Jumaat, 19 Disember 2014

ADAKAH HUDUD AKAN DILAKSANAKAN TIDAK LAMA LAGI?

Sumber : Google

Isu hudud kembali kedengaran selepas sunyi beberapa lama. DUN Kelantan akan bersidang 29 Disember ini  untuk mengemaskini Enakmen Kanun Jenayah Syariah bagi membolehkan ahli Parlimen PAS untuk membawa usul persendirian (private bill) dalam Parlimen mengikut Perkara 76A Perlembagaan Persekutuan.

Parti Islam itu dilihat sangat berharap agar usul persendirian itu dapat diterima, dibincang dan diluluskan di Parlimen dengan suara dua per tiga bagi membolehkan undang undang Islam itu dapat dilaksanakan di Kelantan. 

Walaupun pasti akan ada tentangan dari dua rakan sekutu PAS iaitu DAP dan PKR serta sudah pasti MCA, PAS begitu optimis untuk melaksanakan undang undang Islam itu. Dari segi politik, barangkali PAS akan hilang sokongan dari pengundi bukan Islam tetapi dari sudut agama, PAS telah melaksanakan satu tindakan yang betul dan berani. 


Saya yakin dan percaya jika hudud dilaksanakan, perpaduan antara PAS dan UMNO dapat terjalin. Saya juga percaya bahawa negara ini akan bebas daripada kemungkaran jika undang undang Islam itu dilaksanakan mengikut kaedah dan cara yang betul. Saya optimis jika hudud dilaksanakan, kekuatan umat Islam di Malaysia akan semakin besar dan orang bukan Islam tidak akan berani lagi memperlecehkan umat Islam seperti sekarang.

Kita, sebagai orang Islam harus yakin bahawa undang undang dari Allah adalah undang undang yang terbaik dan mampu mencegah kemungkaran. Ini bukan cerita dongeng. Zaman Nabi Muhammad s.a.w sudah membuktikannya. Namun, harus diingatkan, jika pelaksanaannya tidak mengikut seperti mana yang telah dilakukan oleh Rasulullah, pasti undang undang itu akan kelihatan tempang dan ada cacat celanya. 

Saya ingin memberikan peringatan kepada pemimpin pemimpin PAS. Pastikan kalian telah membuat persediaan yang rapi sebelum melaksanakan hukum tersebut di negeri Cik Siti Wan Kembang. Kita tidak mahu pelaksaannya menjadi tempang seperti mana yang berlaku di Pakistan. Kita mahu hukum Allah itu memberi keberkesanan yang hakiki kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

Bukan itu sahaja, PAS perlu memberi penerangan secara menyeluruh mengenai hukum tersebut kepada orang Islam dan orang bukan Islam secara keseluruhannya. Kita tidak mahu akan timbul pertikaian dan salah faham di belakang hari. Persediaan yang rapi perlu dilakukan oleh PAS.     

Walaupun dengan pelaksaan undang undang Islam itu PAS mungkin akan kehilangan undi bukan Islam, namun pada saya itu tidak menjadi soal yang besar kerana bilangan pengundi Islam lebih ramai dari pengundi bukan Islam. PAS harus faham yang menentukan kemenangan PAS bukan pengundi atau pilihanraya sebaliknya Allah Taala jua. 

PAS tidak perlu takut dengan ugutan orang bukan Islam, DAP, PKR mahupun MCA kerana PAS telah melakukan satu perkara dan tindakan yang betul, benar dan diredhai oleh Allah. Ingatlah, Allah akan sentiasa bersama sama orang yang benar.

Sebagai orang Islam, saya menyokong 100% hukum hudud yang mahu dilaksanakan oleh PAS. Saya yakin selain dapat mencegah kemungkaran di negara ini, hudud juga mampu menyatukan UMNO dan PAS dalam konteks Islam yang sebenar dan bukan atas dasar politik semata mata.  

3 ulasan:

  1. Saya sokong kalau Kelantan betul-betul nak buat hudud ni. Dah banyak sangat jenayah kat malaysia ni. InsyaAllah undang-undang Allah boleh kurangkan jenayah kat malaysia.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah. Idea& pandangan yang bernas dari MNH.

    BalasPadam
  3. Semoga kali nie perancangan PAS menjadi kenyataan...

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.