Rabu, 29 Oktober 2014

CIKGU SURAYA VS NAFSU SI PENGHANTAR SURAT

            

            Sungguh dahsyat penangan cerpen Cikgu Suraya yang merupakan sebuah cerpen lucah yang mengisahkan tentang seorang pelajar bernama Amir yang berzina dengan guru Matematiknya, Cikgu Suraya sehingga telah diadaptasi menjadi sebuah filem dengan tajuk yang sama lakonan Ashraf Zamani dan Sofia Lee Abdullah. Cerpen ini sangat popular di era 2000an di mana ramai ramaja yang baru akhil baligh (pelajar sekolah menengah) telah membaca cerpen ini.

         Saya yakin filem ini akan mendapat sambutan hangat seperti mana hangatnya cerpen lucah Cikgu Suraya itu sendiri. Sesiapa yang belum membaca cerpen ini bolehlah membacanya dengan hanya menulis kata kunci ‘Cikgu Suraya’ sahaja di enjin carian Google.

           Ramai orang tertanya tanya siapa sebenarnya Amir dan Cikgu Suraya ini? Adakah cerpen ini benar benar telah berlaku seperti yang digambarkan? Siapakah penulis cerpen ini sehingga cerpennya mendapat sambutan hangat di kalangan remaja sehingga sekarang? Jika cerpen ini bukan sebuah cerpen lucah atau seks, saya yakin yang penulis cerpen ini akan kaya raya dengan hasil royalti jika filem itu meletup di pawagam nanti.


        Jika benar kejadian yang dirakam di dalam cerpen itu, maka berbakul bakullah dosa penulis cerpen tersebut. Dia bukan sahaja telah berzina dengan isteri orang sehingga mengandung, tetapi juga bangga melakukan perbuatan zina itu dengan menulisnya secara mendalam dalam bentuk sebuah cerpen. Setiap kali orang yang membaca cerpen ini sehingga naik nafsu syahwatnya, selagi itulah penulis cerpen itu akan berdosa. Moga moga Allah mengampunkan dosa si penulis cerpen itu. 

           Saya sendiri pun pernah menulis cerpen yang mempunyai tema yang sama iaitu cerpen Nafsu Si Penghantar Surat Baca sini. Sejak akhir akhir ini, cerpen itu sering kali mendapat pembacaan yang tinggi dari kalangan pelawat. Saya sendiri pun tidak tahu mengapa. Banyak sungguh kata kunci carian yang menuju ke arah cerpen itu sejak belakangan ini.

         Walaubagaimanapun, cerpen ini bukanlah sebuah cerpen lucah dengan erti kata yang sebenar. Cerpen ini adalah sebuah kisah benar yang saya olah berdasarkan penceritaan beberapa orang posmen yang saya temui. Namun, cerpen ini tidak sama sekali dengan cerpen Cikgu Suraya. Saya tidak menulis aksi aksi lucah secara mendalam dan saya rasa orang tidak akan naik syahwat jika membaca cerpen itu. Saya hanya sentuh secara kasar sahaja adegan adegan yang tidak baik itu.

      Tambahan pula, cerpen itu bukan mahu menceritakan adegan adegan seks seperti mana cerpen Cikgu Suraya. Cerpen ini adalah sebuah cerpen yang saya tulis untuk memberi pengajaran kepada masyarakat agar tidak mencontohi watak watak yang terdapat di dalam cerpen itu. Tidak terlintas di fikiran saya untuk menaikkan syahwat pembaca melalui cerpen tersebut.

      Saya masih menekankan aspek keagamaan di dalam cerpen itu sebagai satu wadah kesusasteraan Islam yang pernah dipelopori oleh Sasterawan Negara Shahnon Ahmad yang terkenal dengan novel Tivi dan novel Tok Guru suatu ketika dahulu.

        Soalan saya, mampukah cerpen yang saya tulis ini mendapat sambutan hangat seperti mana cerpen Cikgu Suraya itu? Mampukah cerpen Nafsu Si Penghantar Surat ini difilemkan seperti mana cerpen Cikgu Suraya? Jika cerpen lucah dan jijik itu boleh difilemkan, masakan cerpen saya tidak boleh? Bukan niat saya untuk menjadi terkenal atau mahu cerpen itu difilemkan, itu hanya sebagai satu angan angan sahaja yang biasa dibuat oleh seorang penulis. Tidak ada penulis yang tidak mahu karyanya diiktiraf dan disanjung.

      Walaubagaimanapun, saya tidaklah taksub untuk cerpen ini difilemkan. Saya tahu cerpen ini bukanlah sebagus mana untuk di angkat ke layar perak. Banyak lagi cerpen cerpen yang lebih bagus daripada cerpen ini yang sesuai untuk difilemkan dan memberi pengajaran kepada pembaca dan penontonnya.

           Akhir kata, marilah sama sama kita nantikan filem Cikgu Suraya itu ditayangkan di pawagam. Mampukah filem itu mendapat sambutan ramai seperti mana cerpennya? Wujudkah adegan adegan terlarang yang akan dipaparkan di dalam filem itu seperti mana cerpennya? Sama sama kita saksikan kemunculannya di pawagam.




14 ulasan:

  1. Insha Allah cerpen MNH akan terpilih untuk difilemkan atau didramakan kelak ;)

    BalasPadam
  2. macam pernah terbaca je cerita cikgu suraya tu... tp tak tahulah, banyak sangat benda yang terjumpa secara tak sengaja kat internet, selalu sangat cari benda lain, jumpa benda lain, tapi tu pon punca dapat idea nak update blog... huhu

    BalasPadam
  3. Macam anjing la hak tuih

    BalasPadam
  4. patutla.. search "cikgu" utk cari rakan blogging.. jumpa cikgu suraya dan mcm2 cikgu.. ntah apa2 ntah.. busuk nama cikgu..

    BalasPadam
  5. Xpernah bacapun cerpen cikgu suraya tuh.. tapi teringin nak baca cerpen Nafsu Si Penghantar Surat nie..

    BalasPadam
  6. Bila hati kotor, dosa bagai lalat yg singgah di hidung. Mcm tak kisah. Hanya perlu kipas atau kuis sahaja. Dahlah baca, ulas, pastu ajak orang pi pawagam. Kalau tahan sakit kat dunia, baguslah.... cubalah sakit jutaaan tahun dibakar di akhirta.

    BalasPadam
  7. Hujan,tayar pancit,bagi pinjam kain pelikat,guruh..Dan terjadih pelajaran yang membuatkan Amir kenal erti kehidupan.

    BalasPadam
  8. haha aku ada terbaca hari tu. taktau pulak cerpen ni penah famous dlu. haha. tp mmg patut la famous jalan cerita,ayat dia mengancam beb. tembak dinding aku. hahahaha

    BalasPadam
  9. Fucking shitt story

    BalasPadam
  10. Cerita yang bagus. Banyak yang saya belajar. TQ

    Jom buat duit RM500,000 hanya main game je.

    Klik sini untuk join

    Gate Of Olympus Menang RM500,000

    Main Sekarang!

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.