Jumaat, 3 Oktober 2014

MINYAK NAIK, SUBSIDI KURANG, SIAPA TEMBERANG?


Gambar Hiasan

            
          Kenaikan harga bahan bakar beberapa hari yang lalu telah menggemparkan seluruh rakyat Malaysia. Sekali lagi kerajaan di bawah pimpinan Najib mengurangkan subsidi sebanyak 20 sen mengakibatkan harga minyak kembali naik. Kenaikan kali pertama dan kali kedua ini bukanlah dalam jangka masa waktu yang lama. Oleh itu, kebanyakkan rakyat masih lagi terkejut dengan pengumuman pengurangan subsidi minyak itu.

         Rata rata rakyat Malaysia masih tidak berpuas hati dengan kenaikan harga minyak itu. Oleh kerana kenaikan harga minyak, kos sara hidup semakin tinggi. Jika sebelum ini mereka boleh bertahan selama seminggu dengan mengisi  minyak sebanyak RM40 tetapi kini dengan hanya mengisi sebanyak RM40, minyak di dalam tangki mereka hanya dapat bertahan selama empat hari sahaja.


         Bukan itu sahaja, akibat kenaikan harga minyak, harga barangan keperluan asas seperti beras, gula, tepung dan banyak lagi turut naik. Beban rakyat Malaysia semakin bertambah tambah dari sehari ke sehari. Tahun 2015, cukai GST akan dikenakan. Bertambah meranalah rakyat marhaen di luar sana. Sudahlah gaji sedikit, terpaksa pula berhadapan dengan situasi yang memerlukan mereka mengeluarkan perbelanjaan dengan lebih besar dari yang sepatutnya.

          Penyokong penyokong kerajaan terus membela kerajaan dengan mencipta pelbagai alasan untuk ‘menghalalkan’ tindakan kerajaan itu. Penyokong penyokong pembangkang pula terus menanam rasa benci kepada kerajaan kerana isu ini.

        Apa yang penting sekarang adalah kerajaan perlu merasai denyut nadi  rakyat. Kerajaan tidak boleh mengurangkan subsidi minyak sesuka hati kerana tindakan itu pasti akan membebankan rakyat. Kerajaan di bawah pimpinan Najib perlu mencari jalan lain untuk mengurangkan perbelanjaan negara selain daripada memotong subsidi minyak itu.

         Mengapa perbelanjaan kerajaan naik? Kerana kerajaan sering membazirkan wang negara kepada perkara perkara yang tidak sepatutnya. Isu kroni dan rasuah merupakan salah satu sebab mengapa wang negara semakin berkurang. Memandangkan wang negara semakin kurang, kerajaan mengambil tindakan secara terburu buru dengan memotong subsidi bahan api.  Seandainya kerajaan berjaya menghapuskan rasuah dan kroni, saya yakin wang kerajaan akan bertambah dari semasa ke semasa kerana kerajaan tidak perlu menghabiskan wang mereka demi perkara yang merugikan dan merosakkan itu.   

        Ingatlah, tindakan kerajaan ini semakin menguatkan pihak pembangkang. Jangan menyesal sekiranya kerajaan di bawah pimpinan Najib  kalah kerana isu ini pada PRU yang akan datang. Bukan sahaja rakyat marhaen, pimpinan UMNO juga ada yang tidak bersetuju dengan tindakan Najib itu seperti Dr. Asyraf Wajdi Dususki. Oleh itu, nasihat saya kepada Najib ialah kaji semula pengurangan subsidi ini. Jangan terburu buru dalam melaksanakan pengurangan subsidi ini. 





















1 ulasan:

  1. Kejap naik kejap turun.
    Tapi, sama je..
    Kita rakyat ni tetap terbeban!

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.