Jumaat, 15 Ogos 2014

CARA NAK HALANG BLOGGER LAIN COPY PASTE ENTRY KITA

Setinggi tinggi penghargaan saya berikan kepada blogger Lekat Lekit Gurl kerana sudi berkongsi ilmu yang sangat berguna ini. 

Siapa di sini yang entri dia pernah diplagiat oleh blogger lain kemudian blogger itu langsung tidak menyebut nama blog kita? Itulah yang terjadi kepada blogger Lekat Lekit Gurl baru baru ini. Lebih malang lagi apabila semua entri blogger tersebut telah dibuat 'auto copy paste' oleh seorang blogger yang bernama Sesawang Belohog Kata Kunci Ayat Sebaris
Betapa kejinya sikap blogger ini kerana sanggup curi entri orang lain seperti itu. Cara yang blogger ini buat samalah dengan kita yang mengemaskini blog dia pula. 

Saya yakin bahawa semua blogger di dunia ini tidak mahu entri mereka dicuri dan diplagiat oleh mana mana blogger. Ini kerana akan memberi kesan kepada sesuatu blog itu sendiri contohnya orang tidak akan lagi berkunjung ke blog itu sekiranya mereka sudah membaca entri yang sama dari blog lain. Oleh itu, mencuri atau memplagiat entri blogger orang lain memang tidak sewajarnya berlaku. 

Sejujurnya saya sendiri berasa takut sekiranya entri entri yang saya buat ini dicuri oleh blogger lain. Saya bukannya kaya mahu mengambil tindakan mahkamah terhadap blogger blogger yang oportunis seperti itu. Oleh itu, saya sarankan agar anda mengambil langkah berjaga jaga dengan menghalang supaya mana mana blogger tidak mencuri entri anda tanpa menyebut nama blog anda. 

Anda boleh ke blog Lekat Lekit Gurl untuk mengetahuinya. Caranya sangat mudah dan senang. Kalau anda ada masa untuk menyertai segmen dan giveway, peruntukanlah sedikit masa untuk perkara ini demi kebaikan anda juga.

Selamat mencuba....

3 ulasan:

  1. nnt nak gi blog lekat lekit tuh.... :D

    BalasPadam
  2. dulu muja pun ada buat langkah elak entri copy paste then tak buat dah sebab nak copy di blog sendiri jadi susah,, gpun blog personal,, tak de benda nak copy kot,, tapi pernah je kena copy walpun mmg mention gak nama kita,,

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.