Khamis, 14 Ogos 2014

SAJAK : MELAYU SEMAKIN LUPA

Sedihnya hati ini,
Tatkala menaiki sebuah teksi,
Bangsaku sendiri dicaci maki,
Oleh anak bangsanya sendiri

Apa akan jadi pada Melayu?
Sekiranya anak bangsa seperti itu,
Sanggup menjual maruah yang jitu,
Demi wang,
Demi harta,
Demi kemewahan

Hancurnya hati ini,
Kecewanya kalbu ini,
Melihat Melayu itu,
Sudah membuang kemelayuannya,
Mengapa dia jadi begitu?
Mungkin kerana matanya buta,
Buta melihat kekayaan bangsanya.

Dengarlah wahai Melayu,
Pertahankan maruah dan harta bangsamu,
Sebelum kau akan kehilangannya,
Di saat itu nanti,
Kau sudah pun menyendiri.

Related Posts:

  • SAJAK : SALAM PERJUANGAN BUAT TEMAN Duhai temanku di luar sana, Masih butakah mata hatimu? Masih butakah mata kepalamu? Melihat dunia ini Yang serba serbi dilanda gelora Sebuah ge… Read More
  • SAJAK : POLITIK BAHAYA Politik, Sungguh dahsyat penangan kuasa mu, Sungguh hebat peranan mu, Dalam melaga lagakan pemimpin, Sehingga mampu mencemar agama, bangsa dan ne… Read More
  • SAJAK : KALIAN SERING BEGITU Kalian sering begitu, Sering meninggalkanku, Meninggalkan aku kesepian, Meninggalkan aku bersendirian, Sedangkan kalian, Berseronok kegembiraan. … Read More
  • SAHABAT BLOGGER Normal 0 false false false MicrosoftInternetExplorer4 st1\:*{behavior:url(#ieooui) } /* … Read More
  • SAJAK : CUKUP CUKUPLAH KAWAN Jangan hanya kerana sebuah tempat, Kita bergaduh bersama sama, Jangan kerana satu teguran, Kita mencetuskan api persengketaan. Kenapa kita mesti ber… Read More

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.