Jumaat, 26 Disember 2014

ARTIS TIDAK SALAH BERDAKWAH, TETAPI JANGAN…

Sumber : Google

Sekarang kita melihat sudah ramai artis yang berhijrah – kembali kepada cara hidup Islam yang sebenar dan tidak kurang juga yang bertudung. Ini merupakan satu perkembangan yang positif. Jadi artis itu tidak salah cuma jadilah artis yang benar benar mengikut syariat Islam yang tulin.

Apabila kita melihat artis artis yang bertudung ini mula diangkat sebagai pendakwah, itu juga satu perkembangan positif. Dengan menggunakan populariti mereka, sudah pasti dakwah yang hendak disampaikan itu akan tersebar dengan luas. Sudah pasti akan ramai orang mahu mendengar dakwah yang hendak disampaikan oleh artis itu memandangkan dia mempunyai populariti yang tidak ada pada orang lain. Dari sudut mata kasar, niat murni artis itu sangat baik dan perlu dipuji.

Ada juga artis yang sudah bertudung kemudian melompat menyertai parti politik. Mereka mula menggunakan pentas pentas politik untuk menaikkan nama mereka di dalam dunia politik itu sendiri. Mereka juga menggunakan populariti yang ada pada diri mereka untuk menarik ramai orang untuk menghadiri ceramah politik yang dianjurkan oleh parti politik tertentu. Pada saya. tidak salah artis itu mahu berpolitik. Menyertai politik dan berdaftar ke dalam mana mana parti politik juga tidak salah dalam sebuah negara demokrasi. Itu adalah hak mereka.


Apa yang menjadi salah adalah apabila artis menggunakan pentas pentas politik ini untuk menyampaikan dakwah dengan cara yang salah. Dakwah itu sudah baik tetapi jika disampaikan dengan cara yang salah, dakwah itu sudah tentu menjadi jelik atau hodoh. Umpamanya kita membina sebuah rumah. Rumah yang kini bina itu berjaya menjadi bentuk rumah tetapi dalam kedudukan yang terbalik! Begitu juga dengan dakwah. Jika dakwah yang baik itu disampaikan dengan cara yang salah, maka dakwah itu sudah tidak baik lagi.

Dakwah jenis apa yang sanggup menghina orang lain? Kita menggunakan pentas politik untuk berdakwah dengan cara menghina dan memperlekehkan orang lain. Adakah Islam mengajar kita berdakwah seperti itu? Adakah Islam membenarkan kita menghina dan memperlekehkan orang lain? Konon apabila kita masuk jemaah politik yang memperjuangkan Islam maka Islam dan iman kita lebih hebat daripada orang lain. Ini adalah satu persepsi yang salah sebenarnya. Iman diukur bukan dari parti politik apa yang kita masuk tetapi sejauh mana kita sanggup melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.

Pada saya, artis yang berdakwah itu tidak salah, yang salah hanyalah menghina orang lain dan mengatakan itu adalah salah satu cara untuk beliau berdakwah. Bagaimana satu perkara yang baik dicampur dengan perkara yang tidak baik? Umpama kita membasuh kain putih dengan air kencing! Mengutuk dan menghina orang bukan satu cara untuk berdakwah. Mengutuk dan menghina orang tetap tidak baik disisi agama Allah Taala.

Inilah masalah orang kita. Baru sahaja bertudung, kemudian sertai pula mana mana parti politik yang memperjuangkan Islam, kita sudah menganggap diri kita lebih alim daripada orang lain. Apabila kita mengkritik sikit, sudah mula naik marah dan melenting. Mengeluarkan kenyataan bahawa kita menghalang mereka melakukan kerja kerja dakwah. Budaya rimba mana yang mereka pakai?

Apabila kita baru berhijrah, baru dua tiga hari memakai tudung, baru memyertai parti yang memperjuangkan Islam, ilmu kita sudah tinggi? Kita mahu berdakwah dengan orang tetapi ilmu kita sendiri masih tohor. Kemudian kita menghina orang pula dalam dakwah kita. Apabila kita menggelar mereka sebagai ustazah ekspres mereka marah tetapi itulah hakikat sebenar tentang diri mereka. Baru dua tiga hari memakai tudung sudah mula berdakwah tanpa mempunyai asas asas agama yang kukuh.

Oleh itu, saya nasihatkan kepada artis artis yang menjadi pendakwah di pentas pentas politik itu agar menuntut ilmu Islam yang cukup terlebih dahulu kemudian baru menjadi pendakwah. Apabila sudah menjadi pendakwah, jangan menghina dan memperlekehkan orang lain atas dasar dakwah. Dakwah itu suci dan jangan cemarkannya dengan tindak tanduk kita yang kotor!       


6 ulasan:

  1. smoga mreka pada baca ni artikel.

    BalasPadam
  2. saya setuju tu... berdakwah kena ada ilmu... kena belajar dulu...

    BalasPadam
  3. kadang-kadang orang berilmu juga kedengaran memperlecehkan kewibawaan ilmuan lain.Ini adalah satu fenomena yang tidak patut ada dalam menerapkan ilmu kepada ummah.

    BalasPadam
  4. Betul. Iman bukan kita dapat ukur.
    Hanya Allah yang tahu tahap keimanan seseorang.
    Cuma, kita perlu dakwah jika kita lihat orang buat dosa..atau perkara lagha...
    Amar makruf, nahi mungkar.

    BalasPadam
  5. berdakwah tanpa ilmu akan menampakkan kepincangan dalam diri...dan pendakwah yang berilmu pun tak sepatutnya memperlekehkan ilmuan yang ada...berdakwah laa mengikut cara Rasulullah...dan itu lah yg terbaik

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.