Akibat
wabak Covid-19, serta merta beberapa barangan tertentu menjadi popular seperti
topeng muka dan hand sanitiser misalnya. Pada hari ini, saya ingin berkongsi
kepada anda semua beberapa fakta menarik tentang hand sanitiser.
1. Hand
sanitiser selamat untuk bayi
Bayi
mempunyai kulit yang halus tetapi itu tidak bermakna mereka tidak boleh
mendapat manfaat daripada hand sanitiser. Walaupun
peluang penyerapan alkohol cukup tinggi, jarang ada kesan besar jika terdedah
pada bayi bahkan kanak-kanak di bawah umur enam tahun. Walau bagaimanapun,
janganlah anda guna hand sanitiser kepada bayi anda secara berlebihan. Pastikan anda menggunakan sedikit hand
sanitiser kepada bayi dan anak-anak kecil anda.
2. Hand
sanitiser boleh menjadi deodorant
Sekiranya
anda terlupa memakai deodorant anda, hand sanitiser juga boleh digunakan
sebagai pengganti. Alkohol dalam hand sanitiser boleh membunuh bakteria di bawah lengan yang
menyebabkan bau. Tambahan pula, alkohol berupaya untuk kering dengan cepat.
Oleh itu, anda tidak perlu risau jika ketiak anda terasa kebasahan. Selain itu,
bau alkohol juga boleh menghilang dengan cepat. Walau bagaimanapun, jangan
memakai hand sanitiser sebagai deodorant setiap hari. Hal ini kerana, ia boleh
mengeringkan kulit di bawah ketiak dan menyebabkan ketiak berasa gatal.
3. Guna
hand sanitiser lebih bagus daripada sabun dan air
Kebanyakan
hand sanitiser mempunyai emolien di dalamnya yang berupaya untuk mempebaiki
keadaan kulit. Kajian mendapati bahawa alkohol yang ada di dalam hand sanitiser
lebih baik untuk kulit daripada sabun.
4. Tidak
melindungi anda dari semua jenis kuman
Ya, ada beberapa makhluk mikro yang sukar anda hilangkan dari
tangan hanya dengan menggunakan hand sanitiser. Sehingga, mencuci tangan dengan
sabun secara teratur selama lebih kurang 15 minit masih lebih efektif untuk
menghilangkan beberapa jenis kuman seperti Cryptosporidium (parasit penyebab
masalah pernapasan dan pencernaan), Clostridium difficile 1-5 (bakteri yang
dapat menyebabkan gangguan dan peradangan usus), dan norovirus (bakteri yang
menyebabkan penyakit diare).
5. Hand
sanitiser hanya efektif jika kandungan alkoholnya 60%
Banyak kajian menunjukkan bahawa alkohol hanya boleh membunuh pelbagai
bakteria dan virus jika memiliki kepekatan paling minimum 60%. Cairan ini akan
bekerja lebih cepat ketika kepekatannya meningkat. Bagi anda yang ingin membeli
hand sanitiser atau membuatnya di rumah perlu memerhatikan kandungan
alkoholnya. Jika kandungan alkohol yang terdapat di hand sanitiser kurang dari
60-95 peratus maka hand sanitiser tersebut tidak akan membantu anda untuk
menghindari dari virus tetapi hanya sekadar mengurangi pertumbuhan kuman dan
virus.
6. Hand
sanitiser sangat berbeza dengan sabun
Hand sanitiser sebenarnya tidak seefektif membersihkan
kuman ketika tangan dalam keadaan kotor. Hand sanitiser hanya dapat bekerja
dengan baik terhadap jenis kuman tertentu. Kandungan alkohol yang terdapat di
dalamnya akan membunuh kuman dan virus di tangan ketika tangan tidak terlihat
begitu kotor. Berbeza dengan sabun yang mampu memisahkan kuman dari tangan
seperti halnya membersihkan minyak dari pinggan yang kotor. Jika anda dalam
keadaan yang sangat kotor seperti setelah memancing, bersukan, berkebun, atau
setelah memegang makanan laut yang belum dimasak dianjurkan untuk mencuci
tangan dengan sabun, bukan dengan hand sanitiser.
7. Hand sanitiser tidak
memiliki tarikh luput
Hand sanitiser sebenarnya tidak memiliki tarikh luput,
namun pengeluar hand sanitiser perlu meletakkan tarikh luput pada produk mereka.
Hal ini kerana, alkohol dapat berfungsi dengan efektif apabila ditempatkan
dalam suhu ruangan yang stabil. Apabila hand sanitiser anda sering digunakan
dan terpapar oleh udara maka kandungan alkohol di dalamnya akan mengwap dan kepekatan
alkohol tersebut tidak akan efektif dalam membunuh kuman dan virus. Oleh itu, anda
perlu menyimpan hand sanitiser di suhu ruangan yang jauh dari sinar matahari secara
langsung agar hand sanitiser anda mampu bertahan dalam waktu yang sangat lama.
Itulah serba sedikit fakta menarik tentang hand
sanitiser yang boleh saya kongsikan kepada anda. Semoga anda selalu menggunakan
hand sanitiser sepanjang penularan wabak Covid-19 ini.
sekarang susah stok!
BalasPadamBarangan yang kita perlu ada pada masa ini.
BalasPadam