Khamis, 28 Ogos 2014

SAJAK : KALIAN SERING BEGITU



Kalian sering begitu,
Sering meninggalkanku,
Meninggalkan aku kesepian,
Meninggalkan aku bersendirian,
Sedangkan kalian,
Berseronok kegembiraan.

Kalian sering begitu,
Sering merendah rendahkan diriku,
Sering meremeh remehkan aku,
Mengapa kalian begitu,
Sedangkan kalian adalah sahabatku,

Aku tahu,
Kalian berbeza denganku,
Perbezaan umpama langit dan bumi,
Dipisahkan hanya dengan ketentuan Ilahi,
Tapi kalian tidak berhak melakukan seperti itu,
Terhadapku.

Ingatlah,
Tamat sahaja semua ini,
Jangan dicari lagi diriku,
Kalian menodai persahabatan itu,
Kalian memperkosa kepercayaanku,
Tatkala aku sudah berjaya,
Jangan sesekali mengaku,
Kita adalah teman sebaya.

Related Posts:

  • KAU TELAH MENYESAL Sumber : Google Kami terdengar khabar tentang dirimu, Kau telah menyesal seperti yang kami tahu,  Berpuluh tahun dahulu, Kau menjadi… Read More
  • JIKA KITA BERSATU PADU Sumber : Google Jika aku berbeza pendapat denganmu, Janganlah engkau berjauh hati, Jika aku berbeza politik denganmu, Janganlah kita saling … Read More
  • PEREMPUAN CANTIK YANG BERHATI PUAKA Gambar sekadar hiasaSumber : Google Dia berwajah cantik bagaikan seorang gundik, Yang suatu ketika dahulu menjadi kegemaran raja raja … Read More
  • CINTA DAN DARIHAL KEHIDUPAN Sumber : Google Wajah itu datang lagi, Dan cinta pun hadir bersemi, Tiap kali wajah itu muncul kembali, Tiap kali juga cinta itu tumbuh … Read More
  • MELAYU Sumber : Google Wahai Melayu bangsa hebat, Engkaulah sendi dalam diriku, Telah lama kau menjadi layu, Di bumi tanah tempat lahirmu. Sun… Read More

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.