Ketika pohon-pohon itu tumbang,
Mentari menerjah masuk dengan penuh garang,
Menyinari tanah yang akan gersang,
Nyawa yang ada lantas melayang.
Kerakusan sudah menjadi tuhan,
Kerana dihasut oleh ketamakan,
Sudah tiada lagi belas kasihan,
Semuanya untuk memuaskan keuntungan.
Hutan sudah tidak lagi berpenghuni,
Setelah pokok-pokok dibaham gergaji,
Bangunan batu menjadi pengganti,
Mengikut kehendak ramai manusiawi.
Telah ditanam benih-benih pembangunan,
Untuk menumbuhkan pohon-pohon kemodenan,
Manusia hidup dengan penuh kebahagian,
Alam hidup dengan penuh penderitaan.
Tanah kubur sudah digali,
Untuk alam yang bakal mati,
Ketika alam sedang disemadi,
Bencana datang lantas menggerudi.
Bencana yang muncul mencampakkan kesakitan,
Membawa sekali sejuta penyesalan,
Barulah alam hendak dihormati,
Setelah manusia ramai yang pergi.
bila bencana datang baru ada rasa penyesalan..
BalasPadam