Sumber |
Sejak
dahulu lagi saya sudah mendengar frasa ‘janji melayu’ yang acapkali disebutkan
oleh ramai orang baik yang berbangsa Melayu mahupun yang bukan berbangsa
Melayu. Frasa ‘janji melayu’ itu membawa maksud seseorang yang berbangsa Melayu
tidak menepati janjinya atau masanya.
Misalnya,
jika seorang manusia Melayu itu berjanji untuk datang pada pukul 10 pagi,
segelintir (atau kebanyakan?) daripada mereka akan datang pada pukul 10.30
pagi!
Frasa
‘janji melayu’ itu bukan sahaja menggambarkan sikap negatif yang dimiliki oleh
manusia Melayu tetapi juga satu kaedah untuk memperlekehkan manusia Melayu itu
sendiri. Jelas dalam frasa ‘janji melayu’ itu menunjukkan bahawa manusia Melayu
itu bukan sahaja tidak pandai untuk menepati janji malah bermasalah dalam
pengurusan masanya.
Sikap
tidak menepati janji dan masa sepatutnya perlu jauh daripada manusia Melayu.
Oleh kerana sikap-sikap inilah mengapa kita melihat pada hari ini manusia
Melayu sering tertinggal dalam banyak perkara berbanding dengan manusia
daripada bangsa-bangsa yang lain.
Pepatah
bermadah : kerbau dipegang tali hidungnya, manusia dipegang pada katanya.
Pepatah itu bermaksud seseorang itu perlulah berpegang kepada janji yang telah
dibuatnya. Pepatah itu memang diketahui oleh ramai manusia Melayu tetapi segelintir
manusia Melayu memang bermasalah untuk menunaikan janji yang telah dibuatnya.
Ramai
juga manusia Melayu yang biasa dengan ungkapan ‘masa itu emas’. Dalam Islam
sendiri pun ada bercakap dan menitikberatkan tentang soal masa. Namun begitu,
masih ramai juga manusia Melayu yang bermasalah untuk mengurus masa dan
menepati masa.
Pengalaman
saya sewaktu bergelar mahasiswa universiti sudah cukup untuk melihat tentang
masalah pengurusan masa dalam kalangan siswa dan siswi yang lain. Misalnya,
kelas bermula pada pukul 8 pagi tetapi ada juga siswa dan siswi yang datang
pada pukul 8.15 pagi.
Tidak
diketahui mengapa manusia Melayu memang bermasalah dalam menepati janji dan
mengurus masa sehingga terkeluar ungkapan ‘janji melayu’ itu. Saya yakin pada
bangsa lain pun ada juga masalah dalam soal menepati janji dan mengurus masa
ini tetapi mungkin tidak seteruk manusia Melayu.
Manusia
Melayu sepatutnya belajar bagaimana untuk menepati janji yang telah dibuat dan
mengurus masa dengan berkesan. Menepati janji dan bijak mengurus masa ialah
sikap orang-orang yang berjaya. Malu kita apabila ungkapan ‘janji melayu’ itu
dituturkan oleh bangsa lain untuk menggambarkan sikap buruk segelintir manusia
Melayu.
Tidak
menepati janji dan masa itu mungkin dilakukan oleh segelintir manusia Melayu. Namun,
ungkapan ‘janji melayu’ itu ditujukan dan digambarkan seolah-olah semua (ulang
: semua) manusia Melayu itu jenis yang tidak menepati janji dan masa.
Manusia
Melayu perlu berubah untuk selalu menepati janji dan masa. Hal ini supaya
ungkapan ‘janji melayu’ itu tidak kedengaran lagi. Sikap menepati janji dan
bijak mengurus masa itu ialah sikap orang yang terpuji. Maka wajarlah
sikap-sikap yang terpuji itu manusia Melayu ikuti.
0 comments:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.