Sumber : Google |
Kemelut politik Pakatan Rakyat semakin menjadi jadi walaupun krisis Menteri Besar (MB) Selangor sudah pun tamat. Jelas kelihatan tahaluf siyasi yang dilakukan oleh PAS, PKR dan DAP ini semakin menuju kehancuran dan bagai retak menanti belah. Serangan demi serangan antara pemimpin ketiga ketiga parti itu semakin menjadi jadi sejak belakangan ini.
Terbaru, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengkritik Haji Hadi yang merupakan Presiden PAS, kerana kerap tidak hadir dalam mesyuarat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat. Perkara tersebut tidak habis di situ sahaja. Pemimpin pemimpin PAS pula antaranya Mahfuz Omar telah mempertahankan Haji Hadi dengan mengatakan bahawa Haji Hadi tidak sihat untuk hadir dalam mesyuarat tersebut dan membalas kritikan Guan Eng dengan mengatakan Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga kerap tidak hadir dalam mesyuarat itu.
DAP juga sejak belakangan ini kerap menghantar isyarat supaya PAS keluar dari Pakatan Rakyat. Bukan itu sahaja, DAP juga mahukan jawatan Timbalan Speaker Dun Selangor yang dikhaskan untuk ADUN PAS walaupun ADUN DAP sudah mendapat jawatan Speaker DUN dan kerusi exco melebihi ADUN PAS. Jelas, DAP mempunyai niat yang tidak baik terhadap PAS.
Akibat krisis MB Selangor juga, pemimpin pemimpin PAS semakin mahu pecah dan terbelah. Kewujudan PASMA di dalam jemaah PAS, ditambah pula dengan kehadiran golongan Islam Liberal yang sudah sekian lama bertapak di dalam PAS menyebabkan parti Islam itu sudah semakin rosak jadinya. Perjuangan PAS dalam mendaulatkan Islam semakin luntur hari demi hari.
Cakap cakap politik mengatakan bahawa Haji Hadi mahu 'diterajang' keluar dari jemaah PAS pada pemilihan yang akan datang. Setakat mana khabar ini benar tidak dapat dipastikan. Namun, sekiranya benar, jelas PAS mahu membuang kepimpinan ulamak yang dianggap jumud setelah golongan Islam Liberal menguasai PAS.
Haji Hadi yang terkenal kerana suka mengkafir kafirkan orang orang UMNO semakin hilang pengaruh di dalam PAS. Beliau dilihat semakin tidak mampu untuk membendung perpecahan dan masalah yang berlaku di dalam PAS. Hubungannya dengan pemimpin pemimpin PR lain juga dilihat bermasalah buat waktu ini.
Sebagai ulamak dan pemimpin, Haji Hadi tidak boleh sekadar membiarkan masalah ini terus berlarutan. Beliau perlu segera mencari jalan bagaimana untuk membendung perpecahan di dalam parti Islam itu. Beliau juga perlu segera mengkaji semula kedudukan PAS di dalam PR. Saya tidak nampak apa untungnya PAS di dalam tahaluf siyasi itu.
Apa yang saya nampak, PAS selalu dibuli oleh DAP. Tetapi. akibat terlalu taksub kepada kuasa politik, pemimpin pemimpin PAS dilihat seolah olah tidak kisah akan hal itu. Mereka tega dibuli oleh DAP asalkan cita cita mereka untuk menguasai Putrajaya tercapai. Bukan itu sahaja. ada segelintir pemimpin PAS juga sanggup menjual Islam dan Melayu demi mendapatkan kuasa politik sahaja.
Sejak berada di dalam Pakatan, suara PAS sebagai pembela Islam semakin lemah. Apa yang kuat hanyalah penguasaan golongan Islam Liberal yang berada di dalam parti Islam tersebut. Oleh itu, perjuangan PAS dalam mendaulatkan Islam bertambah luntur.
Apa yang menjadi persoalan sekarang adalah kedudukan Haji Hadi sebagai Presiden. Mampukah Haji Hadi terus memimpin PAS sehingga menjumpai satu tokoh ulamak yang benar benar berwibawa untuk memimpin PAS? Atau adakah Haji Hadi akan terperosok di dalam gaung yang paling dalam akibat dihumban oleh jemaah PAS sendiri? Sama sama kita nantikan...
tak tahu nak komen apa heee..oh malaysia..
BalasPadamPenyokong PAS juga masih tak sedar mereka dipergunakan
BalasPadamAgreed with Zumal.
PadamDah expect benda ni akan terjadi sedari awal. 'Gunting dalam lipatan'.
Padamingatkan hadi mana tadi di hujung gaung hehehe
BalasPadamtakut nak komen kalau bab2 politik.. slah cakap habis. hehee
BalasPadam