Selasa, 30 Disember 2014

BLOGGER : JANGAN MENIPU BLOGGER LAIN!!!

Sumber : Google


Sejujurnya saya tidak mahu menulis entri ini tetapi apabila mengenangkan akan ada blogger lain turut terkena perkara yang sama, saya fikir lebih baik saya melemparkan kritikan ini sekarang. Selalu kita dengar blogger berperang sesama blogger, tetapi kes yang saya hadapi kali ini agak berlainan sedikit iaitu blogger menipu blogger lain.

Ceritanya begini…beberapa hari lalu saya ada menyertai satu segmen yang dianjurkan oleh seorang blogger. Saya fikir tidak perlulah saya sebut apa segmen itu dan siapa penganjurnya. Saya tidak ada masalah dengan segmen tersebut. Segmen itu mudah dan berjalan seperti biasa. Apa yang menyedihkan saya adalah sikap blogger blogger yang menyertai segmen itu.

Mereka menulis di ruangan komen yang mengatakan bahawa mereka telah mengikuti (follow) blog saya. Saya gembira dengan perkara itu kerana itulah tujuannya segmen itu dibuat. Oleh itu, saya segera memeriksa jumlah pengikut (follower) dan pada anggapan saya pengikut saya pasti bertambah. Saya sentiasa memeriksa jumlah pengikut setiap kali membuka blog bukan sahaja untuk mengetahui berapa ramai yang telah mengikuti dan siapa yang mengikuti blog saya tetapi juga untuk mengikuti semula blog tersebut sebagai balasan mereka telah mengikuti blog saya.


Malangnya saya langsung tidak melihat jumlah pengikut saya bertambah. Malahan saya tidak nampak siapa pengikut blog saya itu. Pada hemat saya, mungkin laman blog saya bermasalah kerana masalah gangguan internet namun apabila saya membuka blog saya di Cyber Café sekalipun, masalah yang sama tetap berlaku.

Tahulah saya blogger tersebut telah menipu. Mereka sengaja meninggalkan komen dengan mengatakan mereka telah mengikuti blog saya padahal sebenarnya tidak! Saya tidak marah cuma jangan sesekali buat begitu semata mata anda mahu saya mengikuti blog anda. Jika anda tidak mahu mengikuti blog saya tidak mengapa, saya tidak marah. Saya tahu ramai blogger di luar sana yang jijik dan jelik membaca rencana rencana politik yang saya tulis di dalam blog ini tetapi jangan sesekali menipu.

Saya teringat tag line blog Abang Ben Ashaari : kejujuran lebih berharga dari kekayaan (jika saya tidak silap). Jika anda suka dengan blog saya, anda boleh mengikutinya dan saya jamin yang saya akan mengikuti blog anda semula. Tetapi jangan sesekali menipu seperti itu. Itu satu sikap yang tidak baik sama sekali.

Saya berharap kritikan ini dapat dijadikan pengajaran kepada semua pembaca blog ini dan blogger blogger lain di luar sana. Saya tidak suka mengkritik sesama blogger tetapi jika beginilah cara kita berblog, amatlah tidak bagus sama sekali.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengikut, pengomen dan pembaca setia blog saya. Sesungguhnya jasa anda semua tidak dapat saya balas. Mahu disebut satu demi satu di sini terlalu berat bagi saya. Tanpa anda semua, siapalah saya sebagai seorang blogger di dunia ini. Kepada blogger blogger yang telah mengikuti blog saya tetapi saya belum mengikuti blog anda, sila beritahu tahu secepat mungkin. Saya pasti akan mengikuti blog anda semula. Saya tidak mengikuti blog anda kerana saya tidak menjumpai link untuk ke blog anda itu.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada Kak Uzu (Blog Emas Putih) yang sudi mengikuti blog saya. Rasa bangga pula blogger terkenal sepertinya mengikuti blog saya yang serba kekurangan ini. Semoga kita semua boleh berblog dengan lebih giat lagi selepas ini. Maaf jika anda terasa dengan kritikan saya.  



Lihat juga :
    




   


22 ulasan:

  1. Sedih tengok sikap orang mcm tu . Sabar ya.

    BalasPadam
  2. Memang pun.
    Saya pun seringkali dapat masalah yang sama. Dulu saya remind mereka to follow syarat, but was ignored.
    La ni..saya just disqualified je penyertaan. Puas hati.
    Kalau saya buat random.org tapi nama yang naik tu x follow saya, saya akan random lagi skali.

    BalasPadam
  3. Penah gak dulu join segmen, few bloggers camni gak; kate dah follow tapi takde pun.

    so i stopped join segmen and ape2 aktiviti since then and now dah jadikan blog sedikit private hehe.

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Sabar le...saya dulu pun pernah gak kena mcm tu....

    BalasPadam
  6. Mungkin mereka ingat penganjur segmen/GA tak akan periksa,..tapi memang tak wajarlah buat begitu.

    BalasPadam
  7. Cik Iman dah tahu dah perangai orang yang join segmen, kalau orang suh follow, tak de pulak nak follow. Tapi join pulak. Adoi. Nak tambah traffik je kejenya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu.
      Kalau kita dah remind tetap x endahkan.

      Padam
  8. kannn . ada la jugak sesetengah tu

    BalasPadam
  9. Ade gak yang cuba menipu yer MNH... Kat blog zumal pun ada yang komen kat cbox kata follow tapi linknya adalah iklan 8share jew...

    BalasPadam
  10. Halamak, tak pernah pulak nak check sama ada dieorang betul2 follow ke tak.

    BalasPadam
  11. Sabar MNH, bukan semua yg ikhlas berblogging ni.. tu semua cabaran bg blogger.

    BalasPadam
  12. ssh kan kalau ada yang tak ikhlas cenggini...kalau xnak follow pon xpe...cuma jgn laa kata dah follow..harap bersabar yer MNH

    BalasPadam
  13. harap bersabar dengan kerenah macam ni... setakat ni saya ada cara mengikuti blog orang lain tanpa add jadi follower... sebab follower saya diberitahukan dah penuh... saya tak pandai nak buang, jadi saya buat cara lain...

    BalasPadam
  14. Sabar jela bro...jom tukat link nak...?yg ni pasti jujur pnya...:-)

    BalasPadam
  15. Sabar heheh..Memacam kerenah sekarang ni, hihih. sara pun pernah kena begitu juga :( kecewa pun ada. haha btw semoga terus maju jaya dalam membuat blog! suka blog!! :D

    http://sarahhijabista.blogspot.com/

    BalasPadam
  16. Hahaahahah.. MZ pernah terkena skali... buat x layan je org mcm ni...

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.