Sumber : Google |
Penulis utama
PAS, Subky Latif telah menulis di dalam kolumnya di Harakahdaily supaya DAP
lebih baik bersama PAS berbanding PKR atas alasan PAS boleh membawa DAP kepada
orang Melayu di kawasan luar bandar berbanding dengan PKR. Pada saya, saya
lebih suka PAS bersama UMNO berbanding bersama DAP.
Ini kerana
banyak titik persamaan antara PAS dan UMNO berbanding PAS dan DAP. PAS dan UMNO
berkongsi agama yang sama, bangsa yang sama, negara yang sama, nabi yang sama,
tuhan yang sama, kitab yang sama cuma fahaman politik sahaja yang berlainan.
Saya melihat lebih banyak titik persamaan antara PAS dan UMNO berbanding PAS
dan DAP.
Jika PAS mahu
memperjuangkan Islam, UMNO pun begitu juga tetapi tidaklah seagresif PAS. Buktinya,
UMNO membina sekolah agama, membuat perbankan Islam, membina univerisiti Islam,
membina masjid, membina pusat zakat, mengiktiraf pertubuhan Islam, tidak
membunuh orang yang pergi solat berjemaah di masjid, dan tidak menghala muncung
senapang kepada orang yang mahu membuat majlis majlis agama di negara ini.
UMNO juga
menyokong Palestin secara terang terangan. Saya fikir UMNO lebih baik daripada
pemimpin pemimpin Arab yang penakut dan menjadi boneka Amerika. Tambahan pula,
UMNO mengiktiraf hukum Hudud yang mahu dilaksanakan oleh PAS di Kelantan.
Soalan saya,
adakah DAP mampu melakukan seperti mana UMNO? Saya yakin tidak. Bagi DAP
melakukan semua itu umpama memasukkan lembu ke dalam lubang jarum! Mustahil
sekali. Oleh itu, saya fikir lebih baik PAS bersama UMNO berbanding DAP.
Kita melihat
dari jauh bagaimana PAS diperalatkan oleh DAP untuk mendapat undi Melayu. PAS
juga sering menjadi mangsa serangan pemimpin DAP sejak krisis MB Selangor
dahulu. Jadi, apa lagi yang PAS mahu tunggu di dalam Pakatan yang tidak sepakat
itu? Jika saya jadi PAS, sudah lama saya keluar dari PR. Saya ada maruah dan
harga diri dari terus diperlecehkan!
Saya tidak
pernah kata bahawa PAS mesti masuk di dalam keluarga BN untuk bersatu dengan
UMNO. Saya tahu PAS tidak mahu pisang berbuah dua kali di mana pernah ditendang
dari keluarga BN di zaman Tun Hussein Onn dahulu. Saya anjurkan PAS supaya
bersatu dengan UMNO atas dasar Islam, Melayu dan Malaysia . Maksudnya, apa sahaja
yang melibatkan kepentingan ketiga tiga perkara itu, PAS dan UMNO mesti bersatu
tanpa ada perasaan berbelah bahagi lagi.
Keadaan politik
sekarang bukan seperti dahulu. Perpaduan antara PAS dan UMNO sangat sangat
dituntut pada waktu ini. Jika tidak, kuasa politik Melayu akan terhakis tidak
lama lagi. Semua orang yang cintakan Islam, Melayu dan Malaysia memang
dahagaka perpaduan ini. Hanya orang kafir dan orang Islam yang disuntik aliran
pemikiran songsang sahaja yang tidak mahu perpaduan antara PAS dan UMNO ini.
Oleh itu, jika
PAS sayangkan Islam, Melayu dan Malaysia ,
PAS perlu segera keluar dari PR. PAS perlu segera bersatu dengan UMNO dalam
wadah Islam, Melayu dan Malaysia itu. Jika tidak, jangan PAS menangis tidak
berlagu suatu hari nanti…
Zumal pun setuju jika PAS bersama UMNO bergandingan...
BalasPadamjangan hidup berpecah belah tolonglah uh...
BalasPadamselamatkan melyu kita bukan bangsa lain mlysia milik bumi tanah kita
BalasPadamSALAH...SELAMATKAN MALAYSIA NI DR POLITIK KOTOR SUPAYA MELAYU DAN BANGSA LAIN SAMA-SAMA TERBELA SEADILNYA...
Padam