Khamis, 2 Oktober 2014

MAHU MASUK PARTI KOMUNIS MALAYA PUN TIDAK MENGAPA!


Melati Rahim


           Isu seorang gadis berpurdah yang bernama Jamila Rahim atau lebih dikenali sebagai Melati Rahim yang menyertai parti DAP telah menggemparkan suasana politik Malaysia sejak akhir akhir ini. Media media arus perdana dan media media sosial terus mengulas isu ini kerana mereka berasa aneh bagaimana seorang gadis berpurdah dan berniqab boleh menyertai DAP yang terkenal dengan parti sekular dan anti Islam itu.

         Pada hemat saya, parti apa pun yang mahu disertai oleh Melati ini bukan menjadi soal. Sama ada dia mahu masuk parti UMNO, parti PAS, parti PKR, Parti Hari Jadi dan Parti Komunis Malaya pun tidak mengapa kerana negara ini merupakan sebuah negara demokrasi. Sesiapa sahaja berhak untuk memilih haluan politiknya asalkan mereka menjaga  perkara perkara asas pembentukan negara ini iaitu Islam, Melayu, Raja Raja Melayu dan Malaysia. Mana mana parti politik atau ahli ahli politik yang gagal menjaga salah satu atau kesemua perkara perkara asas tadi perlu ditolak dari mentadbir negara ini.
 
          Soalan saya, apakah benar DAP sebuah parti yang bukan anti Islam? Adakah sebuah parti yang memperjuangkan isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible Bahasa Melayu itu tidak menggambarkan DAP sebagai sebuah parti yang anti Islam? Adakah dengan menyokong seksualiti merdeka yang jelas bertentangan dengan Islam itu tidak menggambarkan DAP sebagai sebuah parti yang anti Islam? Berfikir guna akal bukan guna nafsu politik!

          Adakah apabila DAP mahu menukarkan ketuanan Melayu dengan ketuanan rakyat itu tidak menggambarkan DAP sebagai sebuah parti yang anti Melayu? Ingat, Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu. Bukti apa lagi yang Melati mahukan supaya matanya boleh terbuka untuk melihat DAP yang sedang merancang menghancurkan Islam dan Melayu di negara ini?  Jangan lupa, adakah DAP yang terang terangan menolak Hudud itu tidak melambangkan parti itu sebagai parti yang anti Islam?

           Melati mengatakan bahawa DAP meletakkan dasar kemanusiaan sebagai tunjang utama. Soalan saya berapa juta yang DAP sumbangkan kepada rakyat Palestin sebagai lambang parti itu memperjuangkan dasar kemanusiaan sebagai tunjang utama? Ingat, penduduk Palestin juga adalah manusia. Mengapa DAP tidak pernah sekali pun mengutuk Israel dan cuba sedaya upaya untuk memperjuangkan nasib rakyat Palestin sebagai satu dasar parti mereka dalam memperjuangkan kemanusiaan?

          Melati mengatakan bahawa DAP gigih dalam  menjalankan khidmat dalam perkara berkaitan pelaksanaan perkhidmatan kesihatan dan dasar dasar keselamatan sosial. Soalan saya apakah kerajaan Barisan Nasional dan PAS di Kelantan tidak melakukan apa yang DAP lakukan? Saya rasa apa yang kedua dua parti Melayu ini lakukan lebih banyak sumbangannya dari DAP lakukan di Pulau Pinang kerana kedua dua parti ini sudah lama mentadbir Malaysia dan Kelantan!

          Saya tidak kata semua yang kerajaan Barisan Nasional buat itu  bagus tetapi kita tidak boleh sekadar memandang sebelah mata usaha kerajaan untuk membantu rakyat di negara ini. Jika rakyat tidak ada rumah, kerajaan bina PPRT dan PR1MA untuk bantu rakyat. Jika rakyat tidak ada modal untuk berniaga, kerajaan sediakan MARA dan TEKUN untuk membantu rakyat. Kerajaan sediakan BR1M untuk tolong rakyat walaupun pada masa yang sama mereka naikkan harga minyak dan sudah pasti membebankan rakyat! Begitu juga dengan kerajaan negeri Kelantan di bawah PAS, tetap juga ada usaha yang mereka lakukan untuk meringankan beban rakyat walaupun masalah bekalan air masih berlarutan di negeri itu!

          Pokok pangkalnya, apa yang DAP lakukan di Pulau Pinang sudah lama dilakukan oleh kerajaan BN dan PAS. Melati tidak perlu membusung dada untuk memuji DAP setinggi langit seperti itu.

         Melati telah menyeru kepada anak muda untuk bersama sama berjuang dalam DAP dan meruntuhkan segala dogma dan sifat rasisma yang sekian lama ditanam dalam benak rakyat Malaysia. Soalan saya, siapakah yang menanam sifat rasisme dalam benak rakyat Malaysia kalau bukan DAP? Siapa yang menentang sekolah wawasan di mana semua rakyat Malaysia belajar di sekolah yang sama dan menghapuskan sekolah Cina dan sekolah Tamil kalau bukan DAP? Siapa yang mempertikaikan ketuanan Melayu kalau bukan DAP? Bukankah itu tidak menggambarkan DAP yang sengaja menanam sifat rasisme dalam benak rakyat Malaysia? Sudah terang lagi bersuluh bahawa DAP memang sebuah parti yang anti Islam dan anti Melayu namun mereka menafikan  demi survival politik mereka. Mereka menafikan kerana mereka mahu berkuasa seperti mana PAP di Singapura.

         Nasihat saya kepada Melati, pandang DAP dengan menggunakan kaca mata Islam dan bukannya kaca mata keduniaan mahupun politik. Ingatlah, Rasulullah sendiri pernah bersabda bahawa sesungguhnya kaum Yahudi dan Nasrani itu tidak pernah redha dengan kamu selagi kamu tidak mengikuti agama mereka. Sedarlah wahai Melati. Jangan kerana kesilapan kamu pada hari ini, kamu memusnahkan masa depan anak cucu kamu. Ingatlah wahai Melati. Jangan kerana kebodohan kamu, kamu merosakkan Islam, Melayu dan Malaysia!




.












4 ulasan:

  1. Kalau orang umno yang terdedah sana sini masuk umno xde sape pun bising.

    BalasPadam
  2. Mesti ada agenda tertentu Melati yang beridentiti muslimah tu ditonjolkan dalam DAP.

    BalasPadam
  3. Clueless. Tak nak berprasangka namun jauh di sudut hati mendoakan, semoga dia cepat "sedar" dengan apa yang dia lakukan sekarang.

    BalasPadam
  4. Ramai yang berfikir guna nafsu politik semata-mata.
    Kalau bab bagi ceramah politik memasing berapi2.. Tapi, tengoklah lepas pilihanraya..jalan raya yang berlopak makin dalam gamaknya.
    Nasib baik tak damagekan/ jahanamkan bumper kete saya baru ni.

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.