Sabtu, 23 Ogos 2014

MENGAPA SAYA SUKA TULIS TENTANG POLITIK DI DALAM BLOG?


   
Mengapa Saya Suka Tulis Tentang Politik Di Dalam Blog
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang




           Baru baru ini ada satu mesej yang saya terima di Facebook yang mengatakan bahawa saya tidak perlu campur tangan dalam pergaduhan politik yang tidak membawa faedah dan membazirkan masa itu. Banyak lagi perkara yang lebih besar yang sepatutnya saya tulis berbanding ikut campur dengan dunia politik yang memualkan dan meloyakan ini.

        Sebenarnya politik ini banyak faedahnya. Faedahnya dari segi menjaga agama, bangsa dan tanah air. Kita harus ingat dan perlu terima hakikat bahawa politik dan kehidupan kita memang tidak dapat dipisahkan. Tanpa politik kehidupan kita pun boleh jadi haru biru dan tunggang langgang. Politik itu sebenarnya baik tetapi orang politik yang sebenarnya menjadikan wajah politik itu hodoh. Jangan sesekali kita lupa bahawa Rasulullah sendiri pun berpolitik tetapi tidaklah sama seperti kita politik sekarang.

         Ingin saya tegaskan bahawa saya berjuang untuk tiga perkara : Islam, Melayu dan Malaysia. Saya sayangkan ketiga tiga perkara ini dan saya akan terus pertahankannya sampai bila bila. Saya tidak mahu orang orang politik merosakkan tiga perkara asas yang membentuk negara kita ini. Suka atau tidak, saya perlu pertaruhkan nyawa, keselamatan dan kebebasan saya untuk tiga perkara ini. Tidak ada cara lain untuk saya berjuang dalam mempertahankan ketiga ketiga perkara ini melainkan melalui dunia penulisan di blog.

          Sejujurnya saya sendiri takut untuk menulis perkara perkara yang bersangkut paut dengan dunia politik ini. Jika silap langkah kebarangkalian untuk saya disaman di mahkamah atau ditahan oleh pihak berkuasa amat tinggi. Bila bila masa sahaja saya boleh ditahan di bawah Akta Hasutan jika saya tidak berhati hati dalam menulis tentang politik di blog.

         Walaubagaimanapun, saya perlu serahkan segala galanya kepada Allah. Hidup dan mati saya hanya kerana Allah. Dengan mempertahankan ketiga tiga perkara ini, itu sahajalah sumbang bakti saya kepada umat Islam yang seperti duduk dalam bara api ini. Saya tidak ada kudrat untuk melawan musuh dalam mempertahankan ketiga tiga perkara tadi tetapi saya boleh melakukannya dengan cara menulis di blog ini. Moga moga penulisan saya di blog ini boleh memberi orang ilmu seterusnya menjadi bekalan saya di akhirat nanti.

        Politik sebenarnya amat penting dan sebab itulah saya perlu terlibat dalam memperkatakannya. Saya beri contoh. Seandainya ada ahli politik yang sengaja mahu merosakkan Islam dengan cara menukar agama rasmi negara kita dengan agama lain, adakah kita akan berdiam diri sahaja? Seandainya ada ahli politik yang mahu menghapuskan hak istimewa orang Melayu, adakah kita akan mendiamkan diri sahaja? Seandainya ada ahli politik membuat satu dasar yang boleh merugikan kita dan negara, adakah kita akan mendiamkan diri sahaja?

       Saya yakin sudah tentu tidak adalah jawapan yang anda berikan. Sebab itu saya kata bahawa dunia politik ini penting dalam kehidupan kita. Tanpa politik yang betul, nescaya Islam akan tergadai. Begitu juga dengan Melayu dan Malaysia yang akan turut tergadai. Mahukah kalian melihat semua itu berlaku? Tepuk dada dan tanya iman.

         Oleh sebab itulah saya menulis di blog ini untuk memberitahu kepada ahli politik supaya mereka menjaga ketiga tiga perkara ini. Jangan sesekali menggadai agama kita demi untuk mendapatkan kuasa politik. Jangan sesekali menggadaikan bangsa untuk mendapatkan kuasa politik. Jangan sesekali menggadaikan negara demi mendapatkan kuasa politik.

          Tetapi itulah yang banyak dilakukan oleh ahli politik masa kini. Mereka tega menjual agama, bangsa dan tanah air mereka demi mendapatkan kuasa politik yang hanya sekadar pinjaman dari Allah itu. Oleh sebab itulah, saya memberanikan diri menulis dan mengkritik secara lembut agar orang orang politik sentiasa meletakkan kepentingan agama, bangsa dan tanah air di hadapan dan bukannya kuasa politik yang tidak seberapa itu dihadapan.

        Saya khuatir jika negara ini dipimpin oleh orang yang salah, Islam, Melayu dan Malaysia akan tergadai dan mahukah anda melihatnya jadi begitu? Tepuk dada dan tanya iman. Ingat! Mempertahankan Islam itu satu perkara yang wajib bagi semua umat Islam. Jika Islam tercemar, apa yang kita akan jawab di hadapan Allah nanti apabila Allah tanya apa tindakan kita sekiranya agama ini dirosakkan oleh orang orang politik?

        Oleh itu, saya sebagai umat Islam, anak Melayu dan Malaysia akan terus pertahankan ketiga tiga perkara ini sampai bila bila. Saya tidak mahu anak cucu saya yang akan menanggung akibatnya kerana kesilapan kita pada masa ini. Saya akan terus menulis dan menulis serta akan mempertahankan ketiga tiga perkara ini sampai bila bila.

         Ingin saya tegaskan di sini bahawa saya bukan penyokong Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat. Saya bukan ahli kepada mana mana parti atau pertubuhan. Saya mengambil sikap non partisan di dalam politik. Seandainya saya mengambil jalan politik dalam perjuangan saya, nescaya hancurlah agama, bangsa dan tanah air ini.

          Sekiranya saya masuk mana mana parti politik, yang akan saya nampak hanya baik parti itu sahaja manakala buruk parti itu akan saya simpan rapat rapat supaya pihak lawan tidak dapat mengesannya. Oleh itu, saya tidak lagi akan mengkritik atau menegur kepimpinan parti itu dan bersetuju sahaja dengan kemungkaran yang mereka lakukan dan itulah yang telah terjadi kepada semua parti politik di Malaysia pada hari ini.

        Tambahan pula, jika saya sokong mana mana parti politik, saya sebenarnya akan menambah kehancuran terhadap perpaduan Melayu dan Islam di negara ini. Pernahkah kalian terfikir mengapa umat Islam dan Melayu pada masa ini masih mundur? Ini kerana kita lebih banyak berpolitik daripada belajar bagaimana untuk memajukan bangsa dan agama.

       Kunci kepada kekuatan Islam adalah perpaduan. Sebab itulah saya sentiasa menulis di blog ini agar umat Islam jangan sesekali berpecah belah kerana politik sebaliknya bersatu padulah di bawah panji panji Islam. Saya menulis di blog ini dengan ikhlas dan tanpa mengharapkan apa apa balasan. Saya bukan mahu memburukkan atau menyokong mana mana pihak.

         Saya mengambil jalan tengah dalam dunia politik ini. Sikap saya ini samalah seperti yang diambil oleh penulis politik terkenal iaitu Yahaya Ismail. Kami berpandangan seandainya kami menceburi politik, sudah pasti negara ini akan hancur. Kemungkaran yang sepatutnya ditegur oleh penulis seperti saya tidak lagi dapat dibuat oleh kerana menjaga hati pemimpin parti, periuk nasi dan jawatan dalam parti. Saya menulis bukan untuk mendapatkan duit atau keuntungan. Sampai sekarang pun saya tidak menerima sebarang hasil daripada menulis di blog ini.

        Apa yang saya harapkan adalah Islam, Melayu dan Malaysia kekal terpelihara hingga ke akhir zaman. Apa yang saya mahukan adalah umat Islam bersatu pada tanpa mengira ideologi politik supaya orang kafir tidak mudah memperdaya dan mempergunakan kita. Walaupun pembaca blog ini tidak suka, namun inilah jalan perjuangan saya. Semoga blog yang tidak seberapa ini boleh memberi sumbangan kecil kepada agama, bangsa dan tanah air yang saya cintai ini.    

PAS Digugat dan Digigit

       Sebenarnya kepimpinan ulamak di dalam PAS sudah lama tiada. PAS sebenarnya dikuasai oleh golongan professional yang terbahagi kepada dua kumpulan : satu golongan professional yang berjiwa Islam dan satu lagi golongan professional yang bukan berjiwa Islam dan berfikiran Anwarinas. Golongan professional yang bukan berjiwa Islam dan berfikiran Anwarinas inilah yang sebenarnya yang telah banyak menghancurkan PAS sebagai sebuah parti Islam.

           Golongan golongan ini sudah banyak ‘diternak’ di dalam PAS cuma ahli PAS yang berfikiran Islam sahaja yang tidak menyedarinya. Mungkin mereka sedar cuma mereka pura pura tidak sedar. Lebih membimbangkan apabila golongan golongan seperti ini sudah pun menguasai PAS sejak sekian lama. Mereka inilah sebenarnya yang akan menghancurkan PAS suatu hari nanti.

        Sebab itu saya tidak hairan apabila PAS sanggup bersetongkol dengan Ambiga untuk mengiktiraf LGBT dan menyokong seksualiti merdeka. Saya juga tidak hairan apabila PAS bersetuju untuk untuk menggunakan kalimah Allah di dalam Bible versi Bahasa Melayu. Saya juga tidak hairan apabila PAS sebenarnya yang telah menghancurkan perpaduan Islam yang sepatutnya dilakukan bersama UMNO demi masa depan Melayu dan Islam di negara ini. Saya tidak hairan juga apabila PAS sanggup bersetongkol dengan DAP yang terang terang menolak Islam dan Hudud.

           Mengapa saya tidak hairan? Ini kerana PAS bukan lagi dipimpin oleh orang yang berjiwa Islam tetapi dipimpin oleh orang yang berfikiran liberal dan berkiblatkan Anwar Ibrahim. Maka, langkah langkah PAS untuk menubuhkan sebuah negara Islam hanyalah angan angan Mat Jenin sahaja. Pada awalnya saya tertanya tanya, mengapa PAS begitu takut untuk meninggalkan Pakatan Rakyat? Sekarang barulah saya tahu bahawa sebenarnya PAS sudah dikuasai oleh golongan golongan yang saya sebutkan di atas.

         Dalam isu Menteri Besar Selangor contohnya, mengapa tiba tiba sahaja PAS boleh berubah sikap daripada menyokong Khalid Ibrahim kepada menyokong Wan Azizah? Mengapa tiba tiba dua orang ADUN PAS itu boleh menyokong Wan Azizah secara tiba tiba walaupun Presiden dan Majlis Syura Ulamaknya (MSU) telah bersetuju untuk Khalid dikekalkan? Mengapa Jawatankuasa PAS Pusat boleh bersetuju untuk menyokong Wan Azizah sedangkan Presiden dan MSU telah membuat ketetapan agar Khalid dikekalkan?

        Ini semua terjadi begitu banyak ‘wakil’ Anwar Ibrahim dalam PAS. Sudah pasti mereka akan menyokong Anwar Ibrahim walaupun Presiden PAS sendiri masih mahu mengekalkan Khalid. Ada sumber mengatakan bahawa hanya beberapa orang sahaja yang menyokong Haji Hadi manakala majoritinya menyokong Wan Azizah semasa perbincangan dalam Jawatankuasa PAS Pusat itu. Oleh sebab itulah, Haji Hadi dan penyokongnya bergegas pulang dan yang mengumumkan keputusan PAS itu adalah Mat Sabu dalam siding media yang lalu.

        Pelik bin aneh sebenarnya bagaimana Mat Sabu yang langsung tidak berjiwa Islam itu boleh menewaskan Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang terang terangan mempunyai pendidikan Islam yang kukuh dan tinggi? Mengapa saya kata Mat Sabu tidak berjiwa Islam? Cuba kita hadiri setiap ceramahnya, belum pernah lagi dia tidak mengutuk orang, menghina orang, dan mencaci orang di dalam ceramahnya. Perkataan ‘Anwar Al Juburi’ itu sebenarnya pun datang dari mulut dia sendiri ketika dia berceramah.  Adakah orang yang berjiwa Islam dan mempunyai pendidikan Islam yang tinggi boleh mencaci, memaki, menghina dan mengutuk orang lain dalam ceramah? Tepuk dada dan tanya iman.

         Amat bermasalah sebenarnya apabila Islam diikuti mengikut kayu ukur politik dan diri sendiri dan bukannya mengikut kayu ukur Al Quran dan Sunnah. Sebab itu PAS memperdagangkan Islam untuk meraih undi kerana mereka mengikut Islam dari segi politik dan bukannya mengikut Al Quran dan Hadis.

        Jangan hairan bin terkejut apabila suatu hari nanti golongan ulamak sudah tidak wujud lagi dalam PAS. Apa yang tinggal hanyalah golongan professional yang bukan berjiwa Islam tetapi menggunakan Islam untuk kepentingan politik, parti dan diri sendiri. Ingatlah, sekiranya PAS mengambil jalan yang diambilnya sekaranng, jangan sedih dan menangis jika umat Islam dan Melayu akan menjadi ‘hamba’ di buminya sendiri. 


0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.