Fahmi Zainol |
Presiden Persatuan Mahasiswa
Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol telah digantung dari Universiti Malaya
selama dua semester dan didenda RM600 selepas disabitkan bersalah menganjurkan
ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim di universiti itu tanpa kebenaran pada 10
Disember lalu.
Fahmi antara lain telah berkata :
“Tindakan gantung satu semester terhadap Safwan Shamsuddin dan satu semester
terhadap saya dengan serta merta dianggap seolah olah mereka (UM) tidak ada
rasa belas kasihan dan simpati, dengan peperiksaan bakal berlangsung dalam
tempoh lebih kurang tiga minggu sahaja lagi.”
“Pernahkah pihak Naib Canselor dan UM
(atau) menteri memikirkan bagaimana perasaan ibu dan ayah saya? Hanya tinggal
beberapa bulan sahaja lagi saya bakal bergraduasi. Pernahkah mereka terfikir
betapa gembiranya ibu dan ayah saya sekiranya dapat melihat anaknya memegang
segulung ijazah dalam beberapa bulan sahaja lagi?” Katanya.
Sebagai seorang mahasiswa dan
kononnya pejuang, Fahmi perlu menerima hukuman tersebut dengan tangan terbuka.
Sudah jelas dia telah melanggar undang undang universiti, mengapa dia mesti
meraih simpati? Jika dia tidak mahu menerima hukuman tersebut, dia sepatutnya
dari awal lagi tidak menganjurkan program itu.
Tetapi, oleh kerana akalnya yang
pendek, dia tetap menganjurkan program tersebut. Oleh itu, dia perlu menerima
hukuman itu dengan sukarela. Tegas pepatah : tangan yang sanggup mencincang,
bahu mesti sangup memikul. Jika tidak mahu dilambung ombak, jangan berumah di
tepi pantai.
Untung sahaja pihak universiti
menggantung pengajiannya selama dua semester. Jika saya menjadi Naib Canselor,
sudah lama saya buang Fahmi dari universiti tersebut. Apa untungnya kita
menyimpan pelajar yang pendek akal serupa itu?
Saya tidak kata tidak boleh
berpolitik. Tidak sama sekali! Berpolitik itu boleh tetapi bukanlah masa yang
sesuai untuk seorang mahasiswa berpolitik secara radikal seperti itu. Alangkah
bagusnya jika Fahmi menunggu beberapa bulan sahaja untuk dia bergraduasi,
kemudian baru dia berpolitik? Tidakkah itu satu tindakan yang bijak?
Sekarang dia digantung selama dua
semester, apa pertolongan yang dia dapat daripada Anwar Ibrahim? Pernah dia
terfikir semua itu? Saya fikir manusia yang terlalu mengikut nafsu sepertinya
tidak mempunyai pemikiran sampai ke tahap itu. Inilah kata pepatah : ikut nafsu
lesu, ikut rasa binasa dan ikut hati mati!
Jika saya mempunyai anak seperti
Fahmi, saya pasti malu besar! Malu untuk menunjukkan muka kepada masyarakat
kerana mempunyai anak yang pendek akal seperti itu! Orang menghantar anak ke
universiti untuk belajar sehingga mendapat segulung ijazah bukan menganjurkan
ceramah politik yang karut marut!
Fahmi perlu belajar di atas apa yang
berlaku kepada Adam Adli dan Anwar Ibrahim sendiri. Inilah padahnya jika tidak
mahu belajar dari sejarah. Jadi janganlah menangis tidak berlagu apabila
menerima hukuman. Jangan pula menggunakan sentimen keibubapaan untuk meraih
simpati murahan!
Berjuang dalam politik itu tidak
salah cuma cara perjuangan Fahmi itu yang salah. Adakah dengan melanggar undang
undang dan meruntuhkan pagar universiti satu cara dalam perjuangan? Dari kitab
mana Fahmi belajar semua itu? Sebagai mahasiswa, saya malu kerana mempunyai
rakan mahasiswa yang pendek akal sepertinya.
Nasihat saya kepada Fahmi, gunakan
akal yang diberi oleh Allah dalam membentuk perjuangan kita dalam politik.
Jangan sesekali bertindak sembrono sahaja kelak akan memakan diri sendiri. Jika
dia merasakan pihak universiti tidak ada perasaan simpati dan belas kasihan
pada dirinya, adakah dia punya perasaan simpati dan belas kasihan terhadap
dirinya sendiri? Tepuk dada dan tanya iman…
saya setuju.. bagi saya mahasiswa pelu focus kpd pelajaran. Bukan buat semua benda mengarut ni... walaupun ada yg tak puas hati dgn kerajaan, tunggulah habis belajar...
BalasPadamNak menang RM100, RM50 dan hadiah misteri... jom join G A di blog saya….
http://enyyusnizar.blogspot.com/2014/12/giveaway-by-eny-abdullah-komen-banyak.html
nak berpolitik tak kena tempat . dah kena gantung baru lah menyesal . sayang , berapa bulan je lagi nak habis belajar . .
BalasPadam