Sabtu, 13 Disember 2014

HAJI HADI PUN KENCING MANIS JUGA?

Subky Latif

Walaupun isu ini satu isu lapuk, namun saya fikir masih relevan untuk diulas bagi memastikan kepimpinan ulamak akan sentiasa berada di dalam pentadbiran PAS yang sentiasa melaung laungkan Islam sebagai tonggak perjuangan mereka. Kekalahan Ustaz Nasharuddin Mat Isa semasa merebut jawatan Timbalan Presiden PAS dan pemecatan Datuk Hassan Ali dari parti Islam itu jelas menunjukkan golongan Anwarinas sedang berkuku di dalam PAS.

Prof Dr. Atory Hussein pernah mengatakan bahawa PAS rugi kerana memecat Datuk Hassan Ali namun dijawab sinis oleh penulis utama parti Islam itu iaitu Subky Latif. Subky Latif mengatakan :

Yang PAS bertindak terhadap Hassan itu adalah mengikut fiqah politik. Kalau kaki kencing manis terpaksa dipotong, tidak memotongnya lebih merugikan. (Dipetik daripada Harakahdaily)

Jelas Subky menyamakan Hassan sebagai kaki yang terkena penyakit kencing manis. Oleh itu, wajarlah Hassan dibuang supaya tidak tambah merugikan parti Islam itu kerana Hassan dengan lantangnya mengkritik golongan Anwarinas yang sedang berkuku di dalam PAS pada waktu ini. Namun, sehebat hebat Subky, dia telah banyak membuat kesilapan di atas tulisannya itu.


Cakap cakap politik mengatakan yang Haji Hadi juga mahu ditendang dari kepimpinan parti tidak lama lagi. Ini kerana sudah banyak ahli parti yang tidak sukakan Haji Hadi kerana beliau tidak sebulu dengan pemimpin PR yang lain, mahu bekerjasama dengan UMNO dan mahu mempertahankan Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor.

Jika Hassan dan Ustaz Nasha juga ditendang kerana tidak sebulu dengan golongan Anwarinas di dalam PAS, apakah Haji Hadi juga akan mengalami nasib yang sama? Tidak mustahil apa yang berlaku kepada Hassan dan Nasha akan berlaku kepada Hadi juga. Tidak mustahil Haji Hadi juga akan jadi ‘kaki kencing manis’ seperti yang ditulis oleh Subky dan perlu ‘dipotong’ pada bila bila masa sahaja. 

Seandainya perkara itu berlaku, jelas golongan Anwarinas semakin menguasai PAS. Kepimpinan ulamak sudah tidak lagi menjadi dominan di dalam PAS seandainya perkara itu berlaku. Apa ertinya PAS tanpa kepimpinan ulamak? Kalau dahulu PAS menentang kepimpinan golongan nasionalis Islam seperti Datuk Asri, apakah sekarang PAS mahu menentang kepimpinan ulamak pula?

Oleh itu, saya nasihatkan kepada  Haji Hadi supaya bersedia untuk dikuluhumkan oleh golongan Anwarinas di dalam PAS tidak lama lagi. Jika Haji Hadi sayangkan PAS, beliau perlu segera bertindak untuk menyelamatkan parti itu dari dikuasai golongan Anwarinas. Jika tidak, perjuangan Islam di dalam PAS hanya tinggal retorik politik sahaja. 



0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.