Rabu, 24 Disember 2014

BILA BANJIR PUN DIPOLITIKKAN…

Sumber : Google

Keadaan banjir di pantai timur terutama di negeri Kelantan semakin buruk. Banyak tempat sudah tenggelam dan banyak jalan darat sudah dinaiki air sehingga negeri itu terputus hubungan darat dengan dunia luar. Marilah sama sama kita sebagai rakyat Malaysia menadah tangan memohon pertolongan dari Allah agar banjir di seluruh negara dapat surut dengan segera dan mangsa mangsa banjir selamat.

Saya melihat musibah yang berlaku di negara ini adalah kerana kifarah Allah terhadap kita semua. Negara ini sudah begitu banyak maksiat yang tidak dibendung, perpecahan dalam kalangan umat Islam akibat kuasa politik, pemimpin tidak menjalankan amanah dengan betul kepada rakyat, fitnah berleluasa, hukum serta agama Allah tidak dipertahankan dengan sempurna malah dilacurkan untuk kepentingan pihak pihak tertentu dan seribu macam masalah yang berlaku. Inilah yang menyebabkan Allah murka dan menurunkan bala kepada kita.

Sebagai orang Islam, kita perlu mengambil musibah ini sebagai satu peringatan dari Allah. Kita perlu melakukan muhasabah diri dan cuba melakukan perubahan atas apa yang berlaku. Kita juga perlu mencegah segala kemungkaran yang berlaku di negara ini. Ingatlah, jika dengan peringatan sebesar itu pun kita masih gagal untuk berubah, bagaimana jika akan datang peringatan yang lebih besar kepada kita?


Semalam saya membaca begitu banyak kenyataan yang keluar di laman laman sosial yang mengaitkan isu banjir ini dengan isu politik. Saya sedih melihat keadaan tersebut. Kita bukannya mahu mencari jalan penyelesaian bagaimana untuk membantu mangsa mangsa banjir tetapi kita sibuk mahu tunding menunding diantara satu sama lain. Kita sibuk  menyalahkan orang lain atas perkara yang remeh temeh.

Antara isu yang kerap keluar adalah isu hudud. Saya tidak mahu mengulas isu tersebut kerana pada saya isu hudud tidak sepatutnya dikaitkan dengan isu banjir. Begitu juga dengan isu politik. Apa yang penting sekarang adalah kita sama sama berdoa agar banjir itu akan cepat surut dan mangsa mangsa banjir selamat. Selain itu, kita perlu menghulurkan bantuan berbentuk sumbangan wang ringgit, makanan, selimut, tilam dan ubat ubatan kepada saudara saudara kita yang berada di pantai timur sana.


Kesimpulannya, marilah sama sama kita bermuhasabah diri di atas peringatan yang Allah berikan. Marilah kita berdoa agar banjir akan segera surut dan mangsa mangsa banjir selamat. Amin…

3 ulasan:

  1. Semoga semua mangsa selamat dan kita semua dilindungi Allah...

    BalasPadam
  2. sama-sama kita doakan yg terbaik untuk mangsa banjir :)

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.