Selasa, 12 Ogos 2014

Segmen Bloglist : Cerita Adinda Baizura Mazlan



ABM? Apa itu ABM? Setahu saya, dalam bidang perguruan ABM itu adalah singkatan Alat Bantu Mengajar.  Bila ternampak perkataan ABM itu saya teringat zaman persekolahan. Dahulu saya bercita cita mahu menjadi seorang guru kerana saya minat dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah. Kenapa saya mahu menjadi guru? Kerana saya nak aplikasikan minat saya itu dalam kerjaya dan hidup saya. Lagipun saya nak didik anak bangsa saya menjadi orang yang berguna kepada agama, bangsa dan tanah air.

Saya masih ingat lagi, saya bercita cita nak sambung belajar di Institut Pendidikan Guru (IPG) untuk persediaan menjadi seorang guru. Tetapi disebabkan keputusan SPM saya tidak memuaskan, maka pemohonan saya untuk masuk ke IPG ditolak. Syarat kemasukan mesti dapat 6A tapi saya hanya dapat 4A sahaja. Saya betul betul sedih masa tu. Oleh kerana tidak dapat masuk ke IPG, akhirnya saya tersangkut dalam Diploma Pengajian Perniagaan ini walaupun saya bukanlah seorang yang minat dalam bidang perniagaan. Minat saya adalah dalam sastera, sejarah dan politik.

Namun begitu, saya percaya bahawa ada hikmah kenapa Allah tak bagi saya jadi guru. Saya dah nampak sekarang. Sebab Allah tak nak bebankan saya dengan kerja kerja guru yang banyak itu. Saya bersyukur sangat Allah dah pilih jalan untuk saya. Saya tahu Allah beri yang terbaik untuk saya. Saya sentiasa ingat kata kata ayah saya. Allah beri apa yang kita layak bukan apa yang kita mintak.

Maafkan saya kawan kawan kerana saya sudah mengarut. ABM yang saya nak ceritakan ini bukan ABM yang merupakan singkatan kepada Alat Bantu Mengajar tu tapi ini adalah satu pertandingan yang dibuat oleh seorang blogger iaitu Adinda Baizura Mazlan (ABM). Blogger ini ada buat satu pertandingan. Nama pertandingan tu ada kat atas tajuk entri ini. Kepada mana mana blogger, jomlah masuk pertandingan ini. Mana tahu kalau nasib baik menyebelahi kita, dapat tersenarai dalam bloglist ABM itu.

Anda boleh lawat blog Adinda Baizura Mazlan (ABM) untuk penyertaan. Penyertaannya sampai 17 Ogos ini sahaja.

Saya bukan manusia yang hipokrit. Saya nak jujur dan jadi diri sendiri. (macam poyo je ayat. hahaha) Saya sentiasa percaya manusia yang jujur dan jadi diri sendiri adalah manusia yang berjaya. Jujur saya katakan, saya tak pernah nampak dan tahu pun pun pasal blog ABM ini. Saya pun tak tahu blog tu pasal apa. Mungkin dia cerita pasal kehidupan dia sehari harian kot. Saya tak ada masa nak baca jadi sebab saya sibuk sekarang ini. Tapi Insya Allah... kalau ada entri terbaru saya baca. Tugasan, kuiz, ujian, dan projek banyak betul sekarang ni. Sampai tak menang tangan nak buat. Tulis entri ni pun lepas habis solat Maghrib. 

Kepada mana mana blogger yang sertai pertandingan ini. Selamat berjaya!!!

2 ulasan:

  1. Thanks join segmen ABM :)

    Ada masa nanti blogwalk la yea. Macam-macam yang ABM tulis kat sini. :)

    BalasPadam
  2. Datang dari segmen yang sama..

    http://kapas-putih.blogspot.com/2014/08/segmen-bloglist-cerita-adinda-baizura.html

    Jangan lupa join juga segmen bloglist N:

    http://kapas-putih.blogspot.com/2014/08/segmen-kapas-putih-august-bloglist.html

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.