Isnin, 29 Disember 2014

NAJIB WAJAR BERI PENJELASAN YANG KUKUH

Sumber : Google

Ketika saya menulis rencana ini, hujan di kawasan rumah saya masih turun tanpa henti. Begitu juga di seluruh negara. Banjir di negeri negeri pantai timur masih lagi belum menunjukkan tanda tanda mahu pulih sepenuhnya. Begitu juga dengan negeri negeri yang lain. Bencana dari Allah ini wajar direnungi supaya kita boleh melakukan muhasabah diri untuk membolehkan kita bertaubat bagi menghapuskan dosa dosa kita yang telah lalu.

Melihat kepada bencana banjir ini, saya banyak ‘berdamping’ dengan media media sosial seperti Facebook, Twitter, Whatsapp dan Telegram untuk mendapatkan maklumat. Bukan kerana saya memboikot televisyen tetapi saya tiada masa untuk itu. Media media sosial lebih mudah untuk saya mendapatkan maklumat terkini. Pelbagai maklumat baru yang datang untuk mengisi kantung informasi bukan sahaja saya tetapi kebanyyakan rakyat kita juga.

Jelas begitu banyak komen komen negatif dilemparkan oleh pengguna laman sosial kepada Najib. Bermula dengan beliau bermain golf bersama Barack Obama di Hawaii, sehinggalah kepada kelewatan penghantaran bekalan makanan kepada mangsa banjir di seluruh negara. Rakyat terus terusan menyalahkan Najib dan jentera kerajaan di atas kelewatan dan kegagalan tersebut. Sebagai seorang blogger yang mewakili suara rakyat marhaen, saya melihat perkara ini tidak bagus untuk pentadbiran Najib.


Apa pun alasan yang Najib berikan, Najib perlu menghebahkannya kepada masyarakat dengan menggunakan saluran yang betul. Najib wajar beri penjelasan yang sebenar di atas kelewatan penghantaran bekalan makanan kepada mangsa mangsa banjir. Pastikan Najib dan jentera kerajaan memberikan penjelasan yang kukuh, jika tidak pentadbiran Najib akan dipandang jelik selepas ini.

Ingatlah, Najib bukan Perdana Menteri kesukaan rakyat. Banyak cerita cerita buruk Najib, Rosmah dan kerabat UMNO acapkali menjadi bualan pengguna pengguna media sosial. Seandainya Najib gagal memberikan penjelasan yang konkrit di atas isu banjir ini, besar kemungkinan lompong dalam pentadbiran Najib semakin besar. Oleh itu, Najib perlu segera menangani masalah ini sebaik mungkin.

Najib perlu ingat, jangan kerana masalah banjir ini UMNO/BN tewas dalam pilihanraya yang akan datang. Saya fikir jika Najib gagal menangani masalah ini, bersedialah untuk Najib dikuluhumkan tidak lama lagi.



5 ulasan:

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.