Rabu, 27 Ogos 2014

CHOCOLATE JAR YANG LAZAT DAN SEDAP

Siapa kat sini yang suka dengan coklat? Mesti ramai kan? Saya tahu... hahaha. Saya bukanlah penggemar coklat super tegar sebenarnya tapi bila sesekali dapat coklat pun sedap juga lebih lebih lagi bila dapat chocolate jar.  Pernah makan chocolate jar?

ZSSHOPPESS adalah sebuah kedai online yang buat chocolate jar secara kecil kecillan melalui instagram. Saya sendiri dah rasa chocolate jar yang mereka buat dan saya boleh beri lima bintang pada chocolate jar mereka. Sedap dan bila tengok pun menyelerakan. Tak percaya? Tengok gambar di bawah.




Chocolate jar yang besar ni namanya Jumbo Chocolatos. Bahan bahan asas yang ada dalam chocolate jar ni ialah chocolate (sudah semestinya), plain rice crispy, roasted sunflower seed dan mereka beri extra chocolate oat dan plain nestum  (bukan dari Nestle)  





Yang ni pula ialah Chocolatos Container. Chocolate jar yang ni kecil sedikit dari Jumbo Chocolatos tadi tu. Bahan bahan yang ada dalam chocolate jar ini ialah chocolate, plain rice crispy dan roasted sunflower seed. 
Yang comel lote ni namanya Chocolatos Jar. Yang ni paling kecil dalam trilogi chocolate jar yang mereka buat. Bahan bahan yang ada dalam chocolate jar ni ialah chocolate, plain rice crispy, dan cereal (plain nestum). 


Pasal harga pula saya kira agak berpatutan juga la. Tak adalah mahal sangat dan sesuailah dengan kualiti dan keenakan yang mereka beri. Yang Jumbo Chocolatos harganya RM20 tidak termasuk bayaran pos. Yang Chocolatos Container tu pula harganya RM12 tidak termasuk bayaran pos manakala Chocolatos Jar tu pula harganya RM8 juga tidak termasuk bayaran pos. 

Bayaran pos untuk penghantaran di kawasan Semenanjung Malaysia harganya RM7 manakala di Sabah dan Sarawak adalah RM10. Walaubagimanapun, bayaran tambahan juga dikenakan mengikut berat. Contohnya seperti jadual di bawah.



Kepada yang meleleh air liur tengok chocolate jar yang lazat tu, kemudian kalau nak tanya apa apa tentang produk keluaran mereka, atau ada yang tak faham tentang produk ni boleh la menghubungi :

zeimy : 017 548 5397.

Nak tengok gambar gambar yang lebih menarik lagi, boleh la tengok kat Instagram mereka.



 
   
Saya yakin anda pasti akan puas menikmati chocolate jar mereka. Nyum nyum.


2 ulasan:

  1. nampak menarik. rich! mesti sedap nih...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, memang sedap Farah MF. Cubalah beli anda pasti tak rugi. Hehe

      Padam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.