Sumber : Google |
Rencana
kesihatan yang saya akan tulis pada hari ini mungkin agak panjang
sedikit berbanding biasa tetapi mesej saya tetap sama, mahu semua
pembaca blog ini bukan sahaja sihat tetapi juga dapat menyelesaikan
masalah kesihatan yang melanda diri dan keluarga di samping dapat
menambahkan ilmu pengetahuan. Itulah sebenarnya tanggungjawab sebagai
seorang pengedar Shaklee. Kami diajar bukan untuk mengejar keuntungan
semata mata, tetapi juga memberi ilmu kepada masyarakat di samping
berkongsi kebaikan produk keluaran Shaklee untuk kebaikan kita
bersama.
Masalah
ketidaksuburan kaum lelaki memang menjadi satu topik yang hangat dan
tidak sudah sudah dibincangkan. Oleh sebab itu, ramai lelaki berusaha
mencari cara bagaimana untuk meningkatkan daya seks apabila mereka
berkahwin nanti dan pada masa yang sama juga berusaha memastikan agar
mereka adalah seorang suami yang subur untuk mendapatkan zuriat
bersama pasangan masing masing.
Pelbagai
cara yang digunakan oleh mereka untuk memastikan agar mereka kekal
subur dan bertenaga apabila mereka melakukan hubungan seks bersama
pasangan masing masing. Tidak guna mempunyai wajah yang tampan, wang
yang banyak, tubuh yang berotot, dan mempunyai kerjaya yang bagus
jika anda tidak dapat memuaskan pasangan anda sendiri.
Selalu
benar kita lihat iklan iklan yang terpapar di surat khabar, di tepi
jalan dan di blog blog sendiri untuk memasarkan produk produk tentang
masalah kesihatan dan kesuburan kaum lelaki. Pelbagai ‘ayat ayat
manis’ yang mereka gunakan untuk menarik pelanggan agar membeli
produk mereka tetapi hakikatnya produk produk seperti itu tidaklah
sebagus mana.
Pernah
terjadi kepada kawan ayah saya di mana dia mengambil ubat kuat
sebelum ‘bersama’ dengan isterinya. Ya, dia mencapai kepuasan
yang maksima selepas memakan produk itu tetapi menjadi satu masalah
di mana alat kelaminnya sentiasa ‘keras’ sepanjang hari! Itu
tidak memberi keselesaan kepada dirinya terutama apabila dia mahu
bekerja. Cuba bayangkan jika kemaluan anda sentiasa ‘keras’
sepanjang hari, apa yang anda rasa?
Oleh
itu, jika anda mahu mengambil sebarang produk kesuburan, pastikan
produk itu benar benar diiktiraf keselamatannya oleh Jabatan
Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, dan Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaa agar anda tidak
mengalami kesan sampingan apabila mengambil produk tersebut.
Masalah
kesuburan bagi pasangan yang berkahwin sangat penting sebenarnya.
Bagaimana anda mahu memuaskan pasangan anda dan mendapatkan zuriat
jika anda sendiri tidak subur? Oleh itu, untuk rencana ini saya akan
terangkan tentang masalah kesuburan yang sering melanda kaum lelaki
dan apa jalan penyelesaiannya. Sila baca rencana ini sehingga tamat.
Mengapa
sperma lelaki kurang?
Berbalik
kepada pokok persoalan, mengapa
sperma lelaki boleh berkurangan? Antara sebab musababnya adalah :
- terdapat radang pada testis
- terdapat masalah salur darah vena yang membengkak pada testis
- testis yang tidak membentuk dengan normal
- terdapat unsur genetik tidak normal
- selalu minum minuman beralkohol, menghisap rokok dan mengambil dadah
- pernah mengidap penyakit benguk
- hormon yang tidak normal
- terdedah kepada bahan kimia beracun
- terdedah kepada radiasi secara berlebihan
- salur testis tersumbat
- memakai seluar yang terlalu ketat.
Punca
punca lelaki kurang daya seks?
Antara
punca daya seks seorang lelaki berkurangan adalah mati pucuk atau
berlaku masalah lemah zakar. Antara punca kedua dua masalah ini
adalah :
- penyakit yang terkena pada bahagian kelamin seperti kelenjar prostat membengkak
- penyalahgunaan ubat ubatan, alkohol, bius dan nikotin rokok.
- Usia lanjut
- Tekanan darah rendah dan mengidap penyakit kencing manis
- Gaya hidup yang tidak sihat sejak lahir
- Suka melancap atau beronani
- Keletihan yang berpanjangan
- Persetubuhan terputus
Vivix mempu menyelesaikan masalah ini.
Percaya atau tidak bahawa produk keluaran Shaklee, Vivix Liquid
Dietary Supplement mampu untuk menyelesaikan masalah ketidaksuburan
lelaki ini. Di dalam produk ini terdapat banyak bahan bahan yang
berkhasiat yang mampu untuk menyelesaikan masalah ini antaranya
adalah asid ellagik, carotenoids, phenolics, isocoumarins,
sesquiterpenes dan banyak lagi.
Sebagai seorang pengedar Shaklee, saya sarankan anda supaya mencuba
produk ini untuk menyelesaikan masalah kekurangan sperma dan
kekurangan daya seks anda. Insha Allah, produk ini memang bagus untuk
membantu anda menyelesaikan masalah ini. Jangan beli produk produk di
luar sana yang belum tentu lagi keselamatannya dan belum tentu
diiktiraf oleh badan badan bertauliah.
Shaklee sudah 50 tahun bertapak di dunia dan 20 tahun bertapak di
Malaysia. Shaklee memang telah terbukti berkesan dalam membantu
merawat dan mencegah pelbagai penyakit kerana bahan bahan yang
digunakan adalah dari sumber semulajadi. Anda tidak perlu ragu untuk
menggunakan produk ini kerana produk ini bukan sahaja halal malah
selamat untuk dimakan serta terbukti berkesan.
Jika anda mahu mendapatkan produk ini dengan saya, anda boleh
menghubungi saya melalui :
Muhammad Nurhaziq bin Abdul Hafiz
Shaklee Independent Distributor
ID : 1171450
Sms/whatsapp/telegram : 012 9772806
PM FB : Muhammad Nurhaziq
Pengedar Shaklee Kampung Baru, Kuala Lumpur, Keramat, Bangi (Seksyen
14, Teras Jernang sahaja) dan seluruh Malaysia.
Produk nie pelbagai guna yer ^_^
BalasPadamHmm.. info yang bagus =)
BalasPadamhttp://seronoknyermelukis.blogspot.com
info menarik..tambah lagi perku hati-hati jika suami merokok juga boleh menjejaskan kesihatan sperma ni..
BalasPadam