam Vita C Shaklee terdapat Vitamin C yang boleh merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan kebarangkalian terkena penyakit darah tinggi serta masalah kesihatan yang menyebabkan tekanan darah anda menjadi tinggi.

Vita C mampu cegah penyakit darah tinggi

Di dalam Vivix pula terdapat banyak bahan berkhasiat antaranya anggur Muscadine yang mampu mengurangkan tekanan darah. Produk ini sangat bagus bagi mereka yang mahu mengawal penyakit ini dari menjadi semakin parah dan terus berlarutan.

Vivix mampu mencegah penyakit darah tinggi


Jika anda inginkan produk ini, anda boleh menghubungi saya melalui :

Muhammad Nurhaziq bin Abdul Hafiz
Shaklee Independent Distributor
ID : 1171450
Sms/whatsapp/telegram/wechat : 012 9772806

Pengedar Shaklee Kampung Baru, Kuala Lumpur dan Keramat.


5 ulasan:

  1. penyakit yang menakutkan.Beberapa orang kawan saya meninggal kerana penyakit ni.Serangan stroke akibat tekanan darah terlalu tinggi memang boleh membawa maut.

    BalasPadam
  2. Pola pemakanan kita hari ini mampu memberikan risiko besar terhadap tahap tekanan darah.

    BalasPadam
  3. Ni kira silent killer jugakkan..Thanks SPB for info...

    BalasPadam
  4. Musim banyak kenduri nie ramai la kena darah tinggi yer...

    BalasPadam
  5. Tips2 tu saya agree except yang soya tu saya xsure.

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.