Sabtu, 23 Ogos 2014

CERPEN BERSIRI : NODA NODA ANAK MERDEKA 2 (AKHIR)

Baca Bahagian 1 di sini --- > BAHAGIAN 1         





             Sayuti memandu motokarnya membelah jalan raya di dalam kepekatan malam 30 Ogos itu. Jam baru menunjukkan pukul 10.30 malam bermakna ada satu jam setengah lagi sebelum menginjak ke tarikh 31 Ogos. Sayuti memberhentikan motokarnya di tepi jalan yang berhampiran dengan Dataran Merdeka. Dia melihat sudah ramai muda mudi yang berkampung di situ untuk menonton konsert di ambang merdeka yang dianjurkan oleh sebuah syarikat swasta. Matanya melihat beberapa orang anak gadis yang sedang berpegangan tangan dan ada juga yang sedang berpelukkan dengan pasangan masing masing. Ada yang sedang menari dan bersuka ria. Ada diantara mereka yang bertudung dan ada yang tidak.
          Sayuti melihat dua orang (seorang lelaki dan seorang perempuan) sedang berpelukkan berjalan di kaki lima berhampiran dengan motokarnya. Dia yang sedang menghisap rokok di tepi motokarnya menahan pasangan kekasih itu. Wajah budak lelaki itu agak kacak manakala budak perempuan itu bertudung litup.
            "Kamu berdua sudah berkahwin?" Soal Sayuti. 
            "Belum bang. Kenapa?" Soal budak lelaki itu yang mula diserang rasa aneh.
         "Oh... tak ada apa apa. Abang ingat kamu berdua dah kahwin. Macam suami isteri pula berpelukkan macam tu." Sindir Sayuti tetapi dalam nada suara yang lembut.
           "Abang nak apa ni? Nak tanya jalan ke?" Soal budak lelaki itu namun jauh tersasar tekaannya.
           "Bukan. Abang nak tanya apa kamu berdua buat kat sini?" 
          "Mestilah nak sambut merdeka bang... takkan nak mandi manda kat sini kot..." Jawab budak lelaki itu sambil tertawa kecil namun Sayuti tidak terasa hati dengan ulah budak lelaki yang berada di hadapannya itu. Teman wanita budak lelaki itu hanya mendiamkan diri. Mungkin tidak selesa dengan kehadiran Sayuti.
          "Apa erti kemerdekaan pada kamu?"
         "Ai! yang abang nak soal saya macam polis ni kenapa? Lepas tu main tanya macam tu pula. Salam tak ada apa tak ada." Budak lelaki itu sudah mula mencurigai Sayuti.
          "Abang bukan polis. Abang wartawan majalah mingguan Belia. Abang datang ni nak buat temuramah. Kalau kamu tak keberatan boleh tak kamu jawab soalan abang tadi?" Sayuti cuba berdiplomasi.
            "Oh... abang wartawan rupanya. Haha. Ingatkan polis tadi. Hrmm...Saya rasa... kemerdekaan itu adalah kebebasan negara kita ni dari penjajah. Itu je yang saya tahu."
           "Oh begitu... terima kasih atas jawapan adik itu. Maaf sekiranya abang ganggu urusan kamu berdua."
              "Tak apa bang. Kalau tak ada apa apa lagi... kami pergi dululah."
             "Baiklah." Balas Sayuti. Dia memandang pasangan itu yang sudah jauh meninggalkan dirinya. Mereka sedang leka bergurau senda dan berpegangan tangan.
              Sayuti masuk semula ke dalam motokarnya dan dia memandu untuk menuju ke Bukit Bintang. Dia memberhentikan motokarnya di tepi jalan berhadapan dengan beberapa buah kelab malam. Dia keluar dari motokarnya dan memerhatikan beberapa orang gadis Melayu yang berpakaian seksi sedang berpeleseran di hadapan kelab malam itu. Gaya mereka tidak ubah seperti seorang pelacur! Berpelukkan bersama dengan lelaki dari pelbagai bangsa. Ada Melayu, Cina, India, Mat Saleh dan ramai lagi.
        Setelah puas meliuk lentuk di di luar, mereka masuk pula ke dalam kelab malam yang bersepah sepah di  situ. Menghiburkan diri dengan cara mereka sendiri. Mata Sayuti tiba tiba melihat sekumpulan anak muda yang juga sedang bergelak ketawa di hadapan sebuah kelab malam. Di dalam kumpulan anak muda itu terdapat seorang lelaki dan seorang gadis sedang berpelukkan sementara yang lain (semuanya lelaki) sedang bersorak sorak ke arah mereka. Usia mereka semua mungkin dalam awal 20an.
          Pada pandangan Sayuti, mungkin pasangan kekasih itu sedang bergaduh atau gadis itu tidak membenarkan teman lelakinya itu meninggalkannya. Ini kerana Sayuti melihat gadis itu sedang menangis dan dia memeluk dengan erat budak lelaki itu. Rakan rakan mereka terus bersorak menjadikan suasana di situ tambah bising dan hiruk pikuk. Tanpa dijangka oleh Sayuti, tiba tiba gadis itu terus mencium bibir budak lelaki yang dipeluknya dengan erat tadi.
          Budak lelaki tadi pun membalas ciuman itu dengan rakus. Rakan rakan mereka yang berada di situ turut terkejut dengan perbuatan pasangan kekasih itu dan bertambah kuatlah sorakan mereka. Walaupun bising namun Sayuti dapat mendengar suara salah seorang dari rakan mereka berkata kata : "Woi, ini Malaysia woi bukan Hollywood." Beberapa buah kereta yang lalu di kawasan itu membunyikan hon untuk menegur perlakuan pasangan itu namun mereka tidak mengendahkannya. Mereka masih leka dengan nikmat nafsu dan kemaksiatan. Hampir menitik air mata Sayuti melihat perlakuan muda mudi sekarang. Dia begitu kesal atas kejadian yang dilihatnya. 
          Kemudian Sayuti melihat beberapa orang lelaki yang agak kacak masuk di salah sebuah kelab malam yang ada di situ. Sayuti mengambil keputusan untuk masuk ke dalam kelab malam itu untuk mendapatkan maklumat. Belum pernah lagi seumur hidupnya menjejakkan kaki ke kelab malam. Kalau isterinya tahu, sudah tentu isterinya marah. Tetapi, demi tugasnya sebagai seorang wartawan yang ingin membongkar kebenaran, dia menggagahkan diri masuk ke 'sarang syaitan' itu. Hanya doa kepada Allah sahaja dipanjatkan agar Allah melindungi dirinya dari malapetaka dan kemaksiatan.
           Sayuti menolak pintu kelab malam itu. Bunyi muzik yang sangat kuat begitu bingit di telinganya. Dia melihat ramai lelaki sedang berdansa dan menari di ruang tengah kelab malam yang besar itu. Bau arak berada di mana mana. Sayuti meliarkan matanya di sekitar kelab malam itu. Semua orang sedang khayal menikmati muzik rancak yang dimainkan. Rata rata yang ditemuinya adalah orang Melayu tetapi ada juga Cina dan Mat Saleh. Ada diantara mereka yang menari, ada yang sedang meneguk minuman keras dan tidak kurang juga yang berbual bual kosong bersama rakan rakan mereka.
          Setelah sepuluh minit berada di dalam kelab malam itu, baru Sayuti sedar bahawa di dalam kelab malam itu langsung tiada perempuan! Semua di dalam kelab itu adalah lelaki termasuk pelayannya. Sayuti sudah mula tidak sedap hati. Pelbagai perkara yang tidak baik yang sudah muncul di fikirannya. Tambah menakutkan apabila beberapa pasang mata sudah mula memandang ke arahnya dengan tajam seolah olah mereka mahu menerkam dirinya.
          "Abang buat apa kat sini?" Soal salah seorang pelayan lelaki Melayu yang agak kacak kepada Sayuti. Sayuti melihat pelayan itu menatang sebuah dulang dengan dua botol arak dan beberapa buah gelas pendek di atasnya.
          "Err...Tak ada apa apa. Abang cuma nak tengok je." Jawab Sayuti.
          "Kalau abang bukan gay, saya nasihatkan lebih baik abang keluar. Kat sini semua gay. Abang ni pun muka boleh tahan juga. Tak pasal pasal kena liwat beramai ramai malam ni." Ujar pelayan lelaki yang tidak berbaju dan berbadan agak tegap itu. Baru Sayuti sedar bahawa kebanyakkan pelayan lelaki di situ tidak berbaju. Mereka hanya memakai seluar slack hitam, berkasut hitam dan memakai tag yang tertulis PELAYAN yang disangkut di leher mereka seperti rantai.
         Seram sejuk Sayuti mendengar kata kata pelayan lelaki itu dan lantas dia keluar dari kelab malam itu sebelum ada perkara buruk yang berlaku. Tidak dapat dibayangkan jika dia diliwat beramai ramai oleh lelaki lelaki bernafsu songsang dalam kelab itu. Oleh kerana terlalu takut dia lantas masuk ke dalam motokarnya semula. Beberapa kali dia beristighfar dan mengucap syukur kepada Allah kerana terselamat dari bahaya dan malapetaka.
          Sayuti mula menghidupkan enjin motokarnya dan lantas bergerak untuk meninggalkan tempat itu. Dia sebenarnya tidak tahu ke mana perlu dia pergi dan akhirnya dia mengambil keputusan untuk kembali semula ke Dataran Merdeka. Ketika dia sampai, jam sudah menunjukkan pada pukul 11.59 malam. Dia mendengar suara pengacara itu mengumumkan sesuatu.
        "9... 8... 7... 6... 5... 4... 3... 2... 1... Merdeka! Merdeka! Merdeka!" Begitu kuat suara pengacara konsert itu. Letupan bunga apa begitu cantik menghiasi latar langit negara Malaysia. Ini bermakna sudah 57 tahun Malaysia sudah menikmati kemerdekaan. Sayuti menadah tangan mengucap syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana telah memberikan nikmat kemerdekaan kepada negara ini.
            Hampir menitik air mata Sayuti kerana rasa bangga muncul di benaknya memandangkan negara ini sudah 57 tahun merdeka dan dia dapat menikmati kemakmuran dan keamanan yang tidak ternilai harganya. Perasaan bangga yang mula datang itu pudar secara tiba tiba apabila melihat remaja remaja di Dataran Merdeka itu. Mereka begitu seronok dan gembira. Ada yang menari, ada yang bergelak ketawa dan tidak kurang juga yang melompat lompat seperti mendapat sebuah hadiah yang besar.
         Namun, terdetik soalan di hati Sayuti, apakah anak anak muda ini faham erti kemerdekaan sebenar? Jika mereka faham adakah mereka hayati erti kemerdekaan itu? Apa yang mereka lakukan supaya kemerdekaan yang mereka kecapi hari ini akan kekal terpelihara sampai bila bila? Tidak guna negara ini sudah mereka lebih dari 50 tahun sekiranya pemikiran rakyat dan muda mudinya masih terjajah. Sayuti tidak fikir dengan tingkah laku anak muda di hadapannya ini membuktikan bahawa mereka menghayati erti kemerdekaan yang sebenar.
           Sayuti masuk semula ke dalam motokarnya lalu menghidupkan enjin. Dia bergegas menuju ke Bukit Bintang. Dia berhenti di tepi jalan dihadapan sebuah bangunan yang agak terlindung dari laluan orang ramai. Tiba tiba datang sebuah lori dari syarikat menjual arak terkenal berhenti di situ. Dua orang lelaki Cina turun dari lori tersebut dan membuka bahagian belakang lori. Tidak lama kemudian muncul sekumpulan anak muda Melayu yang terjerit jerit dengan laungan merdeka menuju ke arah lori arak itu.
         Dua orang lelaki Cina itu pula memberikan arak arak itu kepada mereka secara percuma di dalam cawan kertas yang kecil. Anak anak muda Melayu itu terus minum tanpa ada rasa bersalah apatah lagi berdosa. Mereka meneguk arak itu sambil menjerit 'Merdeka! Merdeka!' beberapa kali. Kumpulan yang terdiri daripada beberapa orang lelaki dan perempuan itu begitu bergembira sekali seolah olah mereka berada di dalam sebuah dunia tanpa batasan.
         "Kita minum dulu." Kata seorang remaja lelaki sambil ketawa terbahak bahak mungkin kerana dia telah mabuk.
         "Minum lagi... minum lagi... Merdeka! Merdeka!" Jerit seorang budak perempuan yang sudah mabuk. Tiba tiba budak perempuan itu menanggalkan pakaiannya di hadapan kumpulan remaja itu. Seorang rakannya turut melakukan perkara yang sama. Kumpulan yang terdiri dari lelaki dan perempuan itu bersorak keriangan melihat keberanian dua orang budak perempuan itu. Kedua dua budak perempuan itu menari dalam keadaan bogel tanpa ada rasa malu dan berdosa.
        Budak budak lelaki yang berada di dalam kumpulan itu yang sememangnya sudah dirasuk syaitan meraba seluruh tubuh kedua dua budak perempuan itu. Sayuti sangat terkejut dengan keberanian dan kelakuan remaja remaja itu. Dia beristighfar di dalam hati melihat tingkah laku mereka. Mereka menyambut kemerdekaan bukan dengan cara bersolat dan berdoa untuk memanjat kesyukuran kepada Allah sebaliknya membuat konsert, menari, bergembira, berbogel dan membuat kemaksiatan.
         Sayuti kesal atas apa yang dilihatnya. Inilah dia anak anak merdeka. Mengapa mereka jadi begitu? Ini kerana mereka tidak berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan. Negara ini merdeka bukan seperti negara lain yang perlu menggunakan darah dan air mata sebaliknya negara ini merdeka dengan cara perbincangan! Oleh itu, menghargai dan menghayati erti kemerdekaan sebenar tidak ada dalam diri mereka. Apa yang mereka tahu kemerdekaan itu seperti membuat konsert, ada letupan bunga api, bergembira dan bersuka ria. 
           Sekali lagi Sayuti masuk semula ke dalam motokarnya. Dia sudah tidak sanggup lagi melihat kemungkaran dan kemaksiatan yang dilakukan oleh muda mudi Melayu pada hari kemerdekaan yang ke 57 ini. Cukup cukuplah setakat itu. Dia sudah tahu apa yang akan ditulisnya di dalam majalah Belia keluaran minggu ini. Kerosakkan akhlak muda mudi Melayu pada malam kemerdekaan negara ini. Ada hikmah sebenarnya mengapa Encik Nordin sengaja menyuruhnya membuat tugasan itu walaupun pada awalnya dia mahu menolak kerana berasa malas untuk mencari berita pada waktu malam.
        Namun, Allah telah membuka jalan buat dirinya untuk mengenal masyarakatnya yang telah terjajah dengan budaya barat sejak sekian lama walaupun negara ini sudah merdeka hampir 60 tahun lamanya.
         "Ya Allah, sesungguhnya aku bersyukur di atas nikmat kemerdekaan yang engkau berikan. Terima kasih Ya Allah. Dengan kekuasaanmu, kau peliharalah negara ini dari sebarang bencana, malapetaka, dan penjajahan sama ada dari segi minda, ekonomi atau fizikal. Kau sedarkanlah anak anak muda yang sudah rosak itu supaya menghargai kemerdekaan yang engkau berikan. Amin." Doa Sayuti di dalam hati.
       Sampai sahaja di rumah, Sayuti terus menuju ke komputer ribanya untuk menulis semula pengalamannya pada malam hari kemerdekaan negara itu. Satu pengalaman yang tidak menggembirakan sebaliknya menyedihkan!
 

4 ulasan:

  1. Salam..singgah sini..Bestnya blog awak..Banyak cerpen dan novel..

    BalasPadam
  2. MNH... benda macam ni betul-betul ada terjadi dekat Malaysia ke?

    BalasPadam
  3. Ya MZ. Semua ni cerita yang saya dapat dari orang orang yang pernah saksikan kejadian macam tu. Saya sendiri pun terkejut dan sebagai penulis saya kena dedahkan kemungkaran yang dah berlaku dalam masyarakat kita sejak sekian lama. Moga2 saya dan MZ jauh dari.benda benda maksiat macam ni. Amin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wow.Sungguh tak sangka.Ada juga dengar cerita-cerita macam ni tapi tak sangka seteruk ni. Yalah.. MZ budak lagi. Kalau sambut merdeka tak adalah sampai ke dataran merdeka malam-malam. Mak ayah tak bagi... sekolah katanya. kalau sambut pun setakat kibar-kibar Jalur Gemilang dan nyanyi lagu patriotik dekat sekolah. Rasanya macam tu lagi bagus kan daripada macam dalam cerita ni? Semoga kita berdua dilindungi Allah. Amin! Selamat Hari Merdeka MNH~

      Padam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.