Selasa, 9 Disember 2014

PAS LEBIH BAIK BERSAMA UMNO BERBANDING DAP DAN PKR

Sumber : Google

Penulis utama PAS, Subky Latif telah menulis di dalam kolumnya di Harakahdaily supaya DAP lebih baik bersama PAS berbanding PKR atas alasan PAS boleh membawa DAP kepada orang Melayu di kawasan luar bandar berbanding dengan PKR. Pada saya, saya lebih suka PAS bersama UMNO berbanding bersama DAP.

Ini kerana banyak titik persamaan antara PAS dan UMNO berbanding PAS dan DAP. PAS dan UMNO berkongsi agama yang sama, bangsa yang sama, negara yang sama, nabi yang sama, tuhan yang sama, kitab yang sama cuma fahaman politik sahaja yang berlainan. Saya melihat lebih banyak titik persamaan antara PAS dan UMNO berbanding PAS dan DAP.

Jika PAS mahu memperjuangkan Islam, UMNO pun begitu juga tetapi tidaklah seagresif PAS. Buktinya, UMNO membina sekolah agama, membuat perbankan Islam, membina univerisiti Islam, membina masjid, membina pusat zakat, mengiktiraf pertubuhan Islam, tidak membunuh orang yang pergi solat berjemaah di masjid, dan tidak menghala muncung senapang kepada orang yang mahu membuat majlis majlis agama di negara ini.


UMNO juga menyokong Palestin secara terang terangan. Saya fikir UMNO lebih baik daripada pemimpin pemimpin Arab yang penakut dan menjadi boneka Amerika. Tambahan pula, UMNO mengiktiraf hukum Hudud yang mahu dilaksanakan oleh PAS di Kelantan.

Soalan saya, adakah DAP mampu melakukan seperti mana UMNO? Saya yakin tidak. Bagi DAP melakukan semua itu umpama memasukkan lembu ke dalam lubang jarum! Mustahil sekali. Oleh itu, saya fikir lebih baik PAS bersama UMNO berbanding DAP.

Kita melihat dari jauh bagaimana PAS diperalatkan oleh DAP untuk mendapat undi Melayu. PAS juga sering menjadi mangsa serangan pemimpin DAP sejak krisis MB Selangor dahulu. Jadi, apa lagi yang PAS mahu tunggu di dalam Pakatan yang tidak sepakat itu? Jika saya jadi PAS, sudah lama saya keluar dari PR. Saya ada maruah dan harga diri dari terus diperlecehkan!

Saya tidak pernah kata bahawa PAS mesti masuk di dalam keluarga BN untuk bersatu dengan UMNO. Saya tahu PAS tidak mahu pisang berbuah dua kali di mana pernah ditendang dari keluarga BN di zaman Tun Hussein Onn dahulu. Saya anjurkan PAS supaya bersatu dengan UMNO atas dasar Islam, Melayu dan Malaysia. Maksudnya, apa sahaja yang melibatkan kepentingan ketiga tiga perkara itu, PAS dan UMNO mesti bersatu tanpa ada perasaan berbelah bahagi lagi.

Keadaan politik sekarang bukan seperti dahulu. Perpaduan antara PAS dan UMNO sangat sangat dituntut pada waktu ini. Jika tidak, kuasa politik Melayu akan terhakis tidak lama lagi. Semua orang yang cintakan Islam, Melayu dan Malaysia memang dahagaka perpaduan ini. Hanya orang kafir dan orang Islam yang disuntik aliran pemikiran songsang sahaja yang tidak mahu perpaduan antara PAS dan UMNO ini.    


Oleh itu, jika PAS sayangkan Islam, Melayu dan Malaysia, PAS perlu segera keluar dari PR. PAS perlu segera bersatu dengan UMNO dalam wadah Islam, Melayu dan Malaysia itu. Jika tidak, jangan PAS menangis tidak berlagu suatu hari nanti…

4 ulasan:

  1. Zumal pun setuju jika PAS bersama UMNO bergandingan...

    BalasPadam
  2. jangan hidup berpecah belah tolonglah uh...

    BalasPadam
  3. selamatkan melyu kita bukan bangsa lain mlysia milik bumi tanah kita

    BalasPadam
    Balasan
    1. SALAH...SELAMATKAN MALAYSIA NI DR POLITIK KOTOR SUPAYA MELAYU DAN BANGSA LAIN SAMA-SAMA TERBELA SEADILNYA...

      Padam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.