Jumaat, 29 Ogos 2014

Malaysia Lahirnya Sebuah Cinta Dari Blogger

Segmen Merdeka 57 oleh hasrulhassan.com


nota : Terima kasih kepada blogger Hasrul Hassan kerana sudi membuat segmen seperti ini. Tahniah diucapkan.


         Saya sentiasa percaya bahawa kemerdekaan dan kemajuan sesebuah negara itu hanya dapat digerakkan oleh tiga golongan iaitu ahli politik, cendekiawan dan penulis/blogger. Peranan seseorang penulis (selepas ini saya akan sebut blogger) amat penting dalam sesebuah negara dan saya berbangga kerana sudah ramai orang yang mempunyai blog untuk menulis dan menyampaikan ilmu kepada masyarakat. Kalau dahulu hanya tiga golongan sahaja yang boleh bergelar seorang penulis iaitu orang yang berkemampuan, orang yang berbakat besar dalam dunia penulisan dan yang terakhir adalah golongan wartawan. Tetapi sekarang semua orang sudah boleh menjadi seorang penulis dengan hanya mempunyai laman blog sahaja. 

       Saya masih ingat lagi suatu ketika dahulu ramai orang bertanya, siapakah yang telah mencetuskan kegemilangan Islam di Cordova? Kemudian ramai cendekiawan Islam yang membuat kajian dan akhirnya mereka bertemu dengan seorang penyair sahaja dari Kazakhtan iaitu Abaie. Abaie adalah orang yang mula mula menulis tentang karya karya Islam yang memberitahu kepada masyarakatnya supaya membangunkan Islam dan Cordova itu sendiri dan hasilnya Islam telah berkembang dengan pesat di Cordova sebelum dijatuhkan oleh Raja Ferdinand dan Ratu Issabella.
  
          Perkara yang sama juga telah berlaku di negara ini. Para penulis dan wartawan di negara ini telah berkarya dan menulis untuk meniupkan semangat kemerdekaan kepada bangsa Melayu supaya membebaskan dari dari penjajahan British.

        Peranan seseorang blogger seperti saya ini sangat penting dalam menjaga kemerdekaan yang kita kecapi selama 57 tahun ini seterusnya membangunkan agama, bangsa dan tanah air ini. Kita sudah tidak boleh lagi untuk mengharapkan ahli politik bagi memelihara kemerdekaan dan membangunkan negara ini kerana ahli politik pada masa kini lebih obses untuk mengejar kuasa dari memikirkan tentang nasib buruk yang akan menimpa anak bangsanya. Lihat sahaja apa yang telah berlaku di Selangor sebagai contoh. Oleh kerana satu jawatan, ahli politik sanggup berkelahi tanpa memikirkan kesan kepada rakyat yang sangat sangat dahagakan bantuan mereka.

        Oleh itu, peranan tersebut sudah jatuh ke tangan blogger seperti saya. Sebagai blogger saya perlu memberitahu kepada masyarakat melalui blog ini supaya sentiasa menjaga dan memelihara kemerdekaan yang kita kecapi selama ini. Saya juga perlu memberitahu kepada masyarakat di luar sana supaya berusaha untuk memajukan agama, bangsa dan tanah air yang saya cintai ini. Pengaruh seorang blogger sebenarnya sangat besar sekarang malah lebih besar dari akhbar akhbar arus perdana. Masyarakat sekarang sudah kurang mahu membaca akhbar akhbar tradisional sebaliknya mereka lebih suka untuk membaca laman laman blog yang mereka percaya dapat memberikan maklumat yang lebih tepat, benar dan seimbang.

         Nah, inilah peluang yang sepatutnya dimainkan oleh seorang blogger seperti saya dan anda semua yang bergelar blogger di luar sana. Marilah sama sama kita berganding bahu untuk menulis dan memberitahu kepada masyarakat kita betapa pentingnya menjaga kemerdekaan di negara ini. Jika kita tidak melakukannya, siapa lagi? Bukankah seseorang blogger itu merupakan suara rakyat? Bukankah seseorang blogger itu merupakan mata dan telinga masyarakat?

          Walaubagaimanapun, tidak ada gunanya perkara ini berlaku sekiranya seseorang blogger itu sendiri tidak mempunyai rasa cinta terhadap negaranya sendiri. Tidak ada gunanya juga jika kita hendak majukan negara ini sekiranya seseorang blogger itu tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang cukup untuk memberitahu kepada masyarakat di luar sana bahawa peri pentingnya dalam membangunkan negara ini. Tidak ada gunanya jika mahu menikmati kamajuan sekiranya seseorang blogger itu tidak mempunyai minda yang maju dan berkembang. Persoalannya sekarang adalah bagaimana caranya untuk seseorang blogger itu boleh menanam rasa cinta kepada negara ini? Bagaimana caranya seseorang blogger itu boleh memajukan dan membangunkan negara ini melalui penulisannya di blog?

        Tidak ada cara lain lagi selain daripada blogger itu sendiri perlu belajar dan membaca. Lupakah kita ayat pertama yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui Malaikat Jibril iaitu IQRAQ? Maksud IQRAQ adalah 'bacalah' maksudnya Allah memerintahkan kita supaya banyak menuntut ilmu dan membaca kerana Allah Maha Mengetahui bahawa dengan membaca dan belajar sahaja kita mampu untuk menjadi seorang yang maju dan berjaya.

        Oleh itu, saya nasihatkan kepada semua blogger di luar sana supaya banyakkan belajar dan membaca. Dengan belajar dan membaca kita boleh mendapat banyak ilmu. Dengan ilmu itulah kita boleh kongsikan di blog kita dan apabila orang membacanya mereka akan turut mendapat ilmu tersebut. Ilmu tersebut akan berkembang biak seterusnya akan meningkatkan daya intelektual kita dan akhirnya negara ini akan maju dan berjaya. Tidak ada cara lain untuk kita menikmati kemajuan sekiranya kita tidak berilmu.

        Seseorang blogger itu sendiri perlu bersyukur kerana dilahirkan di negara yang tercinta ini. Jika kita tidak bersyukur nescaya rasa cinta kepada negara ini akan hilang dalam jiwa raga kita. Kita juga perlu membaca dan memperingati sejarah yang telah berlaku sebagai peringatan kepada kita pada masa ini. Seorang pujangga pernah mengatakan bahawa orang yang melupai sejarah akan mengulanginya semula. Oleh itu, jangan sesekali kita melupai sejarah supaya sejarah itu tidak berlaku lagi pada masa ini dan pada masa akan datang.  

      Ingatlah, pepatah Melayu ada mengatakan bahawa mata pena itu lebih tajam dari mata pedang. Dengan pena kita mampu menumpaskan musuh dan memberi kemerdekaan kepada kita. Seorang pujangga pernah mengatakan bahawa sesuatu bangsa itu dapat dimajukan hanya dengan menggunakan mata pena sahaja. Inilah peranan yang sepatutnya dimainkan oleh seorang blogger seperti saya dan anda di luar sana. Menanam rasa cinta terhadap negara ini seterusnya berusaha untuk membangunkan negara ini pada masa akan datang menggunakan medium blog kita yang dibaca oleh ramai orang.

        Nasihat saya kepada para blogger, jangan bersikap tidak ambil peduli terhadap perkara ini. Jangan sampai sudah terhantuk baru terngadah. Jangan sampai kemerdekaan negara kita telah diragut semula barulah kita sibuk untuk melakukan itu dan ini kerana pada masa itu semuanya sudah terlambat. Nasi bukan sahaja sudah bertukar menjadi bubur tetapi sudah pun menjadi basi! Jadi, sebelum terlambat marilah sama sama kita menggembleng tenaga untuk menulis di blog kita supaya memberitahu kepada masyarakat di luar sana supaya sentiasa menanam rasa cinta kepada negara dan dan berusaha untuk memajukannya. 



5 ulasan:

  1. Wow! Terbaik! Teruskan menulis ^__^

    BalasPadam
  2. *thumbs up* Saya mungkin tak cukup berilmu untuk sampai ke tahap itu, namun atas nasihat anda, saya akan cuba menyampaikan ilmu sebaik mungkin~ :)

    p/s: Done follow #63~ ^^

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.