“Sayuti, Encik Nordin suruh awak masuk bilik dia sekarang.” Nina yang muncul entah dari mana terus mendapatkan Sayuti. Sayuti yang baru sahaja sampai di pejabatnya pada pagi itu begitu terkejut dengan kemunculan Nina yang secara tiba tiba itu di mejanya.
“Sekarang?” Sayuti meminta kepastian.
“Taklah! Tahun depan! Sekaranglah! Kan saya dah cakap
tadi.” Nina membentuk bentuk mukanya yang memang tidak berapa cantik itu. Dia
sebenarnya agak bengang dengan Encik Nordin. Pagi pagi lagi sudah dihamput oleh
Ketua Pengarang Majalah Belia itu kerana berita yang ditulisnya begitu banyak
kesalahan. Maklum sahajalah, dia menulis berita itu dengan keadaan terburu
buru. Pelbagai masalah yang melanda hidupnya sejak akhir akhir ini.
“Amboi… garangnya awak ni Nina?
Macam ayam baru bertelur. Awak tahu tak yang awak tu tak cantik? Bila awak buat
muka macam tu bertambah hodoh jadinya. Hahaha…” Sungguh besar ketawa Sayuti
pada pagi itu. Beberapa orang wartawan
yang berada di situ turut memandang kea rah mereka berdua. Ada yang tersenyum ada
juga yang mengeleng gelengkan kepala.
“Hoi! Kau jangan nak melampau ye! Aku
debik kau baru kau tahu. Cepatlah! Encik Nordin dah panggil tu. Nanti tak pasal
pasal aku kena hamput lagi dengan orang tua tu.” Ujar Nina dan terus berlalu
dari situ. Sayuti sekadar mengeleng gelengkan kepalanya melihat ulah Nina itu.
kemudian dia terus menuju ke bilik Encik Nordin Razali – Ketua Pengarang
Majalah Belia.
Tok! Tok! Sayuti mengetuk pintu bilik
Encik Nordin. Apabila mendengar arahan masuk dari dalam, barulah dia memulas
tombol pintu itu dan masuk ke dalam. Kelihatan Encik Nordin sedang menaip
sesuatu di komputernya.
“Ha… dah sampai pun. Masuk Sayuti.
Duduk dulu.” Ujar Encik Nordin dengan ramah dan terbentuk senyuman manis di
bibirnya. Sayuti tanpa suara terus mengikut arahan Encik Nordin itu. Angin
Encik Nordin ini bukan boleh dijangka. Sebentar baik sebentar lagi boleh
bertukar menjadi ribut. Silap silap hari bulan boleh jadi ribut taufan. Puting
beliung pun kadang kadang pun boleh jadi. Senyuman dan sikap ramah itu hanya
sesekali sahaja kelihatan. Kalau tidak kena gaya, boleh bertukar semula menjadi ribut
taufan, hujan lebat atau putting beliung. Memang menakutkan!
“Ada apa Encik Nordin panggil saya ke mari?’
Soal Sayuti. Kalau dah masuk ke kamar kerja Encik Nordin ini, mesti ada tugasan
yang dia mesti buat. Dan sudah pasti tugasan itu satu tugasan yang berat. Encik
Nordin tidak akan terkinja kinja atau tergedik gedik mahu menjemput orang masuk
ke biliknya jika tidak ada urusan yang penting.
“Saya ada tugasan untuk awak.” Seperti
dijangkan itulah ayat yang akan keluar dari mulut Encik Nordin. Sudah lima tahun dia menjadi
wartawan di syarikat ini dan dia sudah masak dengan kerenah ketuanya yang
garang dan tegas itu.
“Apa dia Encik Nordin?” Soal Sayuti
lagi. Berani dia kata tidak pada Encik Nordin. Boleh bertukar jadi serigala
jadian orang tua itu.
“Saya nak awak tulis berita pasal
masalah sosial remaja pada malam hari kemerdekaan ni.” Kata Encik Nordin.
Sayuti sudah mula rasa pelik.
“Apa kena mengena antara masalah
sosial ramaja dan sambutan hari kemerdekaan?” Soal Sayuti lagi bagi
menghilangkan kepelikan yang mula menyerang sanubarinya.
“Saya nak awak tulis cerita pasal anak
anak Melayu kita ni yang dah rosak sejak negara merdeka. Anak anak Melayu kita
ni sudah lama dijajah. Pemikiran mereka telah dijajah oleh Barat. Mereka tidak
lagi menghayati erti kemerdekaan yang sebenarnya. Apa yang mereka buat hanyalah
berseronok dan berpesta sahaja sehingga berlaku kerosakkan akhlak di kalangan
mereka.” Jawab Encik Nordin sambil berdiri dan berjalan jalan di sekitar bilik
itu. Kedua dua tangannya diletakkan di belakang. Konon seperti boss besar
agaknya. Dia berdiri betul betul di belakang Sayuti.
“Mana saya dapat cerita macam tu?”
Soal Sayuti yang sudah mula rasa tidak sedap hati. Dia mahu tolak dari membuat
tugasan itu tetapi dia takut pula sekiranya Encik Nordin marah.
“Dataran Merdeka ada… Bukit Bintang
ada… awak boleh dapat maklumat kat situ.” Jawab Encik Nordin sambil memandang
tajam ke arah Sayuti yang membelakanginya.
“Encik Nordin…”
“Apa?” Nyaring sungguh suara Encik
Nordin sehingga menggetarkan hati Sayuti.
“Err… tak ada apa apalah.” Jawab
Sayuti teragak agak. Dia mahu tolak tugasan itu tetapi dia tidak sanggup. Tidak
sanggup dimarah dan dibebel oleh Encik Nordin. Encik Nordin ini muka sahaja
ganas dan misai sahaja melentik tetapi kalau membebel kalah ibu ibu anak tujuh
di rumah.
“Bagus. Awak mesti cari maklumat
malam ni. Esok bagi kat saya. Ada
apa apa lagi?” Soal Encik Nordin pula.
“Tak ada Encik Nordin.” Jawab Sayuti.
“Bagus. Awak boleh keluar sekarang.”
Ujar Encik Nordin.
Bersambung...
Suspens betul bila bersambung part macam ni.. huhu... kenapa Sayuti nak tolak tugas tu? Sebab dia takut nak pergi tempat tu dan jumpa orang2 tu eh? 0.o
BalasPadamItu satu hal tapi yang sebenarnya Sayuti malas nak keluar malam. Lebih suka lepak kat rumah. hahaha. Terima kasih MZ sebab baca.
Padam